Anda di halaman 1dari 10

Kerajaan Santubong wujud

pada kurun ke-10 hinggalah


kurun ke-13.
Pada ketika itu ianya di bawah
kekuasaan kerajaan Srivijaya
dan setelah kemerosotannya
ianya jatuh ke bawah
kekuasaan kerajaan Majapahit.
Lokasi kerajaan kuno ini
adalah di muara Sungai
Sarawak yang mana lokasi
strategik ini menghadap Laut
China Selatan telah
menjadikan ianya sebuah
Bandar pelabuhan entrepot
terpenting di nusantara pada
waktu itu.

KERAJAAN
SANTUBONG

Penghijrahan masyarakat Melayu dari Sumatera ke


kawasan Santubong telah membenarkan seorang putera
raja yang telah diusir oleh nendanya iaitu Raden Merpati
Dipati Jipang mengasaskan kerajaan kuno ini.
Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah
terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai
Sarawak kerana isterinya hendak bersalin.
Dengan pertolongan daripada Datuk Kuli, rombongan
Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan
di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning.

Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati


Dipati Jipang maka kehadirannya amat
disenangi oleh penduduk tempatan dan
akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di
Pasir Kuning iaitu nama lama kepada
Santubong suatu waktu dahulu.
Dengan berkembangnya pengaruh Datu
Merpati ini maka berkembanglah juga
Kerajaan Santubong menjadi antara
pelabuhan terpenting dan gah namanya
sehingga saudagar-saudagar dari Negara
Tembok China juga singgah ke Santubong

BERUAS

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama


Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang
dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau
Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding,
Beruas dan Manjung.
Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang
Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji
Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang
menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh
Raja Khmers dari Negara Kemboja.
Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas
dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.

Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti


Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan
mengalahkan Kerajaan Gangga Negara.
Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga
Negara, Raja Bolaputra pun berundur.
Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi
diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I
(atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan
menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.

Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan
Kerajaan Manjung.
Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa
bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang.
Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah
pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan
Kerajaan Manjung dengan mudahnya.
Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri
oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Afifullah Shah ( Sultan Perak 33
) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya
nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu
Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun
Saban).

Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu


Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.
Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah
Dinding.
Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang
sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan
purba di Perak iaitu Beruas.
Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula
jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan
pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest
House Lumut.

Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah


ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah
Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar.
Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja
Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar
Jajahan.
Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah
dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan
Dinding kepada Kerajaan Perak.
Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung.

Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran


yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan.
Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan
purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan
panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah
Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan
satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim
Beruas dan Sitiawan.

Anda mungkin juga menyukai