Anda di halaman 1dari 1

MAKSUD RUKUN NEGARA DAN HURAIAN

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


- Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama
- Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai
murni dan tidak melakukan jenayah atau kejahatan yang lain
- Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah
agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman
- Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan
kukuh terhadapnya akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa
dan negara
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- Berdasarkan system Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
- Sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja
- Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri merupakan lambing
perpaduan rakyat
- Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan negara yang tertinggi dan ia
berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara
- Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya perlu
diterima serta dipertahankan
- Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara
- Tanpa undang-undang hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil
- Prinsip ini menuntut kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha
menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
- Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia, kesopanan dan kesusilaan adalah
penting untuk hubungan antara satu sama lain
- Ia dapat memelihara perilaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni

Anda mungkin juga menyukai