Anda di halaman 1dari 2

RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

1. Kepercayaan kepada tuhan


Seluruh warga SKKG1 hendaklah meletakkan asas dalam kehidupan seharian
mereka adalah dengan mempercayai bahawasanya Allah itu asas
kepercayaan kita. Allah yang maha menjadikan kita dan mengatur seluruh
aturan kehidupan dunia ini. Manusia yang meletakkan Allah dalam segala
tindak tanduknya akan beroleh kejayaan.
 Murid yang bersungguh-sungguh akan Berjaya.

2. Kesetian kepada raja dan negara

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mana seri


paduka baginda yang dipertuan agung adalah ketua negara Malaysia.
Sistem beraja ini juga diamalkan di setiap negeri.
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia kepada
Agung, sultan dan juga yang dipertua negeri.
3. Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi
dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu
sumber perundangan yang tertinggi.

Sekolah kita mempunyai peraturan dan perlembagaan yang disediakan


untuk dijadikan sebagai panduan agar setiap dari kita tidak tersasar dari
tujuan kita berada di sekolah ini.

4. Kedaulatan undang-undang
Setiap negara ada undang-undang. Undang-undang ini diasaskan untuk
menegakkan keadilan bagi setiap rakyatnya. Tanpa undang-undang negara
kita tidak aka naman dan tenteram.

Sekolah kita ada undang-undang. Undang-undang ini wajib di patuhi oleh


semua murid. Murid-murid akan aman dan selamat berada di sekolah bila
semua patuh kepada peraturan sekolah. Segala tindak tanduk murid-murid
akan dipandukan oleh peraturan sekolah.

5. Kesopanan dan kesusilaan


Prinsip ini bertujan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun
dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah
amat penting dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 
Di sekolah kita setiap murid diajar dan ditekankan untuk mengamalkan
amalan hormat-menghormati, berkasih sayang, tolong menolong.

Anda mungkin juga menyukai