Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 10 : PENGENALAN

KEPADA
AL-IJTIHAD
PENGERTIAN IJTIHAD (‫ )اجتها‬DAN
MUJTAHID
- Ijtihad ialah mencurahkan sepenuh tenaga bagi
mendapatkan hukum syarak berbentuk amali dengan
cara mengistinbat daripada dalil-dalil dan sumber
syarak
- Mujtahid ialah orang yang mampu membuat
kesimpulan hukum-hukum syarak yang berbentuk
amali,dari dalil-dalilnya secara terperinci dan
mujtahid dikatakan faqih mengikut istilah ulamak
usul fiqh
HUKUM BERIJTIHAD DAN SEJARAHNYA
1. Ulama bersepakat mengatakan harus ijtihad dalam mengeluarkan
sesuatu hukum apabila cukup syarat tertentu . Berkenaan hukum harus
dan bermulanua ijtihad ulama berdasarkan dalil hadis Muaz Bin Jabal
ketika beliau diutuskan menjadi wakil ke Yaman
‫ بسنة رسول‬: ‫ فان لم تجد؟ قال‬: ‫ قال‬, ‫ لما تحكم؟ قال بكتاب أهلل تعالى‬: ‫ما روى أن النبي (ص) قال لمعاذ‬
‫ فقال النبي عليه السال الحمدهلل الذي وفق رسول أهلل‬.‫اجتهد رأيى وال آلو‬: ‫ لم تجد؟ قال‬: ‫ قال‬, )‫أهلل (ص‬
. ‫(ص) لما يحبه ويرضاه فان رسول أهلل‬
)‫(رواه أحمد و ابو دأود‬

“Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa


kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab
“Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah” Nabi bertanya
lagi, “Sekiranya engkau tidak menemuinya dalam Sunnah?”
Muaz menjawab “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan
perkara tersebut . Nabi pun menepuk dada sambil bersabda “Segala puji
bagi Allah yang telah memberi Taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah
sesuatu yang diredai oleh Rasulullah. (Ahmad dan Abu Daud)
HUKUM BERIJTIHAD DAN SEJARAHNYA
2.Melalui ijtihad, hukum Islam akan terus berkembang sesuai dengan
tempat,masa,dan keadaan . Selain itu , dengan ijitihad juga terbentuknya
al-Qiyas dan ijmak ulama
3.Antara dalil diharuskan dalam Islam adalah firman Allah dalam Surah Al-
Hasyr ayat 2 :
‫ار‬
ِ ‫ص‬َ ‫فَا ْعتَ ِب ُروا يَا أُو ِلي ْال َ ْب‬
“maka insaflah dan ambillah pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya

Sabda Nabi :
‫اذا اجتهد الحاكم واصاب فله اجران واذا اجتهد فأخطأ فله اجرا واحد‬
‫(رواه البخارى ومسلم‬
“Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan
didapati yang ia ijtihadkan itu benar , maka ia mendapat dua pahala,
sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah,maka ia
mendapat satu pahala. “ (Bukhari dan Muslim)
SYARAT-SYARAT YANG MESTI ADA
PADA MUJTAHID
1.Beriman , Islam dan bersifat adil
2. Mengetahui tentang Al-Quran berserta maknanya dari sudut bahasa dan syariat
3.Mengetahui hadis berserta maknanya dari sudut bahasa dan syariat
4. Mampu memahami tentang masalah-masalah ijmak serta tempat berlakunya
ijmak
5. Mengetahui cara cara Al-Qiyas,iaitu tentang illah,hikmat,kemaslahatan
masyarakat serta uruf
6.Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna
7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada Al-Qurn dan Hadis
8.Mengetahui Usul Fiqh
9.Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya dapat membezakan antara
pendapat yang baik dan yang salah.
10.Baligh
11.Mengetahui tentang dalil akal dan kehujahannya
12.Menegetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam
13.Mengetahui tentang sebab nuzul ayat dan sebab wurud hadis
HUKUM BERIJTIHAD
• Ijtihad fardu ain
-Ijtihad wajib dilakukan oleh seseorang atau individu yang
mempunyai kemampuan dan kelayakan serta tidak ada orang lain
untuk menyelesaikan masalah dan perkara yang berkaitan dengan
masalah hukum

Ijtihad fardu ain ada 2 bahagian :


Ijtihad yang dilakukan oleh seorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan
permasalahan yang ditanya oleh individu lain , dan tiada orang lain yang layak
berijtihad

Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid dalam sesuatu masalah hukum
untuk dirinya sendiri atau tanpa pertanyaan individu lain. Ia juga layak berijtihad
dan digelar mujtahid
HUKUM BERIJTIHAD
• Ijtihad fardu kifayah
-Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kelayakan
untuk berijtihad , namun selain dirinya masih ada orang lain yang
berkelayakan untuk berijtihad

Ijtihad fardu kifayah ada 2 bahagian :

Seorang mujtahid yang diajukan atau ditanya tentang hukum sesuatu


permasalahan dan masih ada orang lain yang mampu berijtihad sepertinya.

Seorang mujtahid yang ragu-ragu denga ijtihad mujtahid lain dan ia cukup
syarat sebagai mujtahid , dan ketika itu menjadi kifayah
HUKUM BERIJTIHAD
-Ijtihad sunat
Ijtihad untuk menyelesaikan masalah hukum-hakam yang mana ijtihad itu
dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat berijtihad

Ijtihad sunat ada 2 bahagian :


Seorang mujtahid yang berijtihad dalam sesuatu masalah yang ditanya oleh individu
atau masyarakat mengenai hukumnya , namun perkara yang ditanya belum berlaku
dan tidak wujud

Seorang mujtahid yang berijtihad tentang sesuatu masalah dan hukum yang belum
berlaku atau tidak berlaku . Di mana ia berijtihad atas dasar inisiatif dirinya dan
semata- mata berijtihad tanpa sebab lain.

-Ijtihad Haram
Segala Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang dengan cara yang bercanggah
atau tidak memenuhi syarat ijtihad serta bercanggah dengan nas
HUKUM YANG BOLEH DIIJTIHAD
a) Hal dan perkara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al-Quran, al-
Sunnah dan ijmak ulama. Untuk itu, ijtihad yang dilakukan padanya ialah
dengan mengkaji untuk mengetahui hukumnya melalui al- qiyas, masalih
al- mursalah, uruf, istishab, istihsan dan lainnya. Oleh itu ulamak mujtahid
tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat dalil dan hujah dengan
dalil-dalil tersebut dan berlakulah perselisihan ijtihad. Contohnya ijtihad
Umar supaya Abu Bakar mengumpulkan al Quran. Pada mulanya Abu
Bakar tidak setuju, namun selepas itu ia bersetuju.

b) Terhadap hal dan kejadian yang terdapat hukumnya dalam al-Quran atau
Hadis Mutawatir, Namun dilalah kedua-dua nas tersebut terhadap hukum
adalah zanni. Untuk itu, mujtahid mestilah berusaha untuk mencari maksud
yang dikehendaki oleh syarak daripada nas tersebut. Selain itu. terdapat
dalam nas al-Quran dan hadis dalam bentuk mutlak. Oleh itu, untuk
menetapkan hukum daripada lafaz nas tersebut, suatu kajian harus
dilakukan di kalangan mujtahid.
HUKUM YANG TIDAK BOLEH
DIIJTIHAD
1) Masalah yang ada dalil qat’i.
2) Hukum yang telah maklum dan ditafsir oleh Rasulullah dan tidak
mungkin berlaku takwil padanya.
3) Kadar hukum yang telah ditentukan ole syarak seperti hukuman
hudud terhadap penzina.
4) Masalah yang telah dijimak seperti sepakat jumhur ulama tentang
terbatalnya perkahwinan antara wanita muslimah dengan lelaki
kafir.
5) Hukum agama yang mesti diketahui oleh mukallaf seperti beriman.
6) Tidak boleh ijtihad terhadap hadis Mutawatir yang mentafsirkan
lafaz mujmal, kerana ia sabit secara qat’i.
7) Tidak boleh ijtihad tentang hukum-hukum syarak yang telah
dimaklumi. Contohnya: Wajib solat, puasa, zakat, pengharaman zina
dan lain-lain.
• Sebagaimana contohnya ijtihad terhadap firman Allah SWT:
‫والمطلقث يتربصن بأنفسهن ثلثة قروء‬
(Al Baqarah : 228)

Maksudnya :
• Dan isteri- isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid)

• Nas al Quran dan sabit lafaz quru’ itu adalah qat’i, tetapi dilalah hukum
daripada maknanya adalah zanni. Untuk itu juga para mujtahid melakukan
ijtihad untuk mendapat maksud yang dikehendaki oleh syarak daripada
lafaz quru’ itu. Hasil daripada ijtihad ulamak Hanafi, lafaz quru’ membawa
erti haid. Untuk itu menurut ulama Hanafi perempuan yang diceraikan
suaminya mestilah beriddah selama 3 kali haid.
• Manakala hasil ijtihad ulama Syafi’e pula, lafaz quru’ ialah bererti suci.
Untuk itu wajib ke atas perempuan yang diceraikan oleh suaminya
beriddah selama tiga kali suci.
KEHUJAHAN IJTIHAD
• Ijtihad merupakan salah satu daripada sumber hukum yang dilakukan
oleh mujtahid, apabila tidak terdapat hukum dalam nas al-Quran atau
Hadis atau ijmak.
• Walaubagaimanapun ahli ijtihad berlainan pendapat dan berbeza dalam
menentukan hukum, keadaan itu berlaku kerana berlainan pemikiran
dan suasana. Ahli mujtahid yang betul dalam ijthadnya mendapat dua
ganjaran, manakala mujtahid yang salah dalam ijtihadnya dimaafkan
dan mendapat satu ganjaran sahaja. Untuk itu ijtihad dikira sebagai
hujah dalam hukum.
Faktor-faktor yang menyebabkan
terbatalnya ijtihad
• Sesuatu ijtihad itu terbatal apabila mujtahid yang melakukan
ijtihad terhadap hukum masalah berlaku untuk beramal
dengannya, kemudian ternyata salah ijtihad tersebut, maka
wajib mujtahid itu membatalkan hukum ijtihadnya itu dan
melakukan ijtihad yang lain dan mestilah berpegang dan
beramal dengan ijtihad baru dan kedua itu pula.
PERSOALAN IJTIHAD SEMASA
1. Pinjaman Membeli Kereta Dibenarkan Oleh
Sebab Keperluan
-Riba adalah haram dan dianggap salah satu daripada dosa besar dan perbuatan itu
melanggar perintah Allah . Jika dilihat riba dari sudut keperluan , hendaklah
dinyatakan bahawa keperluan itu benar-benar wujud .
- Contoh yang paling mudah tentang keperluan ini ialah dalam hal kelaparan dan
tiada makanan yang dapat diperoleh melainkan dengan pinjaman yang
berasaskan riba

- Dalam hal ini kereta yang diperlukan untuk bekerja mungkin terdapat keperluan
dan membenarkan pinjaman dibuat dengan membayar faedah .
- Syarat-Syarat menunjukkan keperluan itu betul-betul ada :
(a) Kereta itu merupakan satu-satunya kenderaan yang diperlukan untuk tiba di
tempat kerja
(b) Pendapatan daripada pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber
pendapatan
(c) Tidak ada cara pembiayaan lain untuk membeli kereta lain melainkan dnegan
pinjaman berasaskan riba
(d) Nilai kereta itu hendaklah yang serendah-rendahnya, besarnya jumlah
pinjaman hendaklah paling minimum setelah tiada lagi sumber lain dan sebagainya
telah diusahakan
PERSOALAN IJTIHAD SEMASA
2. HUKUM BAYI TABUNG UJI MENURUT ISLAM
-Islam membenarkan bayi tabung uji/inseminasi buatan apabila
dilakukan antara sel sperma dan ovum suami isteri yang sah tidak
dipindahkan embrionya ke dalam rahim wanita lain termasuk
isterinya yang lain (bagi suami yang berpoligami)

- Dilakukan dengan cara mengambil sperma suami kemudian


disuntikkan ke dalam vagina atau uterus isteri , mahupun
dengan pembuahan dilakukan di luar rahim , kemudian
buahnya( vertilized ovum ) ditanam di dalam rahim isteri

- Asalkan keadaan suami isteri yang berkaitan benar-benar


memerlukan cara bayi tabung uji untuk memperoleh anak,
kerana dengan cara pembuahan semula jadi suami isteri tidak
berhasil memperoleh anak
Antara dalil-dalil , yang digunakan untuk menentukan hukum penggunaan
Teknologi IVF atau Bayi Tabung Uji ialah:
1.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang


sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”(Surah
At-Tiin Ayat 4)

2. Hadits Rasulullah SA.W yang mengatakan,


“tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allahdan Hari Akhir
menyiramkan airnya (sperma) pada tanaman orang lain (istri orang lain).”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan dipandang Shahih oleh Ibnu Hibban).

3. ‫ت‬ َّ ‫و ََلَقَ ْد َك َّر ْمنَا بَنِي آ َد َم َو َح َم ْلنَا ُه ْم فِي ا ْلبَ ِر َوا ْلبَ ْح ِر َو َر َز ْقنَا ُه ْم ِم َن ال‬
ِ ‫ط ِيبَا‬
‫علَ ٰى َكثِ ٍير ِم َّم ْن َخلَ ْقنَا ت َ ْف ِضي ًل‬ َ ‫ض ْلنَا ُه ْم‬َّ َ‫َوف‬
“Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut
mereka di darat[dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-
baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan
dengan kelebihan yang sempurna.”(Surah Al-Isra Ayat 70)
• Para Ulama di Malaysia yang bergabung dengan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia memberi fatwa tentang bayi tabung yang dimana telah
menghasilkan keputusan seperti yang berikut:
• Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara
“terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari
bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah.
• Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak
menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
• Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang
tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara
terhormat.

-Sebaliknya , Islam mengharamkan kalau bayi tabung uji buatan itu


dilakukan dengan bantuan penderma sperma atau ovum orang , maka
hukumnya sama dengan zina . Sebagai akibat hukumnya, anak hasil bayi
tabung uji tersebut tidak sah dan nasabnya hanya berhubungan dengan ibu
yang melahirkannya . Oleh itu pemerintah harus melarang adanya bank
sperma atau penderma sperma kerana itu melanggar hukum Islam
PERSOALAN IJTIHAD SEMASA
3. HUKUM PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN
PERUBATAN DARI SUDUT SYARAK :

Sudut Aqidah :
Pengklonan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap
tujuan Allah SWT menjadikan manusia serta meningkatkan
darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian . Ini dijelaskan
oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah Al-Furqan ayat 54;

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu
dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga
(persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
• Perbuatan Pengklonan lebih dilhat kepada usaha manusia untuk
bertindak di luar daripada peraturan yang telah ditentukan Allah
SWT iaitu kelahiran manusia atau keturunannya melalui
perkahwinan . Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar
daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah SWT . Firman
Allah SWT dalam surah At-Tin ayat 4;

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk


yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan
keadaannya).

-Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai


dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta
menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .
Kepercayaan seperti ini bertentangan dengan akidah Islam yang
menyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang mempunyai
kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang
akan menimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari
kematiannya
Sudut Syariat :
1. Pengklonan manusia akan menggangu sistem keturunan dan kesucian sistem
kekeluargaan . Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan
terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang
dilahirkan daripada pengklonan bolehmeruntuhkan sistem kekeluargaan
2. Membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak
memerlukan seorang suami , kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan
anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga
3. Bagi wanita yang tidak bekahwin , kebenaran penggunaan kaedah ini untuk
membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan . Ia akan
menambakan masalah ibu tunggal dan menindakkan hak seseorang anak untuk
mendapatkan kasih sayang seorang ayah . Paling ditakuti kaum lelaki tidak
dieprlukan lagi
4. Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak
mempunyai bapa yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak tersebut
5. Dari segi perwalian nikah . Keadaan akan ini akan menjadi rumit ketika anak
tersebut akan berkahwin . Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikah anak
tersebut adalah perempuan .
6. Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama . Anak klon
tidak dapat diangkat menjadi anak sendiri
7. Dari segi Pusaka kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabat
yang sebenarnya tidak berhak mendapat pusaka atu menjadi sebab untuk dia
memperoleh warisan

Anda mungkin juga menyukai