Anda di halaman 1dari 5

SJH 3033 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

ISL 1

Maklumat berkaitan Kurikulum Sejarah

Latar Belakang

 Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata
pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid mulai Tahun Empat di Tahap II.

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

14 Oktober 2008:

 Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula


diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika
merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala
Lumpur.

 Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di


semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada
sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.

 DS Abdullah dipetik sebagai berkata, “Sejarah adalah elemen penting dalam


peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah
bangsa dan pembangunan negara.”

14 Jun 2009:

 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan
hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran
wajib di sekolah rendah.

 Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
 Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di
seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada
ketika itu.

 Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal menggantikan
mata pelajaran Kajian Tempatan.

25 Ogos 2010:

 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa


Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula
diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.

 Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan


education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan
rombongan ke Parlimen.

24 Oktober 2010:

 YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan
mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bermula tahun 2014.

 Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR
yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya
akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014.

 Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan
hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013.

 Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata


pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga
pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.
Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah

 Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata
pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sejarah Sekolah Rendah.

 Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat
adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah
di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran sejarah.

 Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada
pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri
penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

 Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke


peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.

 Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan kepada


domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai nilai tambah lain turut
diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah:

Nilai Tambah Alaf Baru Kemahiran Berfikir;


Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);
Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;
Kemahiran Kajian Masa Hadapan;
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pemupukan Nilai Nilai-nilai Murni;


Semangat Patriotisme;
Elemen Kewarganegaraan;
Nilai Sivik.
 Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.

1. Sejarah Awal Negara


2. Kedaulatan Negara
Asas Kemahiran
3. Kemakmuran Negara
Pemikiran Sejarah
SEJARAH KSSR

TUJUH 3. Perkongsian Sejarah 1. Kesetiaan


DIMENSI 4. Perkongsian Nilai 2. Keterikatan Emosi kepada
KEWARGANEGARAAN 5. Perkongsian Masa Hadapan Negara
6. Perasaan Kekitaan
7. Komitmen

 Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR
bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai
identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai
kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

 Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang
berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta
sejarah secara matang.

 Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik


murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan
terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

 Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan


pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan dan kemakmuran negara. Pendekatan
ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.

 Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran Sejarah
KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan (learning is
fun) termasuklah melalui:

1. Kemahiran berfikir secara Kreatif;


2. Kritis;
3. Inovatif;
4. Aktiviti Inkuiri;
5. Penerokaan;
6. Aplikasi Elemen Didik Hibur.

Anda mungkin juga menyukai