Anda di halaman 1dari 2

: NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR

Nama Pelajar
No Kad Pengenalan : 971115465396
Program : PISMP
Pengkhususan / : PISMP AMBILAN JUN 2016 / SEJARAH
Opsyen
Sekolah : SK JALAN DATUK PALEMBANG
Minggu Praktikum :2
Tarikh : 17-06-2019
Tajuk : MASALAH TINGKAH LAKU MURID SEMASA PDPC
Kategori : Pengurusan Bilik Darjah
Pensyarah Penyelia : SARINA BT. BAHARUDIN
Guru Pembimbing : PUAN MASRIAH BT MOHAMMAD

1. Isu Yang Difokuskan :

Masalah tingkah laku murid di SK Jalan Datuk Palembang agak merunsingkan saya. Hal ini kerana jumlah
muridnya yang ramai dan mempunyai perangai yang berbeza-beza. Apabila sesi PdPc dimulakan, terdapat
beberapa murid yang bising, tidak memberi tumpuan dan bercakap semasa saya menjalankan PdPc. Walaupun
sudah beberapa kali ditegur, namun murid tetap membuat bising dan adakalanya mengejek nama bapa rakan
sekelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Sepanjang 2 minggu saya mengajar, saya dapati bahawa tingkah laku murid-murid di dalam kelas agak tidak
terkawal. Apabila berada dalam kelas, ramai murid yang tidak fokus dan membuat bising. Apabila melakukan
aktiviti berkumpulan pula, terdapat murid-murid yang tidak bekerjasama dalam kumpulan. Hal ini menyebabkan
PdPc terganggu. Berdasarkan analisis yang telah saya jalankan, punca masalah ini adalah kerana peraturan
yang tidak ketat dan guru tidak terlalu tegas dalam mengawal murid.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour ProblemChild ‘ menyatakan
semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat
menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan
pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan,
tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau
keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah dikenal pasti, saya mencadangkan
beberapa cara untuk menyeesaikan isu tersebut. antaranya ialah:

I. Merancang dan menyatakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa PdPc berlaku.
II. Meminta nasihat daripada para guru sekolah tersebut.
III. Membuat kad ganjaran untuk setiap murid sebagai cara meningkatkan motivasi murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

3 hari

6. Tindakan Susulan :
Saya telah menetapkan peraturan kepada murid-murid kelas saya dan mengingatkan bahawa jika ada yang
melanggar peraturan tersebut akan mereka akan dikenakan denda. Hal ini supaya mereka mengetahui dengan
jelas apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Selain itu, saya memberi ganjaran iaitu memberi
token kepada murid yang tidak membuat bising. Jika ada murid yang membuat bising, stu kelas akan diminta
untuk berdiri.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

20-06-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang saya lakukan telah membuahkan hasil. Penggunaan ganjaran dan dendaan telah berjaya
membuatkan murid untuk fokus dan tidak membuat bising semasa PdPc. Apabila mereka mendapat ganjaran,
secara tidak langsung membuatkan murid teruja untuk mendapatkan lagi ganjaran tersebut seterusnya
menyebabkan mereka melakukan tingkah laku yang positif. Penggunaan ganjaran dan dendaan sememangnya
membantu dalam meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

oleh yang demikian, guru perlulah tegas dalam mengawal tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Tingkah
laku murid haruslah ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang
berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Rujukan :

Nur Bazlaa https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah

Anda mungkin juga menyukai