Anda di halaman 1dari 42

ADAT TEMENGGUNG VS

ADAT PERPATIH
AFIDATUL SYAZWANI BINTI AFANDI
SCH 3253
KESUSASTERAAN UNDANG-UNDANG
SEPTEMBER 2021/2022
Undang-Undang Rimba
• Bentuk perundangan yang sebelum wujudnya hukum adat.
• Peraturan lisan yang banyak dipengaruhi hukum alam.
• Prinsip: ‘Yang kuat mengatasi yang lemah’.
• Hukum yang bercorak ‘undang-undang rimba’ ini menjadi corak dan amalan
masyarakat Melayu yang menghuni rimba dan persisir laut dan sungai sejak ribuan
tahun.
• Undang-undang rimba berasaskan kekejaman, kekerasan, kezaliman, dan
ketiadaan nilai kemanusiaan dan keadilan.
• Undang-undang rimba wujud dalam semua tradisi sejarah awal manusia.
• Contoh: konteks alam Melayu boleh dilihat menerusi peristiwa pembunuhan Tun
Jana Khatib, budak yang menyelamatkan Singapura dan Todak dan penyulaan anak
Sang Rajuna Tapa dalam Sejarah Melayu. Bukan berasaskan undang-undang adat
namun lebih berpaksi kepada perasaan dengki, marah, tanpa usul perika, khianat
dan sebagainya.
• Bukan berteraskan permuafakatan raja dan pembesar Melayu yang bijaksana.
Pengertian Adat
• Adat dari segi bahasa a’wada atau al-mua’wadah bermaksud ulangan/ berulang.
• Perulangan bagi perbuatan atau tingkahlaku yang telah menjadi perkara mudah
dan tertib.
• Adat juga dari segi etimologi merujuk kepada perkataan bahasa Arab ‘adah’ yang
membawa maksud kebiasaan/amalan yang lazim.
• Adat digunakan untuk keseluruhan pola tingkahlaku yang dibentuk oleh tradisi dan
disemat dalam jiwa masyarakat sebelum segala perbuatan dan tingkahlaku itu
diperakui dan diamalkan serta diperturunkan kepada generasi selepasnya .
• Adat bermaksud suatu peraturan yang sudah diamalkan secara turun temurun
sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat sehingga ia menjadi hukum atau
peraturan yang harus di patuhi.
• Adat yang menjadi ikutan amalan didirikan menjadi peraturan atau lebih jelas
sebagai satu undang-undang.
• Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, undang-undang dibahagikan kepada
dua iaitu:-
(i) Undang-undang bertulis (Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka)
(ii) Undang-undang tidak bertulis (Adat Perpatih dan Adat Temenggung)
• Adat perpatih dipercayai terlebih dahulu wujud sebelum kedatangan agama Islam.
• Masyarakat Melayu di Nusantara sinonim dengan adat dan budaya yang menjadi
identiti serta jati diri yang terkenal di seluruh dunia.
• Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 160 (2) mentakrifkan:-
“Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya
Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu…”

• Dalam pengertian yang lebih lanjut, adat ialah institusi, undang-undang dan
kebiasaan mengatur sosial, politik dan corak perlembagaan bagi kerajaan hari
ini. Undang-undang adat melahirkan pepatah yang sangat lama dan bernilai.
• Adat adalah salah satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang
meliputi cara hidup bekeluarga, bermasyarakat dan bernegara serta
menjadi pegangan hidup sehari-hari (Abdul Samad Said, 1987).
• Adat merupakan satu peraturan dan undang-undang tidak bertulis yang
diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain (Yusuf Zaky
Yaacob, 1964).
• Melalui hukum adat, orang Melayu dapat memupuk nilai sejagat yang boleh
menjamin keharmonian dan menjaga keseimbangan sosial masyarakat.
• Adat berpunca daripada pengertian manusia tehadap kewujudan dan sifat alam
tabii (nature).
• Konsep adat dalam masyarakat Melayu memancarkan hubungan yang mendalam
antara manusia dengan alam sekitarnya termasuk alam tabii, alam sosial dan alam
ghaib.
• Setiap hubungan yang diucapkan sebagai adat diberi bentuk yang tegas melalui
sikap, perbuatan dan acara.
• Adat memberi takrif seluruh kompleks hubungan sama ada dalam erti intisari
kewujudan sesuatu, asas ukuran baik buruk, peraturan hidup masyarakat, tatacara
perbuatan individu dan perjalanan kepada sesuatu kelompok dan institusi.
• Adat merupakan ciri keperibadian sesebuah masyarakat.
• Bagi masyarakat tradisi adat mempunyai kedudukan yang suci mencapai martabat
agama disampaikan melalui kelakuan yang betul dan halus menyerap sistem
kepercayaan, hukuman dan denda.
• Adat juga memberi makna configuration/kestrukturan dalam masyarakat dan
budaya.
• Adat berfungsi sebagai identiti yang mengintegrasikan seluruh masyarakat.
• Satu kelompok dikenali dengan perbezaan adatnya (sub culture).
• Adat mempunyai fungsi pengenalan dan normative (hukuman)/ sanction.
• Setiap yang melanggar, melencong dan menafikan adat menerima hukuman
sebaliknya yang berkuasa, berjaya dan berwibawa memegang, menjalankan serta
patuh kepada adat.
• Hukum adat berteraskan keadilan dan kebajikan.
• Adat dianggap supra organic, objektif dan impersonal.
• Adat berdiri sendiri dan dijunjung oleh masyarakatnya.
• Intisari tertinggi undang-undang, prinsip keadilan yang dijunjung.
• Proses dan prosedur adat dibentuk melalui permuafakatan/ musyawarah.
• Konsep adat telah digantikan dengan protokol dan prosedur dalam konteks kini.
• Budaya moden telah melahirkan suatu rangka atau rangkaian yang lebih khusus dan
ilmiah.
• Adat yang disifatkan sebagai tradisional ini tidak difahami dan dianggap mati.
• Dinamisme ini telah digariskan bersandarkan prinsip ‘tegak adat kerana muafakat’
• Adat akan mati sekiranya dianjak serta dicabut daripada rangka pemikiran
masyarakatnya.
Undang-Undang Adat
• Pelbagai versi pandangan telah diberikan oleh sarjana Inggeris terhadap makna
undang- undang adat Melayu.
• Ada antaranya yang cuba menyamakan undang-undang adat Melayu dengan istilah
code dalam undang-undang moden Inggeris.
• Raffles (1816 & 1879) dan Maxwell (1884) dalam tulisan mereka telah menamakan
beberapa buah undang-undang Melayu seperti The Maritime Code of the Malays,
Malacca Code, Perak Code dan Malay Codes of Laws.
• Rigby tampil menyanggah pendapat maksud code yang telah diberikan kepada undang-
undang Melayu dengan memberikan pandangan “A Code being generally understood
to be a complete and systematic body of law, or a complete and systematic statement of
some portion of the law, it will be at once apparent that the “Ninety-nine Laws of Perak”
cannot be called a code. They are very far from being systematic and complete”.
• Kenyataan Rigby disokong oleh Wilkinson dengan menyatakan pengertian undang-
undang adat Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan maksud code dalam
undang-undang moden Inggeris yang telah melalui proses legislative authority.
Sebaliknya, undang-undang adat Melayu lebih bercorak digest (intisari) sahaja
(Wilkinson(1908) dalam Jelani Harun, 2008).
• Winstedt pula kekal memaknakan undang-undang adat Melayu sebagai code,
law dan legal digest.
• R.O. Winstedt (1878-1966) adalah antara tokoh utama dalam kajian undang-
undang adat Melayu sekitar tahun 1920-an sehingga tahun 1940-an.
• Sebahagian persepsi dan pandangannya terhadap undang-undang Melayu cukup
ketara berasaskan konsep legal system seperti yang terdapat dalam masyarakat
moden Barat.
• Undang-undang adat Melayu merupakan senarai peraturan yang disusun berasaskan
adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman
kesultanan Melayu, khususnya sebagai panduan dan kawalan kepada raja dan
pembesar dalam melaksanakan proses pemerintahan negara. Undang-undang adat
ini meliputi undang-undang di darat misalnya Undang- Undang Melaka dan Undang-
Undang Kedah) dan undang-undang di laut contohnya Undang-Undang Laut Melaka
dan Undang-Undang Pelabuhan Kedah) (Jelani Harun, 2008).

• .
• Undang-undang adat di kenali juga sebagai hukum adat. Di dalam kebanyakan hal, perkataan
adat itu sering juga digunakan untuk disamaertikan dengan hukum atau undang-undang.
Hukum adat merupakan satu peraturan asas yang menjadi teras kepada cara hidup sesuatu
masyarakat tersebut. Ianya mestilah dilaksanakan sama adil tanpa mengira kelas dan status
mereka yang di hukum. Dengan itu maka timbul perbilangan “biar mati anak jangan mati adat”.
Jelasnya undang-undang adat tidak boleh di kompromikan atau memilih kasih. Undang-undang
tersebut tidak mengenal dan memandang kedudukan sosial seseorang itu sebelum ia
bertindak (Mohamad Mokhtar Hassan (et.) (al) (peny.), 2003: hlm.97)

• Adat adalah satu aspek kelakuan yang mendekati soal-soal etika atau moral sesuatu
yang dianggap elok atau sesuai dan dapat diterima oleh sesuatu masyarakat
atau dapat juga dikatakan sebagai undang-undang kemasyarakatan, hukum alam
atau keadaan semulajadi yang menerangkan tentang fenomena-fenomena alam,
adat yang membawa pengertian undang-undang. Adat juga adalah satu sistem
pentadbiran dan pemerintahan serta cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara yang dikawal oleh peraturan-peraturan hidup seharian
Adat Temenggung vs Adat
Perpatih
• Adat perpatih dan adat temenggung merupakan adat yang paling banyak diamalkan di kawasan
Nusantara sebelum kedatangan British.

• Kewujudan kedua-dua adat tersebut dikatakan berasal dari satu sumber yang sama iaitu dikatakan
berasal dari ibu yang sama tetapi berlainan bapa (Hookays, 1970).

• Abdullah Siddik dalam Zainal Abidin Borhan (1997) beliau menyatakan bahawa menurut Tamboo, di
Minangkabau terdapat dua adik beradik yang sama mak berasal dari keluarga bangsawan iaitu
Sutan Paduka Basa dengan gelaran Datuk Ketemanggungan, dan Sikalokduni dengan gelaran
Datuk Perpatih Nan Sebatang. Adat Temenggung dan Adat Perpatih sememangnya berasal dari
Minangkabau.

• Adat Temenggung tidak berasal dari Minangkabau. Beliau berpendapat bahawa adat tersebut
berasal dari dari kerajan Melayu Palembang/ Srivijaya yang wujud sekitar tahun 900- 1375 Masihi.
Beliau juga berpendapat bahawa adat tersebut berkembang ke Singapura dan Melaka melalui
keturunan Raja Palembang. Dari Melaka adat tersebut berkembang ke kawasan yang lain di Tanah
Melayu seperti Johor,Perak, Pahang, dan lain-lain (Wilkinson dalam Zainal Abidin Borhan, 1997).
• Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan Sebatang merupakan adik beradik seibu
berlainan bapa.
• Mereka berdua pada asalnya datang daripada Minangkabau iaitu dari daerah Periangan dan
Padang Panjang.
• Bendera Pagar Ruyung (Minangkabau) sama warna dengan bendera negeri sembilan.
• Adat Perpatih sempena nama Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Adat Temenggung pula
sempena nama Datuk Temenggung (Ketumanggungan) , orang yang bertanggungjawab
menyusun (penyusun) hukum adat yang terdapat di dalam kedua-dua adat tersebut.
• Adat temenggung dalam pengertian yang lain ialah adat kampung, adat Melayu, adat mukim
dan adat ketua.
• Datuk Ketemenggungan dikatakan memerintah dengan cara bertitah iaitu menginginkan
rakyat diatur dalam sebuah tatanan yang “berjenjang naik, bertangga turun” (hierarkhial),
manakala Datuk Perpatih pula lebih suka memerintah dengan cara bermuafakat iaitu
menginginkan masyarakat diatur dalam semangat yang “duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi” (demokratik).
• Sistem Datuk Perpatih menekankan prinsip kesamarataan kedudukan antara pemimpin
masyarakat sebaliknya peraturan Datuk Temenggung mementingkan kedudukan tinggi
rendah (hierraki) dalam masyarakat
• Selain daripada itu, kawasan pemerintahan mereka juga adalah berbeza iaitu Datuk
Ketemenggungan memerintah di bahagian persisiran dan Datuk Perpatih pula memerintah
di sebelah barat. Oleh itu, tidak hairanlah kedua-duanya menjalankan cara pemerintahan yang
berlainan.
SEJARAH MINANG BATU BATIKAM
KOTO TUO, SUMATERA BARAT
• Asas sistem pemerintahan kerajaan Pagar Ruyung dibawah pemerintahan
Adityawarman (1347-1375).
• Mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan Pagar Ruyung.
• Pagar Ruyung ialah nama kerajaan/institusi politik manakala Minangkabau adalah
nama penduduk yang mendukung kerajaan Pagar Ruyung.
• Dalam tambo Minangkabau menyatakan bahawa gelaran asal Datuk
Ketemenggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang ialah ‘Niniak Katumanggungan’
dan ‘Niniak Parpatiah’.
• Perpatih di percayai ada kaitan dengan Pasai, Temasik dan Melaka.
• Perpatih Nan Sebatang ada di sebut dalam Hikayat Raja Pasai ialah Perpatih
Swatang.
• Mereka masing-masing menegakkan adat yang menjadi amalan masyarakat
Minangkabau iaitu Bodi-Caniago dan Koto-Piliang.

• Bodi-Caniago diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dan diamalkan di


daerah pedalaman Pagar Ruyung. Berdasarkan adat ini, sistem pewarisan harta
pusaka, kuasa dan keturunan berasaskan matrilineal. Adat ini berasaskan Law of
Ministers. Konsep demokrasi dalam pemilihan penyandang pusaka (jawatan).

• Koto–Piliang diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dan diperkenalkan di


Minangkabau. Adat ini diamalkan di pesisir pantai dan muara sungai. Sistem
pewarisan harta, takhta dan keturunan (nasab) adalah patrilineal. Nama lain adat ini
ialah Law of the Minister for War and Police. Adat yang di amalkan oleh orang
Melayu pesisir pantai yang bercampur dengan adat yang di bawa oleh musafir India
Hindu yang datang berdagang. Adat ini kemudiannya bercampur dengan hukum
Islam yang di bawa pedagang Arab, Parsi dan Gujerat. Konsep pemilihan ketua atau
raja berdasarkan keturunan anak lelaki.
SEJARAH MINANGKABAU
• Nama Minangkabau sendiri berasal dari kata manang yang berarti menang dan kabau yang
berarti kerbau.
• Nama itu diketahui dari sejarah yang ditulis di dalam Tambo.
• Tambo: cerita rakyat dalam bentuk lisan, syair, pepatah masyarakat Sumatera Barat yang
disampaikan melalui tukang kaba (penutur cerita) merangkumi aspek adat, sistem pemerintahan
dan aturan kehidupan masyarakat Minangkabau.
• Kisahnya berawal pada saat kerajaan Pagaruyung yang dipimpin raja Adityawarman, akan
ditakluki oleh pasukan Majapahit.
• Untuk mencegah pertempuran, penasihat raja mengusulkan pertandingan adu kerbau sebagai
pengganti peperangan. Jika kerbau dari pihak raja yang kalah, maka kerajaan akan diserahkan
pada pasukan Majapahit. Sebaliknya, jika menang, pasukan Majapahit diminta untuk kembali ke
Jawa. Akhirnya, usulan tersebut juga disetujui oleh pasukan Majapahit.
• Pertandingan adu kerbau dimenangkan kerajaan Pagaruyung. Kemenangan tersebut pada
akhirnya menginspirasikan masyarakat memakai nama Minangkabau, kata yang berasal dari
ujaran “manangkabau” yang ertinya kerbau yang menang.
• Bagi mengenang kemenangan tersebut, masyarakat membuat sebuah rangkiang (Rumah
Gadang) yang atapnya mengikuti bentuk tanduk kerbau. Kisah mengenai Minangkabau ini juga
bisa ditemukan dalam Hikayat Raja-raja Pasai. Kemenangan adu kerbau dalam hikayat tersebut
menjadikan kawasan yang sebelumnya bernama Pariangan menjadi Minangkabau.
Muzium Adityawarma, Padang
Adityawarna, Malayapura, Pagar Ruyung
Pura: kerajaan,kota
Malayapura: Kerajaan Melayu
Menurut Drs Zuber Usman dalam buku Kesusasteraan Melayu Lama Indonesia menerangkan pada bahagian terakhir Hikayat Raja Pasai
mencatatkan “Ratu Majapahit memerintahkan Patih Gajah Mada pergi menakluk Pulau Percha. Mereka dipercayai membawa seekor kerbau
hikmat yang akan diaduka dengan kerbau Patih Sewatang yang merupakan Perdana Menteri Minangkabau. Patih Sewatang mendapat idea
mengunakan seekor anak kerbau yang tidak di beri susu beberapa hari menandingi kerbau Gajah Mada. Semasa perlawanan bermula anak
kerbau dilepaskan terus mengejar kerbau Gajah Mada lalu menyerodok kebawah kelengkang kerbau besar itu. Kerbau Gajah Mada kesakitan
dan akhirnya rebah lalu mati. Dalam cerita tersebut kononnya kerbau kecil itu dipasangkan ‘berminang’ yang menyerupai tanduk tajam.
‘Minang’ ialah satu alat bersaiz kecil yang diruncingkan menyerupai tanduk.”
Pengasas Undang-Undang
Adat
• Adat Perpatih:
• Datuk Perpatih Nan Sebatang (rakyat
biasa).
• Pemerintah sebelah darat Pagar Ruyong.
• Tersebar di Negeri Sembilan/ Naning
• Abad ke-17.

• Adat Temenggung:
• Datuk Ketemenggungan (putera raja).
• Pemerintah di Pesisir Laut Palembang.
• Tersebar di sebahagian besar negeri-negeri
Melayu.
Lokasi Penyebaran
• Adat Temenggung dilihat diperaktikkan secara meluas di kawasan persisiran pantai
seperti Melaka dan seterusnya berkembang ke kawasan wilayah yang lain.

• Adat Perpatih pula diamalkan oleh masyarakat yang di kawasan pendalaman seperti
di Naning, Negeri Sembilan dan juga di kawasan Sumatera Barat.
Politik dan Kekuasaan
Adat Temenggung Adat Perpatih

• Raja atau Sultan merupakan kedudukan yang • Sistem politik atau organisasinya diasaskan
paling tinggi dalam struktur politik dan oleh unit terkecil iaitu rumpun. Rumpun
pentadbiran di Alam Melayu. adalah satu keluarga yang mempunyai
keturunan sekurang-kurangnya tiga generasi
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam dan tinggal setempat.
pentadbiran dan raja juga memainkan peranan
sebagai ketua agama, ketua undang-undang, • Gabungan beberapa rumpun akan
ketua ketenteran dan ketua masyarakat. membentuk ruang dan gabungan beberapa
ruang seterusnya akan membentuk perut.
• Kedudukan istimewa seorang Raja Kebiasaannya perut adalah kelompok
diperkukuhkan dengan konsep daulat dan masyarakat yang berasal dari suku yang
derhaka. sama.

• Perut akan diketui oleh Buapak. Buapak


berfungsi dalam hak kekeluargaan seperti
perkahwinan, penceraian, pembahagian harta
dan menyelesaikan pertelingkahan yang
berlaku dalam Perut.
Sambungan…

Adat Temenggung Adat Perpatih

• Raja begitu mulia sehingga dianggap sebagai • Buapak seterusnya akan memilih Lembaga.
wakil Tuhan di dunia.
• Lembaga pula akan memilih Undang. Setiap
• Sistem pembesar 4 lipatan. Pembesar- suku akan diketuai oleh Lembaga. Jawatan
pembesar yang bertugas mengikut bidang lembaga dilantik secara bergilir mengikut
kuasa masing-masing sebagai contohnya suku.
Bendahara, Laksamana dan Shah Bandar.
• Lembaga mempunyai kuasa dalam melantik
• Raja atau Sultan di Alam Melayu dan memecat Penghulu atau Undang.
mengamalkan sistem autokrasi. Selepas
kematian Raja, kedudukan tersebut akan • Mereka mengamalkan sistem pemilihan dari
diwarisi oleh anak lelaki pertama Raja dan bawah ke atas iaitu sistem bertingkat.
sekiranya Raja mangkat tanpa meninggalkan
waris maka takhta tersebut akan diwarisi oleh • Adat Perpatih berlandaskan konsep
adik kandung raja muafakaat demokrasi dan budi.
RUMPUN

RUANG

PERUT

BUAPAK

LEMBAGA

UNDANG
Sistem Perundangan
Adat Temenggung Adat Perpatih

• Pelaksanaan undang-undang yang dilakukan • Pelaksanaan undang-undang jenayah dan


adalah bertujuan untuk menghukum dan hukuman dalam Adat Perpatih yang dijalankan
berpegang kepada perinsip pembalasan. adalah bersifat pemulihan dan pengajaran.

• Undang-undang Adat Temenggung telah • Seseorang pelaku itu tidak boleh dikatakan
menjadi asas dalam pembentukan undang- bersalah selagi dia tidak dihakimi oleh
undang kerajaan Melayu yang ada seperti institusi keadilan.
pembentukan UndangUndang Johor, Hukum
Kanun, dan Undang-Undang Riau. • Undang-undang Adat Perpatih boleh ditemui
melalui kata-kata perumpamaan, bidalan,
• Hukuman mati merupakan hukuman yang pantun dan juga teromba.
paling berat terhadap kesalahan membunuh,
memfitnah atau menderhaka kepada Raja. • Adat Perpatih, undang-undang dapat
dibahagikan kepada enam bahagian iaitu
• Raja mempunyai kuasa yang paling tinggi Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan,
dalam perundangan. Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang
Keterangan, Undang-Undang
• Undang-undang berasaskan Adat Keluarga,Undang-Undang Harta dan juga
Temenggung bersifat memihak kepada Konflik Undang-Undang.
golongan golongan atasan atau pemerintah

Sambungan…

Adat Temenggung Adat Perpatih


• Pembuktian kesalahan, bukti perlu • Setiap bahagian undang-undang tersebut
diserahkan dengan keterangan yang mempunyai perumpamaan atau bidalan
terperinci sebelum menghukum seseorang. yang menunjukkan kesalahan yang dilakukan
• Pelaksanaan hukuman terletak pada Raja/ dan juga balasannya.
Sultan, pembesar dan penghulu.

• Undang-Undang Adat dalam Adat Temenggung dan Adat Perpatih bertujuan untuk memberi
ketenangan dan rasa selamat serta menyusun kehidupan masyarakat yang mengamalkan adat
tersebut.
Sistem Pewarisan Harta
Adat Temenggung Adat Perpatih
• Lelaki lebih berhak mewarisi harta yang • Sistem perwarisan harta kelihatan rumit dan
lebih banyak berbanding wanita. kompleks kerana melibatkan status tanah.

• Sistem faraid yang diamalkan dalam agama • Sistem perwarisan harta Adat Perpatih
Islam (anak lelaki 1/8 dan anak perempuan ¼). terdapat dua jenis harta iaitu harta pusaka
dan harta carian.
• Perwarisan harta juga boleh dilakukan melalui
sistem wasiat. • Harta pusaka merupakan harta yang hanya
boleh dimiliki oleh kaum wanita sahaja
manakala harta carian adalah harta yang
dicari sendiri.

• Harta pusaka pula boleh dikategorikan


kepada dua jenis iaitu harta pusaka besar
dan harta pusaka sendiri.

• Harta pusaka besar adalah harta yang


meliputi perkara berkaitan tanah dan harta
pusaka yang diwarisi dari ibu dianggap
sebagai harta milik suku. Manakala harta
pusaka sendiri adalah harta persendirian
yang diwarisi daripada orang tua mereka
Sambungan…
Adat Temenggung Adat Perpatih
• Harta carian pula boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu harta carian bujang dan carian
bersama.

• Harta carian bujang adalah harta carian yang


dicari seseorang sebelum dia berkahwin
manakala harta carian bersama adalah harta
yang dicari bersama-sama semasa alam
perkahwinan dan masing-masing mempunyai
kepentingan terhadap harta tersebut.

•Harta tersebut hanya boleh diwarisi oleh


kaum wanita yang terdapat dalam suku tersebut.
Sekiranya waris kepada harta tersebut tiada,
maka harta pusaka tersebut akan diwariskan
kepada kaum wanita yang mempunyai
hubunga terdekat dalam suku tersebut.
Sambungan…

Adat Temenggung Adat Perpatih


• Harta pusaka yang kebiasaannya adalah
tanah.

• Tanah dalam adat perpatih dianggap sebagai


satu harta yang penting bagi wanita. Hal ini
kerana kebanyakan masyarakat yang
mengamalkan Adat Perpatih tinggal di
kawasan pendalaman, oleh itu mereka
memerlukan tanah bagi tujuan pertanian dan
sebagainya.

• Perwarisan tanah hanya boleh diterima oleh


kaum wanita sahaja.

• Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan


orang lelaki mampu merantau, memburu dan
mampu menjaga diri berbanding dengan kaum
wanita. Walaupun tanah diwarisi oleh kaum
wanita, namun kaum lelaki dibenarkan
mentadbir dan menguruskan tanah tersebut.

• Sekiranya berlakunya penceraian, harta carian


bujang akan diambil oleh empunya manakala
Sistem Kekeluargaan
Adat Temenggung Adat Perpatih
• Sistem kekeluargaan kelihatan bercorak • Sistem suku dijadikan sebagai sistem
seimbang iaitu kedudukan keluarga sebelah kekeluargaan.
bapa dan ibu dianggap sama penting.
• Mereka juga mengutamakan nasab sebelah
• Kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan ibu kerana keahlian seseorang akan dikira
nasab keturunan akan dikira daripada melalui suku yang diwarisi daripada sebelah
sebelah bapa. ibu dan mengetepikan suku bapa mereka.

• Pihak sebelah lelaki akan diberi keutamaan • Setiap ahli suku dikira sebagai saudara
yang dibenarkan oleh syarak. dan adik beradik oleh itu perkahwinan dalam
suku yang sama tidak dibenarkan.

• Terdapat 12 suku dalam masyarakat yang


mengamalkan Adat Perpatih iaitu Suku
Biduanda, Suku Batu Hampar, Suku Tiga
Nenek dan lain-lain.
Sistem Perkahwinan
Adat Temenggung Adat Perpatih
• Adat perkahwinan menggambarkan • Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan yang
kebudayaan Hindu tetapi telah diperhalusi bersifat Eksogami (perkahwinan di luar
dan didasari oleh peraturan Islam seperti kelompok sosial).
hukum nikah, hukum cerai, hukum ruju’ dan
nafkah. • Sistem perkahwinan mereka adalah
berasaskan sistem suku iaitu seseorang itu
• Hukum-hukum Islam dijadikan sebagai garis tidak dibenarkan berkahwin dengan orang
panduan dalam perkahwinan. yang sesuku dengannya.

• Seorang lelaki boleh berkahwin dengan • Sesuku dianggap mempunyai hubungan yang
sesiapa sahaja gadis yang dia suka selain dari rapat seperti adik beradik, oleh itu mereka tidak
wanita yang telah diharamkan oleh syarak dibenarkan berkahwin sesuku kerana kahwin
untuk bernikah. sesuku bererti seperti berkahwin adikberadik.

• Seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripda • Sekiranya perkahwinan sesuku dijalankan juga
satu sehingga empat orang berkesesuaian maka pasangan yang berkahwin tersebut akan
dengan syarak. dilucutkan keahlian dan diusir keluar dari tanah
pusakanya.
• Adat perkahwinan masyarakat di Alam Melayu
mengamalkan adat kebudaan Hindu seperti • Hal tersebut masih boleh diperbetulkan melalui
berinai, bersanding dan lain-lain namun majlis yang dipanggil sebagai masuk adat.
perkara tersebut telah diasmilasikan dengan Majlis tersebut diadakan sesuai dengan
Sambungan…
Adat Temenggung Adat Perpatih
• Majlis tersebut adalah satu upacara pasangan yang
bersalah akan mengakui kesilapan mereka dan memohon
serta meyampaikan keinginan untuk kembali kedalam
suku mereka. Mereka juga harus menyembah setiap ahli
yang berada dalam suku mereka.

• Setelah berkahwin, pihak lelaki akan tinggal di rumah


isteri dan akan dipanggil sebagai orang Semenda
manakala suku isterinya dipanggil sebagai Orang Tempat
Semenda.

• Suami haruslah mengikut segala peraturan yang


diamalkan di rumah isteri mereka. Walaupun begitu si
suami mempunyai kuasa dan hak dalam mentadbir
keluarga mereka. Sekiranya suami ingin berkahwin sekali
lagi, beliau tidak boleh berkahwin dengan orang yang
sama suku dengan isterinya selagi isterinya masih hidup
(sama suku: adik beradik).
Rujukan
Abdullah Sani Usman. (2005). Nilai Sastera Ketatanegaraan dan Undang-Undang dalam Kanun
Syarak Kerajaan Acheh dan Bustanus Salatin. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharin Ilias (et.) (al.). (2016). Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan. Kelantan. Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.

Hassan Ahmad (ed.) (2003). Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Dikaji dan
Diperkenalkan oleh Liaw Yock Fang. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Jelani Harun. (2008). Kajian Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London. Jurnal Sari 26, 127-
148

Zainal Abidin Borhan (et.) (al.) (ed.). (1996). Adat-Istiadat Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Percetakan
Seasons Sdn. Bhd.
• Tutorial:-
• Pecahkan kepada 2 kumpulan pelajar dalam satu tutorial.
• Platform chatroom di e-learning
• Masa: 30 minit
• Buat perbincangan berkaitan tajuk di bawah:-

Bincangkan kontradiksi adat temenggung dan adat perpatih dalam


konteks masyarakat Melayu tradisi berdasarkan perspektif politik
dan kekuasaan, sistem perwarisan harta, perundangan dan
perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai