Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun


1887 .
Dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah
diperkenalkan dalam sukan Olimpik.
Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai
gaya lompatan digunakan oleh para atlit.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut
:-
i) Gaya Gunting (Scissors)
ii) Gaya Eastern Cut-off
iii) Gaya Guling Barat (Western Roll)
iv) Gaya Guling Pelana (Straddle)
v) Gaya Fosbury Flop
gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan
bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.
Gaya gunting
Guling timur
Guling Barat
Gaya pelana
Gaya pelana darat
Gaya fosbury flop
Sejarah Lompat Tinggi

Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada


abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan
bagi menentukan siapa antara segolongan
profesional di England yang mampu melompat
paling tinggi.
Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun
1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh beliau merupakan rekod yang tertinggi
pada masa itu.
Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh
berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa
sekarang.
Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua
batang kayu yang dipacak pada tanah.
Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua
kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak,
menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan
berdiri dan menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan
diperbaiki dari semasa ke semasa.
Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan
menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan
begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum
kaki melepasi palang.
Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta
menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam
atau alas tebal yang lembut.
Pasir digunakan sebelum tilam digunakan untuk keselamatan.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan
ialah gayastatik dengan lompatan menegak.
Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah,
manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika
Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di
kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu.
Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat
tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama
abad ke-20.
Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika
Syarikat memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah
bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik
tahun 1968 di Mexico.
IAAF menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau
sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.
gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart
dari Universiti of Southern California
dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930.
Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon.
Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi
dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci.
Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam
dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik
1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.
Kini, Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi
kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian
Grand Prox di Chennai India.
objektif
Rekod-rekod acara lompat tinggi
yang pernah dicatat:

Rekod dunia

Lelaki
Javier Sotomayar : 2.45 meter, 27 Julai 1993 di
Salamanca, Sepanyol.
Wanita
Stefka Konstadinova (Bulgeria): 2.09 meter, 30
Ogos 1981 di Rome, Itali.
Stefka Konstadinova
Rekod Kebangsaan

Lelaki
Loh Kum Zee: 2.24 meter, 14 Disember 1995 di
Chiangmai, Thailand.
Wanita
Nor Aishah Ismail:1.77 meter, 15 Julai 1990, di
Kuala Lumpur.
Loh Kum Zee Nor Aishah Ismai
Kelengkapan

Seluar pendek
singlet
Kasut lari
Pita pengukur 30 meter Membuat
Kapur atau tepung
tandaan

Anda mungkin juga menyukai