Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

Majlis Pelancaran KEMPEN GALAKAN MEMBACA dan PROGRAM NILAM 2023


PERINGKAT SMK SERI GOMBAK

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Yang Berusaha Puan Azrin Azrina Binti Nasir ,Pengetua SMK Seri Gombak,
Puan Anita binti Tajuddin, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Hairulsam bin Basri, Penolong Kanan HEM,
Puan Nirmaladevi A/P Kandasamy, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan Mata pelajaran,
Ketua- ketua Panitia,
yang dikasihi rakan-rakan guru,
seterusnya para pelajar yang saya sayangi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua murid
dan guru yang telah menjayakan program NILAM dan Galakan Membaca bagi tahun 2022.

Namun begitu, jumlah penglibatan murid dan guru dalam setiap aktiviti atau pertandingan
yang dijalankan masih lagi belum mencapai tahap yang sepatutnya. Oleh yang demikian, saya
berharap untuk tahun ini peratus penglibatan dan pencapaian murid dan guru dalam
program NILAM/aktiviti galakan membaca meningkat.

Semua murid mesti terlibat dalam Program NILAM iaitu dengan cara merekod bacaan
samaada di dalam Buku NILAM ataupun secara online. Setiap bulan, JK NILAM akan merekod
data jumlah bacaan bagi setiap murid dan data tersebut akan dihantar ke PPD pada setiap
penggal. KPI yang telah ditetapkan oleh JPN Selangor 1 murid sekurang-kurangnya 40 rekod
NILAM dalam masa setahun.

Murid yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang tertinggi bagi setiap tahap akan layak
menerima trofi, hadiah dan sijil. Murid tersebut jugak layak untuk terlibat dengan
Pemilihan Tokoh NILAM bagi mewakili sekolah. Rekod Bacaan NILAM juga akan dinilai
dalam Penilaian PAJSK (Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)

Pengiktirafan 1 Bintang akan diberikan kepada murid yang telah merekod bacaan terkumpul
sekurang-kurangnya 120 bacaan,
pengiktirafan 2 bintang 240 rekod bacaan, 3 bintang 360 rekod bacaan, 4 bintang 480 dan
5 bintang 600 rekod bacaan. Jumlah rekod bacaan adalah secara terkumpul bermula dari
tingkatan 1, dengan syarat pada tahun semasa mesti merekod sekurang-kurangnya 40
bacaan. Setiap pinjaman buku di Pusat Sumber juga akan dikira sebagai rekod NILAM. Jadi,
jom semua, buat pinjaman buku di PSS.

Untuk pegetahuan semua juga,


Program NILAM dan Galakan Membaca ini merupakan aktiviti sepanjang tahun, di mana
setiap bulan ada aktiviti/pertandingan yang akan dijalankan mengikut tema yang telah
ditetapkan oleh KPM.
DALAM usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyusun pelbagai program sepanjang 10 tahun
dari 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

Promosi dan hebahan mengenai aktiviti/pertandingan yang dijalankan akan disiarkan dalam
group Telegram Pusat Sumber Sekolah, Fb dan Insta PSS, papan kenyataan, poster dan lain-
lain.
Jadi, jomlah kita sama-sama sokong dan sertai setiap aktiviti yang dijalankan.
Sebarang pertanyaan boleh lah berjumpa dengan saya ataupun mana-mana guru
perpustakaan di Pusat Sumber Sekolah.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai