Anda di halaman 1dari 7

www.cikgutancl.blogspot.

com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 1
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas
pentas.
Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu
gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak
peluang pekerjaan .

[6 markah]
LATIHAN 2
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala
terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai .
Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya
berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju .
Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain
badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya .
[6 markah]

LATIHAN 3
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya
walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu .
Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga
menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar .
Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin,
seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya .

LATIHAN 4
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)
Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan
sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan .
(ii)
Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah
tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh
semua rakyat .
(iii)
Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang
lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau
tidak .
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 5
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di
sofa serambi rumahnya .
(ii)
Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi
oleh pelumba kereta yang lain.
(iii)
Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tepati mereka
tidak akrab seperti dahulu.
[6 markah]
LATIHAN 6
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak
saudaranya lagi.
(ii)
Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris.
(iii)
Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang .
[6 markah]
LATIHAN 7
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus
menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah
tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan
mengubati.
(ii)
Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman
banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih
rasional.
(iii)
Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang
dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada
pelbagai kemusnahan.
[6 markah]
LATIHAN 8
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

(ii)

(iii)

Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai
akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka
akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini .
Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu
pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat
membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu
yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah .
Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang
datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut,
ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut .
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 9
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau
masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa
sombong dan bongkak.
(ii)
Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan
dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut.
(iii)
Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon
jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya.
[6 markah]
LATIHAN 10
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik
dan kacak.
(ii)
Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
(iii)
Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran
dan menghormati orang tua .
[6 markah]
LATIHAN 11
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Yap Sing tidak pernah berputus asa dalam meneruskan perniagaan membaiki basikal. Meskipun modalnya
sedikit dan kedainya tidak terlalu besar, namun berkat usahanya yang bekerja siang dan malam, akhirnya
dia berjaya memajukan perniagaannya dan membuka beberapa buah cawangan .
(ii)
Pak Ismadi merupakan penoreh getah yang rajin bekerja. Walaupun hasil yang diperolehnya tidak
seberapa, namun dia tetap berjimat cermat dan menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap hari.
Beberapa tahun kemudian, simpanannya telah membuahkan hasil apabila dia berjaya menampung
perbelanjaan anak lelakinya yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan .
(iii)
Ramai orang akan membuka perniagaan menjual minuman dan makanan apabila tibanya bulan Ramadan.
Perniagaan wujud dengan banyaknya secara tiba-tiba .
[6 markah]
LATIHAN 12
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

(ii)

(iii)

Ramalingam sudah memperoleh keuntungan yang lumayan hasil daripada keuntungan pelaburan
sahamnya. Namun, kerana inginkan pendapatan yang lebih dan keuntungan yang berganda, Ramalingam
telah membuat pelaburan yang banyak dan berisiko tinggi tanpa menyedari nilai pasaran saham dunia
telah jatuh menjunam. Akibatnya, Ramalingam telah mengalami kerugian yang banyak dan hampir
diisytiharkan muflis.
Sejak kecil, Sulaiman sudah bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang. Dia belajar bersungguhsungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di sebuah universiti
terkemuka luar negara. Kini, dia ditawarkan menjadi pemandu kapal terbang di sebuah syarikat
penerbangan dan beberapa hari lagi, dia bakal memandu sebuah pesawat udara.
Tatkala lalu di depan ayah tirinya yang garang itu, Maniam tunduk membisu dan melangkah dengan sopan
sekali .
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 13
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut .
(i)

Bagi Fatimah, selagi dia belum dapat menyelesaikan masalah matematik itu, dia tidak akan keluar
bermain, sebaliknya dia terus mencubanya hingga berjaya.
(ii)
Usah kamu kecewa kerana tewas dalam perlawanan hoki hari ini, Farah. Semalam pasukan sekolah kamu
yang menang, mungkin hari ini pasukan sekolah lain pula yang bernasib baik nasihat ayahnya.
(iii)
Sikap saling membantu dan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia semakin jelas terutama ketika
negara jiran itu dilanda bencana.
[6 markah]
LATIHAN 14
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih elok dan boleh dipakai kerana harganya mahal
serta dibuat daripada bahan yang berkualiti.
Pergaulan bebas telah menyebabkan gadis itu mengandung dan seluruh keluarganya terpaksa menanggung
malu.
Disebabkan sikap Azrin yang suka melanggar peraturan sekolah, semua rakan sekelasnya telah didenda.
[6 markah]

LATIHAN 15
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)

Walaupun banyak kemajuan yang cuba dibawa masuk oleh pelbagai pihak, penduduk di kawasan
pedalaman itu tetap berkeras tidak mahu menerima perubahan.
(ii)
Konstabel Othman dan rakan-rakannya tetap tidak akan menyerah kalah dan akan terus menentang
serangan pengganas komunis itu walaupun nyawa mereka akan terkorban.
(iii)
Dalam pertikaian yang berlarutan itu, ternyata tiada pihak yang beroleh keuntungan.
[6 markah]
LATIHAN 16
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)

Walaupun telah berjaya sebagai penyanyi di Eropah, akhirnya Anita Sarawak kembali menetap di tanah
airnya.
(ii)
Peniaga itu mengambil kesempatan dengan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang
tinggi kepada mangsa banjir itu.
(iii)
Hancur luluh hati Mak Munah apabila anaknya tidak mempedulikan dirinya lagi.
[6 markah]
LATIHAN 17
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana rezeki tidak akan datang sendiri.
Cerita tentang kejahatan anak Tok Penghulu bukan rekaan penduduk kampung semata-mata kerana cerita
itu tersebar daripada sumber yang boleh dipercayai.
Usaha kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji daripada majikan hanya sia-sia
kerana bukan sahaja tuntutan mereka tidak dilayan, malah mereka diancam akan dibuang kerja jika
meneruskan mogok.
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 18
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
Tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa mereka.
(ii)
Amirul tidak terlalu mengambil kira akan harga sesuatu barang asalkan barang itu tahan lama apabila
digunakan.
(iii)
Abdullah terpaksa mendedahkan tingkah laku negatif rakannya walaupun menyedari tindakan tersebut
akan menimbulkan kemarahan rakannya itu.
[6 markah]
LATIHAN 19
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
Setiap petang, Alina dan rakan-rakannya akan bersiar-siar di taman bunga untuk menghilangkan
kepenatan bekerja.
(ii)
Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan diri atau bersesuaian
dengan bajet kita.
(iii)
Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya supaya tidak
menyesal pada kemudian hari.
[6 markah]
LATIHAN 20
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
Ravi selalu ponteng sekolah untuk pergi ke pusat komputer bersama-sama dengan rakan-rakannya namun,
perbuatannya itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak
berkuasa tempatan di pusat komputer itu.
(ii)
Kehidupan Osman berubah selepas tanah yang dibelinya dahulu dengan harga yang murah telah dibeli
pula oleh pemaju perumahan dengan harga yang mahal.
(iii)
Chi Min Ji telah mengatakan bahawa Rafilah yang membaling kapur terhadap Khosyatillah tetapi
sebenarnya dia yang telah melakukannya.
[6 markah]
LATIHAN 21
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja, supaya apabila dia mati kelak, akan
meninggalkan nama yang baik.
(ii) Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.
(iii) Para perajurit itu sanggup mati mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.
[6 markah]
LATIHAN 22
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Amir hidup merempat sebelum dibantu oleh Tuan Syaiful menjadi penyanyi terkenal tetapi kini dia lupa
diri, peminat mula meluat kerana dia mengada-ngada minta dilayan seperti orang-orang besar dan penting.
(ii) Sebagai ahli perniagaan Salim reda harga makanan naik walaupun dia mendapat untung yang sedikit,
biarlah rugi sedikit daripada mendapat rugi yang banyak seperti tiada orang datang membeli makanan di
kedainya.
(iii) Encik Raja dan isteri berasa amat bertuah dan berbahagia kerana semua anaknya mencapai kejayaan
dalam pelajaran masing-masing dan mempunyai kerjaya yang baik, keluarganya menjadi teladan kepada
keluarga-keluarga lain.
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 23
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Ramai pekedai menyorok gula dengan tujuan apabila harga naik mereka akan mendapat keuntungan yang
lebih ba
(ii)
Hafiz menyusahkan dirinya sahaja apabila menjamin rakannya yang menagih dadah kerana kini rakannya
tinggal bersama-samanya menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak.
(iii)
Perangai Safuan dan adiknya Saiful sungguh berbeza kerana Safuan terlalu peramah sebaliknya Saiful
amat pendiam.
[6 markah]
LATIHAN 24
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Kehidupan Mak Timah amat perit selepas kematian suaminya sebulan lalu, kini anak lelakinya yang
membantunya menoreh getah pula ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pengedaran dadah.
(ii)
Hasan mengatakan kepada Yazid bahawa manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan, walaupun
Yazid bekas banduan dia boleh menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti
orang lain tanpa mengulangi kesilapan lalu.
(iii)
Pembantu pejabat itu bersikap seperti pengurus syarikat, dia mengarahkan pelanggan syarikat
berjumpanya mengikut masa yang ditetapkan walaupun pengurus meminta pelanggan datang pada bilabila masa.
[6 markah]
LATIHAN 25
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Tindakan mereka menderma kepada orang kaya itu sia-sia kerana beliau mempunyai kemampuan untuk
membiayai rawatan anaknya di luar negara.
(ii)
Keluarga Zaharah tidak bersetuju untuk mengahwinkan anaknya itu dengan anak jutawan terkenal negara
kerana mereka berbeza dari segi taraf.
(iii)
Jika kita mengusahakan kerja itu sedikit demi sedikit, lambat-laun kerja itu akan habis juga.
[6 markah]
LATIHAN 26
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Walaupun sibuk dengan jadual kuliah, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.
(ii)
Semasa gotong-royong, kami berazam untuk menghabiskan semua kerja bersama-sama.
(iii)
Untuk melahirkan anak-anak bersifat serba boleh dan berdaya saing, ibu bapa harus memainkan peranan
dan menjadi ikon kepada anak-anak.
[6 markah]
LATIHAN 27
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Dalam mesyuarat itu, keputusan tidak dapat dibuat kerana masing-masing memberikan pendapat yang
mementingkan diri sendiri.
(ii) Amran merupakan seorang yang kaya, tetapi tidak pernah memberikan sumbangan kepada orang yang
memerlukan .
(iii) Kecantikan gadis itu sukar ditandingi oleh gadis-gadis lain di kampung itu .
[6 markah]

www.cikgutancl.blogspot.com
PERIBAHASA

SPM
TINGKATAN 5

LATIHAN 28
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Sudah puas dia dinasihati oleh ibu bapanya supaya tidak berkawan dengan budak-budak nakal itu tetapi
langsung tidak dipedulikannya.
Kita haruslah menyanjung bahasa kita walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk
mendaulatkannya.
Wajah pasangan pengantin itu berseri-seri apabila mendengar bisikan tetamu bahawa mereka secocok .

[6 markah]
LATIHAN 29
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)

Zurina rajin mengulang kaji pelajaran setiap hari walaupun dia bukanlah murid yang cemerlang kerana dia
yakin bahawa dia akan lulus dalam peperiksaan .
(ii) Encik Halim dan isterinya memaafkan anak bongsu mereka yang insaf atas kesalahannya ponteng sekolah
kerana mereka sedar bahawa tiada manusia yang tidak berbuat silap dalam hidup masing-masing.
(iii) Pak Mahmud merungut kerana kemudahan di pusat peranginan itu tidak seperti yang ditawarkan dalam
iklannya.
[6 markah]
LATIHAN 30
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)

Liana dan Julia memahami tabiat dan isi hati masing-masing kerana telah terlalu lama berkawan rapat.
Badrul tercengang-cengang semasa menghadiri majlis di rumah pegawai daerah itu kerana selama ini dia
tidak pernah bergaul dengan orang berpangkat.
(iii) Hashim tidak mempercayai kata-kata Rizman, tetapi jika perkara itu tidak benar, tentulah rakannya itu
tidak memperkatakan hal tersebut .
[6 markah]
LATIHAN 31
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Wan Ching hanya membasuh pinggan mangkuk apabila disuruh oleh emaknya.
(ii) Saya tidak akan berbaik dengannya lagi kerana dia tidak mempunyai semangat setia kawan.
(iii) Kalau orang lain cepat sahaja ditolongnya tetapi kalau keluarga sendiri yang meminta bantuan, belum
tentu akan berhasil, keluh Puan Anisah tentang sikap suaminya .
[6 markah]
LATIHAN 32
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Ketua kampung itu amat berada tetapi sanggup bergaul mesra dengan penduduk kampung.
Adik-beradik kembar itu berwajah seiras dan berkelakuan sama.
Rakyat Malaysia berbilang-bilang kaum yang hidup bersatu padu telah menjadi kunci keamanan dan
kemajuan negara.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai