Anda di halaman 1dari 1

Hari Kantin

Pada 27 April yang lalu , Sekolah Kebangsaan Jugra telah mengadakan sambutan hari kantin.Sambutan hari kantin tersebut bertempat diperkarangan sekolah. Sambutan itu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pelbagai gerai jualan diadakan antaranya gerai jualan nasi lemak, gerai minuman, gerai pelbagai mee dan gerai permainan. Tujuan sambutan hari kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi unit beruniform dan juga dapat mengeratkan silaturrahim antara para guru,ibu bapa dan murid-murid.Selain itu ,sambutan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.Semua warga warga sekolah telah melibatkan diri.ibu bapa juga turut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan hari kantin tersebut . Murid-murid diminta ke sekolah lebih awal untuk membuat persiapan awal.Semua unit beruniform menghias gerai masing masing dengan bersungguhsungguh untuk memenangi pertandingan gerai tercantik.Unit beruniform saya iaitu Puteri Islam telah bercadang untuk menjual nasi ayam dan bihun sup.Terlebih dahulu,saya telah ditugaskan menyediakan menu untuk memudahkan pelanggan memilih makanan.Gerai unit uniform kami ialah antara gerai yang mendapat sambutan hangat. Suasana pagi itu sungguh meriah.Kehadiran orang ramai memeriahkan lagi hari kantin kami.Pihak sekolah juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan.pada pukul 2:30 petang kami mula mengemas gerai .Kami juga memulangkan peralatan yang dipinjam dari stor. Walaupun ,sambutan telah sampai ke penghujung,saya tetap berasa amat puas hati dan gembira kerana dapat melibatkan diri.saya berharap agar sambutan ini akan diadakan pada tahun hadapan. Muhammad Aiman Muhammad Ammar asyraf Muhammad Solihin Abigail Amanda Aimi Athirah Ummi Hani

Anda mungkin juga menyukai