Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 1:

PENGENALAN AL-QADA’
Hasil MASYARAKAT
APAKAH Pembelajaran:DAN
NEGARA PERLU KEPADA
SISTEM KEHAKIMAN ?
Di akhir pembelajaran topik 1 ini, pelajar boleh:

• Menjelaskan takrifan al-qada’ dari sudut bahasa dan istilah syara’.


• Menghuraikan kelebihan konsep ‘pengadilan’ secara umum.
• Mengenalpasti hukum memohon dan menerima jawatan hakim.
• Menerangkan hikmah dari konsep ‘pengadilan’ yang dijalankan.
WUJUDKAH SISTEM
KEHAKIMAN DALAM ISLAM ?
Definisi ‘Qada’
Bahasa –
• Qada’ ialah “sampai tempoh”, menunaikan, menghukum ke atas sesuatu, menjatuhkan
hukuman ke atas 2 pihak yg bertikaian.

Istilah syarak -
• Kadi ialah orang yg dilantik bagi menyelesaikan perbalahan/pertikaian antara 2 pihak
atau lebih dgn berpandukan hukum syarak.
Definisi Qada’ dari parafuqaha’
Mazhab Hanafi & Maliki –
• Memberitahu tentang hukum shara’ dalam bentuk yg terikat (binding).

Mazhab Syafi’e –
• Membebankan sesiapa yg ke atasnya suatu bebanan dengan hukum shara’.

Mazhab Hanbali –
• Menjelaskan hukum shara’ dan membebankan dengannya serta memutuskan pertikaian.
“Hukm” dan “qada”

]26-26: [
26. Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka
melupakan hari perhitungan. [Sad:26]
“Hukm” dan “qada”

]36: [
36. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang
mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. [Al Ahzab:36]
Rukun Kehakiman Islam
1. QADI/HAKIM –
menghentikan perbalahan apabila dibuat dakwaan dihadapannya,
meneliti dan mendengar dakwaan dan cara-cara pembuktiannya.

2. DAKWAAN –
merangkumi prinsip-prinsip mendengar dakwaan dan cara pembuktian.

3. HUKUMAN –
dikeluarkan bagi menyelesaikan persengketaan dan pergaduhan.
Kepentingan kehakiman islam
• Kehakiman adalah dituntut oleh syarak kerana ia penting bagi masyarakat yang sangat
memerlukannya samaada Islam atau bukan Islam.
• Rasulullah sendiri bertindak sebagai hakim dalam menyelesaikan masalah masyarakat.
Baginda juga bertindak mengutuskan para sahabat untuk bertindak sebagai hakim di
luar kota Madinah.
• Maka ulama’ sepakat hukum tugas kehakiman adalah fardu kifayah kerana manusia tidak
akan stabil hidupnya tanpa kehakiman seperi berjihad dan kepimpinan.
Kelebihan kehakiman/pengadilan
• Apabila sesuatu perkara itu menjadi fardu kifayah, maka padanya adalah tuntutan yang
sangat kuat untuk dilaksanakan.
• Kehakiman Islam menjadi suatu bentuk pendampingan kepada Allah dan mempunyai
kelebihan yang besar.
“pengadilan itu satu wasilah (cara) menegakkan yang makruf dan menentang
kemungkaran, menolong yang kena zalim, menakutkan yang zalim daripada melakukan
kezaliman, menyampaikan yang hak kepada tuannya, mendamaikan diantara manusia dan
menghukum dengan kebenaran (hak) dan Allah kasih kepada mereka yang mengadili
dengan hak”.
Kelebihan kehakiman/pengadilan
• Hakim yang tersalah ketika melaksanakan pengadilan akan diberikan satu pahala, selagi
mana dia berijtihad dengan sebaiknya serta bertujuan mencari kebenaran dan hakim yang
melaksanakan pengadilan dengan betul/benar akan mendapat dua pahala.
• Walaubagaimanapun, ia bukan lah menjadi asbab kepada masyarakat untuk berlumba-
lumba menjadi hakim kerana para ulama’ juga ada menyatakan kesan dan akibat kepada
mereka yang menjadi hakim, tetapi tidak mengendalikan urusan kehakiman dengan
sebaiknya, tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya serta terdapat campur tangan luar
didalam urusan kehakimannnya.
“ sesiapa yang memegang jawatan kehakiman atau dilantik sebagai hakim diantara manusia
maka sesungguhnya dia telah disembelih dengan yang lain daripada pisau”
-Hadis riwayat al-Tarmizi-
Hukum memohon jawatan
hakim/qadi
• Asasnya, perbuatan memohon jawatan Hakim/Qadi adalah dilarang kerana pada
dasarnya umum mengetahui “memohon jawatan-jawatan kerajaan dalam Negara Islam
adalah dilarang” seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

• Namun ulama’ berpandangan hukum memohon / menjawat jawatan hakim adalah


berbeza mengikut keadaan. Oleh itu dibahagikan hukumnya sebagaimana berikut:
Hukum memohon jawatan
hakim/qadi
PERTAMA ; Haram iaitu bagi mereka yang jahil akan urusan pengadilan dan mereka yang alim
tetapi dia memohon dengan tujuan membantu orang yang zalim dan membuat keputusan
sesuka hati atau dengan tujuan memakan harta secara batil.

KEDUA ; Makruh iaitu bagi mereka yang ada kelayakan memohon jawatan itu tetapi ada orang
yang lain yang lebih layak daripadanya. Juga makruh bagi orang kaya dan tidak memerlukan
gaji sebagai hakim untuk menampung keperluannya sedangkan ada orang yang layak bagi
jawatan tersebut.

KETIGA ; Harus bagi mereka yang memohon jawatan tersebut dengn tujuan menolak perkara
yang menyakiti dirinya sedangkan dia adalah orang layak kepada jawatan itu. Juga bagi fakir
yang banyak tanggungan dan perlu kepada pendapatan sebagai hakim tersebut selagi mana dier
berkelayakan.
Hukum memohon jawatan
hakim/qadi
KEEMPAT ; Sunat bagi mereka yang tidak wajib keatasnya menjadi hakim, tetapi dia sedar
bahawa sekiranya dia menjawat jawatan itu, akan memberikan faedah dan manfaat
kepada muslimin kerana dia lebih layak dan mampu daripada orang lain.

KELIMA ; Wajib bagi mereka yang semestinya menjawat jawatan itu dan menerimanya
kerana dia sahaja yang layak dan mampu melaksanakan tugas pengadilan, maka wajiblah
dia memohon.
Hukum Menerima Jawatan
Pengadilan
• Sebagaimana perbuatan memohon terdapat hukum padanya, begitu juga bagi perbuatan
menerima jawatan sebagai Hakim/ Qadi.

• Maka ulama’ membahaskan tentang perkara berkenaan, yang membawa kepada


pembahgian berikut:

PERTAMA : Wajib bagi mereka yang dimestikan keatasnya mengendalikan pengadilan dan
memegang jawatan itu kerana tiada yang lebih layak darinya.

KEDUA : Sunat bagi mereka yang melalui jawatan tersebut dapat mendatangkan manfaat
kepada orang Islam, disebabkan dia orang lebih layak dan mampu memikul tanggungjawab.
Hukum Menerima Jawatan
Pengadilan
KETIGA : Haram bagi mereka yang tahu dirinya lemah atau tidak berlaku adil walaupun dia
arif tentang hokum-hokum pengadilan, kerana kelemahannya itu akan membuatkan dia
mengikut hawa nafsu dalam pengadilan.

KEEMPAT : Makruh bagi mereka yang layak memegang jawatan itu, tetapi dalam masa yang
sama ada orang lain yang lebih layak.

KELIMA : Harus apabila seseorag itu sama sahaja dengan orang lain dari degi kelayakan
memegang jawatan dan tiada apa-apa perkara yang melebihkannya untuk menerima.

Anda mungkin juga menyukai