Anda di halaman 1dari 25

FIQH QADA’

SHA 2073
NADIAH HJ MOHD ZIN
FAKULTI UNDANG-UNDANG,
GOVERNAN, DAN
HUBUNGAN ANTARABANGSA
SYARAT KELAYAKAN SEORANG KADI
Terdapat banyak syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama’ berkenaan tentang
syarat-syarat menjadi hakim atau qadhi menurut syara’.
Imam Ar-Ramli menetapkan 10 syarat untuk menjadi hakim di dalam kitabnya Nihayatul
Muhtaj.
Muhammad Salam Mazkur pula telah menetapkan bahawa terdapat enam syarat untuk
menjadi hakim dalam kitabnya Al-Qadha’ Fil Islam.
Imam Al-Mawardi pula ada meletakkan bahawa ada tujuh syarat menjadi hakim yang
termaktub di dalam kitabnya Al-Ahkam Sultaniyyah Wal Wilayatul Diniyyah.
Doktor Abdul Karim Zaydan pula mensyaratkan ada lapan syarat menjadi hakim iaitu baligh,
berakal, merdeka, muslim, adil, mujtahid, lelaki, sempurna anggota.
MESTILAH BERAGAMA ISLAM
Kadi yang hendak dilantik itu hendaklah seorang Islam. Orang yang tidak beragama Islam tidak
boleh dilantik menjadi kadi secara mutlak untuk membicarakan semua kes yang melibatkan orang
Islam . Ini disebabkan kehakiman itu termasuk dalam tugas “wilayah” yang mana orang kafir tidak
boleh menjadi wali kepada orang lain seperti firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman
rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan
alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? .
(Surah An-nisa’: ayat 144)

Pendapat Imam Al-Mawardi mengatakan bahawa orang kafir tidak boleh dilantik menjadi kadi
secara mutlak adalah pendapat kebanyakan ulama’. Malahan keseluruhan ulama’ berpendapat
bahawa orang kafir tidak boleh dilantik menjadi kadi untuk menghakimi orang-orang Islam
berdasarkan ayat-ayat yang disebutkan di atas tadi begitu juga menghakimi orang bukan Islam.
Pendapat di kalangan ulama’ terutama golongan Hanafi yang mengharuskan perlantikan
orang bukan Islam untuk membicarakan kes-kes yang berlaku dan berhubung dengan orang
bukan Islam. Boleh dilantik orang kafir untuk menjadi hakim khusus bagi golongan ahli
Dzimmah kerana ini tidak mendatangkan mudarat samalah seperti tidak mendatangkan
mudarat dengan melantik orang Islam. Bagi golongan Hanafi, hujah mengharuskan
perlantikan hakim bukan Islam untuk golongan bukan Islam ialah berdasarkan prinsip
bahawa, oleh kerana orang bukan Islam layak menjadi saksi sesama mereka, maka mereka
juga layak menjadi hakim sesama mereka .
HENDAKLAH SESEORANG HAKIM ITU
TELAH BALIGH
Islam tidak menetapkan umur sebenar seseorang yang layak dilantik menjadi kadi.
Walaupun mungkin dari segi pentadbiran ia ditetapkan, Islam hanya mesyaratkan baligh
sebagai syarat umur minimum untuk menjadi kadi. Yang demikian kanak-kanak yang
belum baligh tidak boleh dilantik menjadi kadi. Jika mereka tidak dibebankan dengan
hukuman syarak, tentulah mereka tidak berkelayakan untuk menjatuhkan hukuman ke
atas orang lain. Jika kesaksian mereka dipertikaikan, maka sudah tentu hukuman mereka
lebih lagi dipertikaikan. Akad dan tindak-tanduk mereka tidak boleh
dipertanggungjawabkan . Maka tentulah mereka tidak boleh mempertanggungjawabkan
kata-kata mereka kepada orang lain.
MESTILAH DIRI HAKIM ITU WARAS DAN
BERAKAL
Orang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah seorang yang berakal. Tidak sah perlantikan orang gila. Berakal yang dimaksudkan disini termasuklah bersifat
Tamyiz, cerdik iaitu tidak bodoh atau pelupadan dapat menyelesaikan masalah termasuklah masalah yang rumit. Syeikh Isa menambah, kecerdikan itu
hendaklah sampai kepada peringkat dapat membezakan di antara pengakuan dan penafian walaupun diucapkan kepadanya dengan kata-kata yang baik, dan
hendaklah mempunyai kekuatan berfikir untuk memahami makna perkataan yang dilafazkan .

Timbul masalah untuk melantik seseorang yang tidak tahu menulis dan membaca (ummi) sedangkan dia mempunyai pengetahuan hukum syarak. Dalam
masalah ini terdapat dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan harus melantiknya sebagai hakim dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w seorang yang
ummi. Pendapat kedua pula mengatakan tidak harus melantik seorang yang ummi menjadi kadi. Walau bagaimanapun terdapat dua pendapat dalam mazhab
Syafici. Demikian juga sah melantik orang yang jahil dalam ilmu hisab untuk menjadi kadi.

Tapi, tidak menjadi halangan kepada seseorang kadi untuk menjatuhkan hukuman walaupun dia seorang ummi, dengan syarat dia mengetahui dengan
mendalam hukum syarak, cara mengeluarkan hukum dari dalilnya dan mengetahui masalah yang disepakati, agar kewibawaannya sebagai kadi tidak
dipertikaikan. Walaupun demikian , melantik orang yang tahu membaca, menulis dan mengira di samping ilmu syariah yang sememangnya menjadi syarat
utama perlantikan seseorang untuk jawatan ini lebih baik dan utama.
DI KALANGAN ORANG YANG MERDEKA
Orang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah seorang yang merdeka. Tidak sah melantik
hamba untuk menjadi kadi kerana kehakiman termasuk dalam bahagian kekuasaan
“wilayah” bukan sahaja terhadap orang ramai, bahkan terhadap dirinya sendiri . Disyaratkan
merdeka itu, merdeka yang mutlak. Oleh itu, orang yang tidak merdeka sepenuhnya atau
yang dijanjikan untuk dimerdekakan atau yang dibenarkan menebus dirinya tidak sahdilantik
menjadi hakim. Bagi mereka yang mengatakan wilayah qada’ adalah berdasarkan syahadah
dan penyaksian hamba adalah diterima, akan mengatakan bahawa hamba boleh menjadi
kadi. Walau bagaimanapun persoalan ini tidaklah timbul pada masa ini kerana sistem
perhambaan tidak wujud lagi .
HENDAKLAH HAKIM TERSEBUT SEORANG
LELAKI
Menurut jumhur ulama’ (Syafie, Maliki, dan Hanbali) berpendapat lelaki menjadi syarat perlantikan kadi. Tidak sah
melantik perempuan menjadi hakim . Jika dibuat perlantikan ke atas mereka, hukuman yang dijatuhkan mereka itu
tidak sah. Hujah jumhur ulama’ berdasarkan firman Allah bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan
perkara Yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka
bumi. mereka itu ialah orang-orang Yang rugi ”.
(Surah An-nisa’: ayat 34 )

Menurut Imam Al-Mawardi berpendapat lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal fikiran dan kekuatan, maka tidak
harus bagi perempuan mengatasi lelaki.
Terdapat hadis Rasulullah yang menegaskan sesuatu kaum itu tidak akan berjaya jika urusan
mereka di tangan perempuan. Rasulullah S.A.W bersabda ini adalah bersempena berita yang
baginda terima bahawa raja Parsi (kisra) telah mati dan kaumnya telah melantik anak
perempuannya menjadi raja. Menurut jumhur ulama’, jika perempuan boleh dilantik menjadi
ketua pemerintah tentulah Rasulullah S.A.W tidak menegaskan yang sesuatu kaum tidak akan
berjaya jika urusan mereka di tangan wanita, sedangkan menjadi kadi juga beerti mengepalai
urusan dan jawatan tersebut sebahagian tugas khalifah.
Al-Syirazi juga telah menjadikan hadis tersebut sebagai hujah dan menegaskan bahawa hadis
itu sabagai sahih. Menurutnya tugas kadi terpaksa bergaul dengan lelaki dan dalam
membicarakan kes. Maka wanita tidak harus bergaul sedemikian supaya tidak menimbulkan
fitnah.
Menurut Imam Abu Hanifah, wanita boleh menjadi kadi dalam kes-kes yang ia boleh
menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak boleh menjadi saksi .
Walaupun demikian, dikatakan juga bahawa mazhab Abu Hanifah tidak mengharuskan
perlantikan wanita sebagai kadi, tetapi sekiranya mereka dilantik, maka perlantikan itu sah
tetapi orang yang melaniknya menanggung dosa. Hukuman yang dijatuhkan oleh kadi
wanita tadi berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes
selain daripada kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan kitab Allah dan
sunnah rasul-Nya.Hujah golongan yang menyetujui pendapat mazhab Hanafi ini ialah
berdasarkan qias, iaitu wanita harus menjadi saksi dalam beberapa kes. Maka wanita juga
harus menjadi kadi dalam perkara-perkara yang diharuskan ia menjadi saksi.
Ibn Jarir al-Tabari, mengharuskan wanita menjadi saksi secara mutlak.ini bererti dia boleh
membicarakan semua kes termasuk qisas dan hudud . Tabari melihat tujuan perlantikan
kadi ialah untuk melaksanakan keadilan yang mutlak. Oleh yang demikian jawatan kadi
boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan segala perselisihan
antara pihak-pihak yang berbalah.

Ibn Hazm berpendapat bahawa wanita-wanita dilantik menjadi kadi kerana


keperempuanan seseorang wanita tidak memberi kesan terhadap kemampuannya
meemahami hujah dan keterangan dan tidak menghalangnya menyelesaikan perbalahan.
HENDAKLAH SIFAT SEORANG QADHI ITU
ADIL
Pendapat jumhur ulama, seorang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah bersifat adil . Tidak sah
melantik seorang yang fasik sebagai kadi atau memegang jawatan tersebut. Adil menurut al-Mawardi
ialah seorang yang bercakap benar, jelas amanah, bersih daripada perkara-perkara yang haram dan
dosa, jauh daripada sifat-sifat yang meragukan, tidak suka berjenaka, menjaga maruah dalam urusan
agama dan dunianya, dipercayai (keadilannya) dalam keadaan gembira dan marah .

Adil ialah seseorang itu adil apabila dia sentiasa berkata benar, ternyata amanah, tidak melakukan dosa
besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil, sentiasa menjaga maruah, menjauhkan diri daripada
perkara syubhah, sentiasa tenang sama ada dalam keadaan seronok atau marah, boleh diharap dan
dipercayai keadilannya walaupun dalam keadaan gembira dan suka atau dalam keadaan benci dan
marah, sentiasa menjaga kehormatannya, berakhlak mulia dan bersopam santun. Adil juga adalah
dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna apabila ia seorang kadi ia hendaklah
menjatuhkan hukuman dengan adil dan tegas berdasarkan hukum Islam, tidak menyeleweng. Apabila
sempurna semuanya, maka harus melantiknya menjadi kadi, tidak harus bagi orang fasik menjadi kadi.
MESTILAH DI KALANGAN MUJTAHID
Golongan Syafie, Hambali, Maliki dan sebahagian ulama Hanafi mensyaratkan seseorang yang
dilantik menjadi hendaklah berkeahlian di dalam bidang hukum syarak atau bertaraf mujtahid. Oleh
demikian tidak sah melantik kadi dari kalangan orang yang jahil dan juga muqallid .

Menurut al-Mawardi orang pakar dalam hukum syarak ini mengetahui asas-asas hukum syarak dan
juga cabang-cabangnya, iaitu mengetahui al-Quran dan perkara-perkara yang bersangkutan
dengannya seperti nasikh-mansukh, muhkam mutasyabih, a’m khas, dan asbab nuzul.Mengetahui
sunnah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya seperti sabda Nabi Muhammad S. A.W
dan perbuatan baginda , cara hadis diriwayatkan sama ada mutawatir, ahad, sahih dan cara hadis
dikeluarkan.
SEMPURNA PANCAINDERA
Seseorang yang dilantik menjadi kadi hendaklah seorang yang mendengar, melihat, dan tidak boleh melantik orang
yang pekak . Ini kerana orang yang pekak (tuli)tidak dapat mendengar percakapan orang yang bertikai ; sukar baginya
untuk membezakan diantara orang yang menuntut dengan orang yang dituntut, mana yang benar dan mana yang yang
salah, mana yang hak dan mana yang batil.
Dia juga hendaklah seorang yang boleh bercakap dan tidak bisu. Ini penting untuk membolehkan memberikan arahan
kepada pihak yang terlibat lebih-lebih lagi ketika menjatuhkan hukuman yang dikehendaki dibuat secara terbuka dan
boleh difahami oleh semua orang. Keputusan yang disampaikan melalui isyarat atau tulisan tidak boleh difahami oleh
semua orang dengan tepat malahan boleh dipertikaikan dan menimbulkan syubhah.
Dia juga hendaklah seorang yang boleh dilihat dan bukan seorang yang buta. Ini penting untuk mengetahui keadaan
orang yang menuntut, yang kena tuntut dan para saksi. Gerak laku pihak yang terlibat semasa memberi keterangan
amat penting dan boleh dijadikan sebahagian daripada keterangan karenah. Demikian juga nada suara dan perubahan
cara cakap yang berlaku di antara kedua-kedua pihak yang terlibat dalam perbicaraan dapat dikenal pasti kesahihan
dan dapat membantu kadi menjalankan tugas dengan sempurna .
PENDAKWAAN

Perkataan ) ‫ ) الدعوى‬menurut bahasa ialah nama bagi sesuatu yang didakwa, jamakmya
Perkataan menurut bahasa ialah nama bagi sesuatu yang didakwa, jamakmya .) ‫دعاوي‬
Perkataan dakwa diberi makna sebagai menerima atau mencerita. Menurut Kamus Dewan
pula pendakwaan ialah pengemukaan (penyampaian) sesuatu dokumen (tuduhan). Maksud
lain dari sudut bahasa ialah perkataan yang dimaksudkan oleh seseorang untuk
mengemukakan hak ke atas orang lain atau membuat tuntutan dan harapan.
Dakwaan menurut istilah ialah perkataan yang diterima oleh hakim. Takrif ini merangkumi
setiap perkataan yang diterima oleh hakim seperti pengakuan (iqrar), persaksian
(shahadah) dan seumpama keduanya.
Sesetengah ulama’ mentakrif sebagai “menyandarkan sesuatu kepada diri sendiri ketika
bertelingkah”. Ada yang mentakrifkannya dengan “pernyataan daripada seseorang
mengenai wujudnya hak di atas tanggungan orang lain di hadapan hakim”.
Selain itu, pendakwaan juga dihuraikan sebagai memberi atau mengadu haknya ke atas
orang lain atau mendakwa dengan mengemukakan keterangan melalui saksi-saksi lelaki
atau perempuan.
PENSYARIATAN PENDAKWAAN
Dalil daripada Al-Quran.

Antara ayat yang menyatakan kedudukan pendakwaan ialah firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Tidakkah engkau pelik memikirkan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang
(yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari kitab Taurat, mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab
itu dijadikan hakim (mengenai perkara yang timbul) di antara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka
berpaling ingkar sambil menolak (seruan dari hukum kitab Allah itu).”
(surah an-nisa’ 46)

Firman Allah s.w.t lagi: Maksudnya:


”Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya,
supaya menjadi hakam memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta sepuak dari
mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).”
(surah an nurr 48)
Dalil daripada al-Sunnah

Terdapat banyak hadis yang menunjukkan berlakunya pendakwaan pada zaman Nabi s.a.w. dan
seterusnya menyatakan pensyariatan pendakwaan.

Antaranya ialah sabda Nabi s.a.w. :

‫لو يعطى الناس بدعواهم الدعى انس دمال وأمواهلم ولكن اليمني على املدعى عليه‬

Maksudnya: ”Kalaulah diberi kepada manusia apa sahaja yang didakwa atau dituntutnya, tentu akan ada
beberapa orang lelaki mendakwa atau menuntut berhubung dengan darah dan harta mereka, tetapi
sumpah atas orang yang kena dakwa.”
‫البينه على المدعي واليمين على من انكر‬

Maksudnya: Mengemukakan keterangan adalah menjadi kewajipan yang mendakwa dan


bersumpah adalah tanggungjawab yang mengingkarinya
RUKUN PENDAKWAAN
1. mudda’i atau pendakwa
Pihak yang mengemukakan dakwaan terhadap orang lain tentang sesuatu hak atau
kepentingan.

2. Mudda’ alaihi atau pihak kena dakwa


Pihak yang kena dakwa oleh seseorang tentang sesuatu atau kepentingannya.

3. Mudda’a atau subjek dakwaan


Perkara yang didakwa iaitu sesuatu hak atau kepentingan yang dituntut atau didakwa oleh
pihak yang mendakwa terhadap pihak yang kena dakwa.

4. Dakwaan
Dakwaan yang sah ialah dakwaan yang memenuhi syarat. Hukum menjawab dakwaan
yang sah ini adalah wajib. Pihak yang mendakwa hendaklah memberikan keterangan dan
bukti terhadap dakwaannya. Pada dasarnya, apabila pihak yang mendakwa gagal
membuktikan dakwaannya, maka pihak yang kena dakwa hendaklah diminta bersumpah.
Jika ia enggan bersumpah, maka bolehlah dikembalikan sumpah tersebut kepada yang
mendakwa.
Dakwaan yang tidak sah ialah dakwaan yang tidak memenuhi syarat seperti yang
dikehendaki oleh syarak. Dakwaan seperti tidak wajib dijawab oleh pihak yang kena
dakwa. Hakim pula tidak wajar menerima dakwan ini.
JENIS PENDAKWAAN
Pendakwaan terbahagi kepada empat iaitu dakwaan yang sah, dakwaan yang fasid, dakwaan
yang batal dan dakwaan al-hisbah.

Dakwaan Yang Sah

Pendakwaan yang sah ialah pendakwaan yang melengkapi syarat-syarat sah, iaitu syarat-
syarat yang telah disebutkan dalam perbahasan di atas. Pendakwaan yang sah ini melahirkan
hukum-hukumnya yang dimaksudkan iaitu membawa pihak lawan (pihak di dalam kes) hadir
ke mahkamah melalui para pembantu qadi, memintanya menjawab dakwaan pihak yang
mendakwa dan bersumpah jika mengingkari perkara yang didakwakan ke atasnya itu dan
orang yang mendakwa sabit padanya, sama ada dengan pembuktian (al-bayyinah) atau
dengan keengganan orang yang didakwa bersumpah.
Dakwaan yang fasid

Pendakwaan fasid ialah pendakwaan yang sah pada asalnya, tetapi tidak dikira sebagai syarie
disebabkan terdapat kecacatan pada sebahagian daripada sifat luarannya. Contoh pendakwaan yang
fasid ialah seperti benda yang didakwa itu sesuatu yang majhul (tidak jelas), dalam keadaan ini hakim
tidak menolak dakwaan itu begitu sahaja dan tidak pula ia mendengar dakwaan itu, bahkan hakim akan
meminta supaya pihak pendakwa memperbetulkan dakwaannya, dan setelah diperbetulkan dakwaan
tersebut dari sesuatu yang boleh menyebabkan dakwaan itu fasid maka hakim dapat menerima dakwaan
tersebut, sepertimana jikalau pendakwa telah dapat menentukan benda yang didakwa dan tiada apa-apa
yang menyebabkan kesamaran. Akan tetapi jika ia tidak memperbetulkan dakwaannya yang fasid itu,
maka hakim tetap akan menolak dakwaannya itu.Walau bagaimanapun penolakan ini tidak semestinya
menggugurkan hak pihak pendakwa bagi mengemukakan dakwaannya buat kali kedua, kerana ia masih
mempunyai hak untuk mengemukakan dakwaannya setelah diperbetulkan kesalahannya supaya menjadi
sah dan dapat diterima oleh pihak hakim.
Dakwaan Batal

Pendakwaan yang batal ialah pendakwaan yang tidak sah pada asalnya dan tidak akan
memberikan sebarang hukuman ke atasnya, kerana tidak mungkin lagi dapat diperbaiki.
Contohnya seperti ”Si Zaid mendakwa si polan yang mendiami di kampung tertentu adalah
seorang yang kaya, dan saya adalah seorang yang fakir dan saya memohon kepada pihak
hakim supaya memutuskan satu hukuman ke atas si polan itu supaya memberikan sedekah
kepada saya”

Dakwaan al Hisbah
Dakwaan yang dikemukakan oleh seseorang kepada hakim yang bukan bertujuan untuk
menuntut hak-hak tetentu untuk dirinya tetapi dakwaan itu menuntut pelaksanaan hak-hak
Allah. Contohnya dakwaan tersebut dengan kesalahan mencuri dan melakukan zina
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai