Anda di halaman 1dari 10

Huraikan Pelaksanaan Hukum Adat Dalam Aspek Politik, Ekonomi dan Sosial dalam

masyarakat Melayu pada abad ke-19 (S7 M.E : m/s 19 - 21)


Pendahuluan
• Hukum adat ialah peraturan tidak bertulis yang berasal
daripada adat resam yang diwarisi secara turun-temurun.
• Adat resam yang diamalkan lama kelamaan menjadi undang-
undang yang wajib dipatuhi.
• Hukum adat dapat dibahagikan kepada dua iaitu Adat Perpatih
yang diamalkan di Negeri Sembilan dan Adat Temenggung di
negeri-negeri lain.
• Pelaksanaan hukum adat dalam kehidupan masyarkat Melayu
dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan
perundangan.
Politik
• Menentukan pelantikan pemimpin
• Adat Perpatih
-Mengamalkan pemilihan dari bawah ke atas
-Pemilihan pemimpin dilaukan secara demokratik
Cth-Empat undang berperanan untuk menentukan individu yang bakal dilantik
sebagai Yang Dipertuan Besar.
• Adat Temenggung
-Mengamalkan pemilihan dari atas ke bawah
-Pemilihan pemimpin dilakukan berasaskan konsep warisan dan pemerintahan
sultan bersifat autokratik
Cth-Anak sulung daripada keturunan gahara akan diberikan keutamaan untuk
menaiki takhta
Ekonomi
• Menentukan kaedah pembahgian harta pusaka
• Adat Perpatih
-Anak perempuan diberi keutamaan dalam pemberian harta
pusaka
-Adat ini memberatkan jurai keturunan di sebelah ibu
-Rasional amalan ini adalah untuk memastikan nafkah dan
kebajikan kaum perempuan terjaga seandainya suami
meninggal
Ekonomi
• Adat Temenggung
-harta adalah hak milik individu
-Urusan pembahagian harta berdasarkan hukum faraid dan
diagihkan kepada waris yang ditinggalkan
-Anak lelaki diberi keutamaan dalam pemberian harta pusaka
Cth-Anak lelaki berhak memiliki harta pusaka dengan kadar 2/3
berbanding anak perempuan
-Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam
keluarga
Sosial
• Adat Perpatih
-Melarang perkahwinan sesama suku disebabkan adanya
hubungan persaudaraan yang erat
-Menggalakkkan perkawinan berlainan suku bagi mengeratkan
hubungan antara suku yang berbeza
-Suami akan tinggal di tanah pusaka milik isteri dan digelar
sebagai orang semenda (Lelaki yg berkahwin dgn orng N9) oleh
keluarga isteri
-Sekiranya timbul konflik rumah tangga, isu ini akan diuruskan
oleh keluarga dan Buapak
Sosial
• Adat Temenggung
-Tidak melarang perkahwinan dengan mana-mana pihak asalkan
tidak melanggar hukum syarak iaitu perkahwinan antara adik
beradik dan anak dari ibu susuan.
-Lelaki menjadi ketua keluarga dan perempuan yang sudah
berkahwin akan berpindah ke rumah si suami
Perundangan
• Memberikan hukuman kepada pesalah
• Adat Perpatih
-Berlandaskan prinsip pemulihan dalam aspek hukuman
-Hukuman yang dikenakan berperikemanusiaan
Cth- Kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan gantirugi kepada
mangsa
-Kecuali kes penderhakaan, sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati
Perundangan
• Adat Temenggung
-Amat tegas
-Bertujuan untuk memberi pengajaran dan amaran agar tidak terlibat dengan
gejala jenayah
Cth- Melaksanakan hukuman hudud seperti qisas untuk kes pembunuhan,
sebat untuk kes zina dan potong tangan untuk kes mencuri
Kesimpulannya

• Pelaksanaan hukum adat dalam masyarakat


Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu
politik, ekonomi, sosial dan perundangan.

• Hukum adat ini telah diamalkan secara turun


temurun sebagai panduan dalam kehidupan
masyarakat Melayu untuk mewujudkan
keharmonian.

Anda mungkin juga menyukai