Anda di halaman 1dari 1

Kantin Sekolah Saya

Kantin ialah tempat membeli makanan dan minuman pada


waktu rehat. Kantin disediakan di semua sekolah untuk
memudahkan guru-guru dan murid-murid.
Kantin sekolah saya besar dan luas.Kantin tersebut
dilengkapi dengan kemudahan seperti meja, bangku,sinki
dan sebagainya. Kipas besar juga disediakan untuk
menambahkan keselesaan murid.
Murid-murid dapat membeli pelbagai jenis makanan
yang sedap di kantin. Contoh makanan yang dibeli adalah
mi sup, nasi lemak, bertih jagung, kentang goreng dan
banyak lagi. Semua makanan dan minuman berpatutan
harganya.
Murid-murid suka membeli kuih-muih yang sedap di
gerai Makcik Kiah. Contoh kuih-muih yang dijual adalah
seperti karipap, donut, kuih lapis dan lain-lain. Selain
itu, gerai minuman ada menjual pelbagai minuman panas
dan sejuk.
Saya amat gembira kerana kantin sekolah saya
dapat memudahkan murid-murid membeli makanan dan
minuman.

Anda mungkin juga menyukai