Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa Bahasa Melayu

[30 markah]
Jawab semua So
alan.

(a) Tulis satu ayat daripada kata-kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta
menggunakan kata-kata tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) kamil                                            
(ii) kamir
(iii) impak
(iv) imlak
(v) taksir
(vi) takrif
                                                        [6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Belum sempat mereka menuai padi yang sudah menguning itu.
(ii) Para undangan khas turut menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan itu.
(iii) Setiap hari Puan Zainab membekali anaknya nasi goreng kampung dan sirap suam.
 
[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang
salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Kasut adik yang sudah tembok itu dibuangkan oleh abang ke dalam tong sampah
semalam.
(ii) Pelajar yang menghadapi delima sebaik-baiknya berbincang dengan guru
kaunseling untuk mencarikan punca penyelesaian.
 
(iii) Para pemilik kad pengenalan lama mempunyai tempuh setahun lagi untuk
diperbarui kad pengenalan mereka.
 
 
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubahstruktur dan maksud asalnya.

(i) Semua siswazah-siswazah yang berkelayakan iktisad yang sesuai saja yang diterima
bekerja di syarikat baru itu.
 
(ii) Sesiapa saja yang mungkir akan suruhannya sudah pasti akan menerima balasan yang
setimpal di akirat kelak.
 
(iii) Keganasan yang manusia lakukan di atas muka bumi ini pada bila-bila jam saja pasti
ada penyebabnya.
 
[6 markah}
 
(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Semenjak berpindah ke Taman Bunga Raya sebulan yang lalu, Husin berasa
tidak seronok. Dia mendapati jiran-jirannya seolah-olah tidak mempedulikan
sesama sendiri. Masing-masing membawa hal sendiri. Dia selalu termenung dan
teringat akan rakan-rakan lamanya di Taman Saujana. Di sana, hubungan sesama
jiran sangat rapat. Mereka saling membantu apabila ada kenduri kendara. Pada
minggu lepas, Husin menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Penduduk
yang membincangkan program gotong-royong membersihkan kawasan kediaman
mereka. Namun begitu, dalam mesyuarat itu tiada kata muafakat yang dicapai.
Masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri dan enggan menerima
pandangan orang lain.

[6markah]

Anda mungkin juga menyukai