Anda di halaman 1dari 17

AHWAL SYAHSIAH ISS4233

1.0 PENDAHULUAN

Agama Islam merupakan agama yang syumul. Ianya meliputi segala aspek kehidupan termasuk
hal berkaitan kekeluargaan. Sebagai agama yang mementingkan keharmonian, Islam telah
menggariskan pendekatan tertentu melalui Peruntukan Undang-Undang Keluarganya dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan perselisihan rumah tangga yang berlaku antara suami dan
isteri. Salah satu daripada pendekatan bagi menyelesaikan pertelingkahan atau syiqaq antara
suami isteri adalah dengan perlantikan hakam.Hakam yang dilantik bukanlah dari orang asing
bahkan mereka hendaklah dari ahli keluarga yang terdekat yang mengenali kedua-dua pasangan
dan mengetahui punca berlaku syiqaq tersebut. Mereka berperanan untuk mendamaikan suami
isteri tersebut tanpa ada campur tangan dari orang luar.1

2.0 PENGERTIAN HAKAM DAN DALIL PENSYARIATANNYA

Hakam dari segi bahasa diambil daripada kata dasar ‫ حكم يحكم حكما‬yang bermaksud hukum dan
yang dimaksudkan dengan ‫ الحكم‬ialah Allah S.W.T. Terdapat pendapat lain pula yang
mengatakan bahawa ‫ الحكم‬adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T selain ‫ الحكيم‬dan
‫ الحاكم‬. Adapun begitu, ia juga turut disandarkan kepada manusia. Menurut Kamus Dewan Hakam
bererti orang tengah, pendamai dan wasit. 2Manakala Hakam menurut Amalan Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004 merupakan wakil yang diserahkan tugas oleh
pihak-pihak dan dilantik oleh mahkamah atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk
menyelesaikan pertikaian dan perkelahian (syiqaq) antara suami isteri3.

Takrif Hakam menurut istilah fiqh yang disebut didalam kamus fiqh bermaksud “orang
yang diberi tugasan menyelesaikan perbalahan atau pertelingkahan yang berlaku antara suami
isteri” atau “orang yang telah dipilih untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara dua
orang atau lebih” 4. Jelasnya, Hakam adalah orang tengah yang dilantik oleh kadi dan
dipertanggungjawabkan untuk menyiasat punca berlakunya syiqaq atau persengketaan antara
1
Siti Shamsiah Mohd Sufi, “Peranan Hakam Merawat Derita Fasakh”, Utusan Malaysia, 2009
2
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, h.428
3
Amalan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004
4
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 2007,
h.32

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

suami dan isteri. Hakam ini juga boleh membuat keputusan samaada mendamaikan atau
memisahkan pasangan tersebut.

Dalil yang menunjukkan pensyariatan bagi melantik Hakam terdapat didalam al-Quran
al-Karim dalam surah an-Nisa’ ayat 35.

Allah S.W.T berfirman :

           
           

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri)
maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari
keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.jika kedua-dua "orang
tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan
menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”.5

Ayat diatas secara jelas telah menunjukkan Allah S.W.T memberi arahan dalam melantik Hakam
bagi setiap pihak iaitu suami isteri yang bertelingkah.Ayat ini juga turut memberitahu bahawa
Hakam perlu bertindak sebagai orang tengah bagi mendamaikan mereka.

3.0 PENDAPAT AHLI FIQH

3.1 Hukum Pelantikan Hakam

Dalam menentukan hukum perlantikan Hakam, ulama berpegang kepada perkataan ‫فابعثوا‬
yang datang dari sighah amar (‫)صيغة األمر‬. mengikut hukum asal sighah amar menunjukan kepada
wajib kecuali jika ada qarinah dan perkara lain yang menunjukan kepada sunat atau harus.
Walaubagaimanapun ulama fiqh berselisih pendapat dalam menentukan hukum melantik Hakam
kerana tidak ada dalil qatiyy yang menjelaskan hukumnya. Pendapat sebahagian besar ulama,
mewajibkan pelantikan Hakam jika berlakunya syiqaq yang berlarutan. Manakala pendapat yang
lainnya pula hanya menghukumnya sebagai mustahab sahaja. namun pendapat kedua ini tidak

5
Surah An-Nisaa’:35

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

ada hujah yang jelas yang dapat menyokong pendapatnya yang menyatakan hukumnya adalah
mustahab.

Pendapat yang mewajibkan melantik dua orang hakam apabila berlaku syiqaq
adalah pendapat daripada Imam Syafie. Beliau berpendapat pelantikan hakam termasuk dalam
bab mencegah kezaliman yang merupakan salah satu daripada kewajipan umum yang wajib
dilaksanakan oleh pemerintah. Pendapat ini disokong oleh ulama Mazhab Syafiiyyah seperti al-
Nawawi, al- ialah:Marwadi, al-Azrai, dan Rasyid Ridha. Pendapat ini merupakan pendapat yang
kuat kerana hujah yang menyokong pendapat ini ialah zahir ayat yang memerintahkan supaya
melantik Hakam adalah dalam bentuk amar yang menunjukan perintah wajib6.

3.2 Tanggungjawab Melantik Hakam

Pihak yang bertanggung jawab melantik Hakam tidak dinyatakan secara jelas dalam ayat yang
memerintahkan supaya dilantik Hakam. Firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 35 ini menjadi
perbahasan ulama dalam menentukan siapakah mukhatab (orang yang ditujukan perintah) bagi
ayat ini.

I. Pendapat pertama :

Pendapat pertama menyatakan bahawa sultan atau pemimpin, imam atau para hakim yang
bertanggungjawab melantik Hakam kerana khitab (ayat) ini ditujukan kepada mereka. Ini adalah
pendapat yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Syafie,al-Nawawiyy, Ibn Jabir,
Dahhak. Mereka menyebut bahawa pihak yang bertanggungjawab melantik Hakam adalah hakim
atau pemimpin.

Al-Sabuniyy dalam bukunya Tabsif Ayat-ayat Hukum dalam al-Quran menyatakan


bahawa ayat 35 surah al Nisa ditujukan kepada para hakim kerana ayat sebelumnya iaitu ayat 34
yang membicarakan masaalah nusyuz daripada pihak isteri adalah ditujukan kepada pihak suami
di mana beliau berhak menasihati isterinya. Jika masih tidak berjaya, maka boleh dipisahkan di
tempat tidur dan jika masih juga tidak berubah bolehlah dipukul. Setelah tiga cara ini masih tidak

6
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.39-40

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

mampu memperbaiki keadaan, ketika itu masalah tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan
untuk dipastikan siapa yang bersalah dan dicari jalan penyelesaian yang terbaik. Oleh yang
demikian orang yang memegang kuasa mengadili dan melaksanakan keputusan adalah Hakim.
Justeru itu, Hakimlah yang bertanggungjawab melantik Hakam kerana masaalah tersebut telah
dibawa kepadanya.

Di samping itu, sesetengah ulama menyebut hanya sultan yang bertanggungjawab


melantik Hakam kerana selepas suami tidak mampu menyelesaikan masaalah nusyuz, perkara
tersebut akan diadukan kepada sultan. Ini adalah pendapat Said Bin Jabir yang dinukilkan
daripada al-Tabariyy.Ibn Arabiyy dalam tafsirnya Ahkam al- Quran yang menyatakan khitab
dalam ayat tersebut adalah lebih tepat ditujukan kepada sultan.

Ulama lain pula menyebut Imam adalah orang yang ditujukan ayat ini atau naibnya
kerana beliau yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukum-hukum dan syariat islam.
Melantik Hakam adalah termasuk dalam melaksanakan syariat Islam.

Walaupun ulama menggunakan istilah yang berbeza dalam pendapat pertama ini, mereka
sebenarnya mempunyai maksud yang sama iaitu Hakam dilantik oleh individu yang berkuasa
melaksanakan syariat Islam. Jika ketua bagi sesebuah Negara itu adalah imam maka beliaulah
yang bertanggungjawab melantik Hakam.Sekiranya sultan yang menjadi ketuanya maka
sultanlah yang mesti melantik Hakam manakala Hakim pula bolehlah dikatakan sebagai naib
kepada pemerintahkerana imam telah melantik Hakim bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu
menggantikan tempatnya.

Pendapat ini disandarkan kepada beberapa hujah, antaranya ialah :

a) Ayat surah al-Nisa memberi garis panduan kepada para suami dalam menangani nusyuz
isteri. Sekiranya ketiga-tiga tindakan telah dilakukan tetapi isteri masih lagi berdegil dan
terus-terusan nusyuz, maka hal ini perlu ditangani oleh hakim.
b) Kebalnya akan ayat dengan penghakiman ditujukan kepada hakim atau pemerintah.
Sebagai contoh firman Allah yang berbunyi :‫ والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما‬. Individu yang
bertanggungjawab menjalankan hukuman potong tangan pencuri adalah para hakim.

II. Pendapat kedua :

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

Adalah menjadi kewajiban bagi salah seorang daripada umat Islam apabila mengetahui
berlaku pertingkahan di antara suami isteri melantik dua orang Hakam untuk menyelesaikan
pertelingkahan antara pasangan tersebut. Ini kerana khitab dalam ayat yang memerintahkan
pelantikan Hakam ditujukan kepada semua umat Islam secara umum. Oleh itu, menjadi
kewajiban bagi salah seorang daripada kalangan umat Islam terutama orang-orang yang soleh
samaada mendapat perintah daripada imam ataupun tidak melantik Hakam. Hujah pendokong
yang pendapat ini ialah setiap individu Islam hendaklah menjaga kebajikan dan kemaslahatan
sesama mereka. Segala kemudharatan haruslah ditangani bersama agar hidup sentiasa aman dan
harmoni.

III. Pendapat ketiga :

Pendapat ini meletakkan tanggungjawab melantik Hakam ke atas wali. Imam Malik
berkata : “Mukhatab bagi ayat ini kemungkinan sultan boleh orang yang kurang pemikiran
(mahjur). Pendapat Imam Malik ini disokong oleh Ibn Arabiyy dengan katanya: “ Pendapat
Malik bahawa mukhatab bagi ayat ini adalah para wali merupakan pendapat yang betul”.

IV. Pendapat keempat :

Terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa orang yang bertanggungjawab melantik
Hakam adalah ahli keluarga pasangan atau pasangan yang bertelingkah itu sendiri. Ini adalah
pendapat Al-Suddiyy. Walaubagaimanapun pendapat ini tertolak mengikut pandangan al-
Sabuniyy.

V. Pendapat Kelima :

Imam Ali r.a berpendapat bahawa tanggungjawab melantik Hakam adalah pasangan
suami dan isteri itu sendiri. Pendapat ini disandarkan kepada athar Ali sendiri yang ditujakan
kepada pasangan suami isteri yang datang mengadu kepada beliau mengenai perbalahan
mereka.Sayiidina Ali r.a telah menyuruh mereka melantik seorang lelaki sebagai Hakam
daripada isteri. Kemudian dia berkata kepada kedua-dua Hakam itu : “ tahukah kamu berdua apa
kewajiban kamu? Kewajipan kamu ialah jika kamu melihat kedua-duanya dapat lagi bertuturan
(berdamai) hendaklah suruh mereka bertuturan, dan jika mereka hendak mereka bercerai, maka
ceraikanlah mereka”. Berkata isteri : “ Aku sudi dengan Kitab Allah pada apa yang menjadi

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

tanggunganku dan untukku”. Berkata suami : “Tetapi cerai tidak”. Mendengar itu berkata
Sayyidina Ali : “ Kau berdusta, demi Allah hingga kamu perakui seperti apa yang telah
dilakukan”.

Daripada penjelasan tersebut, difahami bahawa cendiakawan Islam berselisih pendapat


dalam menentukan pihak yang bertanggungjawab melantik Hakam. Apa yang perlu diperhatikan
dalam masalah ini ialah tujuan pelantikan Hakam iaitu mendamaikan pasangan yang
bersengketa. Justeru,tanggungjawab melantik Hakam tidak dihadkan kepada hakim ataupun
keluarga pasangan sahaja bahkan mana-mana individu Muslim mengetahui persengketaan antara
suami isteri dan dia mengharapkan perdamaian antara keduanya boleh bertindak melantik
Hakam. Namun demikian, amalan di Malaysia tidak membenarkan orang perseorangan melantik
Hakam bahkan ia merupakan tanggungjawab Hakim Mahkamah Syariah.7

4.0 PERUNTUKAN HAKAM DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


MALAYSIA

Sebelum Undang-Undang Keluarga Islam yang baru diperkenalkan, tiada peruntukan undang-
undang yang khusus berkaitan dengan perlantikan Hakam.Kes-kes penceraian melibatkan orang
tengah setelah diadukan kepada hakim hanyalah secara terus melantik Hakam. Sepertimana
didalam kes Che Pa bin Keling lwn Rahmah bt. Mahmud,8 hakim telah memerintahkan suami
isteri ini supaya melantik Hakam bagi mewakili diri masing-masing.9

Sekitar tahun 1980 hingga tahun 1990, pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam telah
mengalami reformasi. Sehubungan dengan itu, Akta 303 telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan
pada 29 April 1987 bersamaan 1 Ramadhan 1407 H bagi memperkemaskan urusan pentadbiran
nikah dan dan lain-lain hal berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan Islam. Terdapat dua

7
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.43-46

8
Jurnal Hukum, J. 2, 1976, h. 244
9
Najibah Mohd Zin et al.,Undang-Undang Keluarga Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, J.14 , 2007,
h.73

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

peruntukan penting yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian keluarga diluar Mahkamah
telah diperkenalkan, salah satu darinya ialah seksyen 48 iaitu berkenaan pelantikan Hakam.10

Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984


memperuntukkan bidang kuasa mahkkamah untuk melantik Hakam. Namun begitu, Hakam
hanya dilantik bagi menangani krisis rumah tangga yang jelas berlaku syiqaq iaitu
pertelingkahan tetapi tidak diketahui dengan jelas punca pertelingkahan tersebut 11 atau
perkelahian yang berlarutan yang menjejaskan kerukunan rumah tangga12.

Antara yang diperuntukkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-


Wilayah Persekutuan) 1984 Seksyen 48 ialah :

1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian syiqaq sentiasa berlaku antara pihak-
pihak kepada status perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak,
dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang
berkenaan itu masing-masing.

2) Pada melantik Hakam dibawah subseksyen (1) Mahkamah hendaklah jika boleh memberi
keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan
hal keadaan kes itu.

3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Hakam tentang hal menjalankan


penimbangtara dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan
Hukum Syarak.

4) Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara
mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka, dan
melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.

10
Ibid, h.76
11
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.75
12
Amalan Hakam Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2005.

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

5) Hakam hendaklah berusaha mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-
masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan
Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika sedemikian halnya,
Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod
itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk
didaftarkan.

6) Jika Hakim berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat
memerintahkan penceraian oleh kerana sesuatu sebab,mahkamah hendaklah memberi
kepada mereka kuasa untuk memerintahkan penceraian hendaklah jika mereka berbuat
demikian, merekodkan perintah itu dan menghantarkannya satu salinan rekod itu yang
diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk
didaftarkan.

Mahkamah akan melantik Hakam mengikut peruntukan seperti diatas dengan memberi
perhatian bahawa Hakam-Hakam itu hendaklah seberapa yang boleh terdiri daripada orang-orang
yang baik dan adil daripada ahli-ahli keluarga dua belah pihak. Hakam-Hakam ini adalah
bertanggungjawab untuk mengetahui sebab-sebab perkelahian iaitu syiqaq diantara suami dan
isteri dan mereka berdua hendaklah berusaha mendamaikan kedua-duanya.Mahkamah boleh
memberi arahan-arahan kepada Hakam untuk menjalankan tugas mereka dan mereka hendaklah
mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syarak.13

5.0 KAJIAN KES

Berikut adalah contoh kes mengenai Hakam :

5.1 Nerat Binti Musa lwn Ahmad Bin Kanchil14

5.1.1 ISU

13
Abdul Munir Yaakob, Undang-Undang Keluarga Islam dan Wanita di Negara-Negara Asean, Selangor: Institut
Kefahaman Islam Malaysia, 1996,h.170
14
Jurnal Hukum, J.3, 1965, h.101

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

Dalam kes ini telah berlaku satu perbalahan antara suami isteri iaitu antara aduan (Che
Nerat binti Musa) dan jawapan (Ahmad bin Kanchil). Kadi memutuskan supaya dilantik dua
orang hakam bagi menyelesaikan masalah ini.

5.1.2 FAKTA KES

Perbicaraan kes ini di antara aduan (Che Nerat binti Musa) dengan jawapan (Ahmad bin
Kanchil) di Mahkamah Kadi, Arau, Perlis. Setelah mendengar keterangan daripada kedua-dua
belah pihak yang berkenaan, maka mahkamah berpendapat bahawa tuntutan aduan itu adalah
sabit dan mahkamah membuat keputusan supaya kedua-dua belah pihak hendaklah
menghadirkan wakil masing-masing untuk dilantik oleh mahkamah sebagai hakam bagi
menyelesaikan perbalahan yang berbangkit. Akan tetapi, pihak Ahmad bin Kanchil tidak
menghadirkan dirinya malahan tidak menunjukkan mana-mana wakilnya.

Pada 23 Ogos 1965, Ahmad bin Kanchil telah hadir ke mahkamah dalam keadaan hilang
akal dan meracau dengan kata-kata yang tidak sopan. Selain itu, dia juga mengancam untuk
mencederakan kadi dengan sebatang kayu di tangannya. Mahkamah sangat bersimpati dengan
penderitaan yang ditanggung oleh Che Nerat binti Musa (aduan) terutamanya dalam perkara seks
atau nafkah batin sebagai seorang perempuan yang masih muda dan sihat tubuh badannya. Oleh
yang demikian, perlantikan hakam telah dibuat bagi mewakili kedua-dua pihak yang berselisih
faham iaitu Mohamad Isa bin Abdullah dari pihak lelaki dan Hj Embun bin Musa dari pihak
perempuan. Setelah hakam kedua-dua pihakberbincang, maka mereka telah membuat keputusan
bahawa hakam pihak lelaki telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh hakam pihak
perempuan yang mana akan membayar wang penebus talak sebanyak RM 150. Maka setelah
selesai pembayaran wang tebus talak, talak akan dijatuhkan ke atas aduan (Che Nerat binti
Musa).

5.1.3 KEPUTUSAN

Kes yang dibicarakan ini telah diserahkan kepada pertimbangan dua orang hakam yang
dilantik. Pada 11 Julai 1967, hakam pihak aduan telah datang menyerahkan wang tebus talak dan
telah diterima oleh hakam pihak jawapan. Dengan itu juga, hakam pihak jawapan telah
menggugurkan talak ke atas aduan pada hari yang sama dan penceraian itu telah didaftarkan.

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

5.2 Che Pa lwn Siti Rahmah15

5.2.1 ISU

Dalam kes ini, pihak menuntut (Che Pa) telah menuntut supaya pihak kena tuntut (Siti
Rahmah) balik dan tinggal bersama-samanya sebagai suami isteri. Pihak kena tuntut enggan
balik bersama-sama pihak menuntut kerana pihak menuntut merupakan seorang kaki judi,
pemabuk dan tidak sembahyang. Pihak menuntut mahu menceraikan pihak kena tuntut sekiranya
beliau sanggup membayar duit belanja kahwin iaitu secara tebus talak.

5.2.2 FAKTA KES

Pihak menuntut (Che Pa bin Keling) yang juga pihak aduan dan pihak kena tuntut (Siti
Rahmah binti Mahmud) sebagai pihak jawapan telah menjadi suami isteri sejak 10 Mac 1974 dan
tinggal di rumah pihak suami di Kampung Kuala Sungai Baru, Mk. Sanglang, Perlis bersama
ibubapanya. Pada 17 September 1974, pihak jawapan telah pun keluar daripada rumah dan
membawa bersamanya segala kain bajunya. Pihak aduan telah 3 kali pergi ke rumah pihak
jawapan untuk membawa pihak jawapan balik dan tinggal bersama-sama akan tetapi pihak
jawapan enggan mengikut pihak suami. Pihak menuntut, walaubagaimanapun sanggup
menceraikan isterinya jika dia membayar balik duit belanja kahwin (tebus talak) sebanyak RM
500.

Dalam perbicaraan awal, pihak mahkamah telah memerintahkan isteri supaya taat dan
memerintahkan suami membayar nafkah mengandung sebanyak RM 115.50 kepada isteri.
Mahkamah juga memerintahkan suami supaya menyediakan rumah berasingan untuk isterinya.
Pihak kena tuntut masih juga enggan kembali kepada suaminya dan suaminya pula tetap tidak
memberikan nafkah kepada isterinya seperti yang diperintahkan. Akhirnya, atas keengganan
isteri dan perselisihan atas keputusan mahkamah, kadi memerintahkan supaya melantik hakam.
Pada 6 Februari 1975, mahkamah mengesahkan perlantikan wakil masing-masing dan
mahkamah memberi penerangan dan tugas-tugas wakil untuk mendamaikan supaya memperoleh
kebajikan.

15
Jurnal Hukum, J.2, 1976, h.244

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

Pihak aduan telah melantik wakilnya Ku Abdul Rahman bin Ku Saad dan pihak jawapan
pula melantik En. Ismail bin Mat. Jika tiada harapan untuk berbaik semula, maka bolehlah
mereka bercerai dengan baik atau tebus talak dengan kadar berpatutan. Pada 9 Julai 1975, kedua-
dua hakam menyerahkan kembali kes itu kepada mahkamah kerana tidak dapat
menyelesaikannya.

5.2.3 KEPUTUSAN

Mahkamah berpendapat kes ini sudah tidak ada kebajikan lagi melainkan bercerai dengan
tebus talak sebanyak RM 100 sahaja. Kes ini berakhir dengan persetujuan secara tebus talak di
mana isteri telah membayar RM 100 dan suaminya menggugurkan talak ke atas isterinya.

6.0 PERANAN HAKAM

Melalui kes yang dibincangkan sebelum ini, difahami bahawa Hakam bertindak sebagai
penimbangtara dalam konflik rumah tangga yang tiada penyelesaian. Kebiasaan kes yang dirujuk
kepada Hakam adalah berkaitan permohonan penceraian yang tidak mendapat persetujuan salah
satu pihak ataupun kes-kes yang difikirkan masih ada ruang untuk didamaikan sebelum
keputusan bercerai diambil.

Amalan Hakam dalam Mahkamah Syariah telah menetapkan beberapa tanggungjawab


yang perlu dilaksanakan disisi Mahkamah Syariah. Antara tanggungjawab itu adalah :

a) Setiap hakam hendaklah memanggil prinsipal masing-masing bagi memperolehi punca-


punca pertikaian
b) Kedua-dua hakam hendaklah mengadakan pertemuan dan mengenal pasti serta mencari
penyelesaian secara sulh
c) Sekiranya pihak-pihak gagal menerima penyelesaian secara sulh, hakam hendaklah
berusaha memperolehi kuasa daripada prinsipal masing-masing sama ada melafazkan
talaq atau secara khulu’

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

d) Melaporkan kepada Mahkamah hasil siasatan tersebut, bahawa didapati tiada perdamaian
atau tiada keizinan daripada prinsipal untuk penceraian dan mencadangkan kepada
Mahkamah supaya melantik Hakam lain untuk diberi kuasa penceraian16.

Didalam Enakmen Kekeluargaan Islam, peranan hakam adalah lebih luas. Bukan sahaja
mencangkupi peranan bagi menyelesaikan syiqaq yang berlaku antara suami isteri. Bahkan,
sesetengah negeri membolehkan perlantikan Hakam ketika mana dharar. Matlamat utama
perlantikan hakam adalah bagi mengekalkan sesebuah rumah tangga supaya kekal dan harmoni.
Untuk itu, Hakam perlu menyiasat punca pertelingkahan dan berusaha menasihati kedua-dua
pasangan untuk berdamai semula.Namun, jika usaha itu gagal Hakam harus mencadangkan
kepada pihak Mahkamah supaya memisahkan mereka dengan baik.

Hakam diberi kuasa sepenuhnya untuk mewakili pihak pasangan yang terbabit dalam
membuat keputusan melafazkan talak atau menerima tebus talak jika Hakam itu merupakan
wakil bagi pihak suami. Jika Hakam wakil dari pihak isteri, maka dia berkuasa untuk menerima
talak dan membayar tebus talak17.

7.0 ISU PERANAN HAKAM

Sebelum Hakam menjalankan peranannya, terdapat beberapa isu yang timbul sekitar peranan
Hakam. Antara isu yang timbul adalah, pertama, mengenai perbezaan yang berlaku antara
amalan Hakam di Malaysia dan pendapat ulama’ berkenaan keadaan atau waktu yang
membolehkan perlantikan Hakam. Kedua, berkenaan sejauh mana kuasa Hakam dalam
memisahkan pertelingkahan suami isteri tanpa keizinan dari mereka.

7.1 Isu 1: Perlantikan Hakam

Telah diketahui bahawa Hakam berperanan dalam menyelesaikan masalah syiqaq antara
pasangan. Namun, sebelum Hakam mengamalkan peranannya timbul persoalan lain mengenai

16
Arahan Amalan No.1 Tahun 2006 : Amalan Hakam Mahkamah Syariah (Negeri-Negeri Malaysia) 2006.
17
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.71

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

bilakah waktu yang sepatutnya untuk melantik Hakam bagi menyelesaikan pertelingkahan yang
berlaku. Terdapat dua pendapat ulama mengenai persoalan ini.Pendapat pertama yang
dikeluarkan oleh Jasas (1915) dalam tafsirnya Ahkam Al-Quran menyebut bahawa kadi atau
Hakim boleh masuk campur dalam suatu pertelingkahan rumahtangga apabila menerima aduan
daripada pasangan yang bertelingkah atau salah seorang daripada mereka.Manakala Ibn
Arabiyy(1967) pula mempunyai pandangan yang berbeza, di mana beliau berpendapat kadi atau
hakimberhak campur tangan apabila mengetahui berlakunya perselisihan tanpa perlu menunggu
aduan daripada pihak yang bertelingkah.

Ada juga pendapat yang mengatakan Hakam dilantik sekiranya aduan syiqaq dibuat
berulang kali atau persengketaan antara suami isteri berada pada tahap yang melampau. Pendapat
lain pula mengatakan Hakam hanya dilantik sekiranya pasangan suami isteri bergaduh, mencaci
sesama sendiri atau seumpanya.

Namun demikian Qahtan al-Duriyy (1985) di dalam bukunya ‘Aqd al-Tahkim


menegaskan bahawa sesetengah ulama mensyaratkan hakim melantik al-musyrif al-thiqah
(individu yang boleh dipercayai) terlebih dahulu sebelum melantik Hakam. Pasangan suami isteri
hendaklah ditempat bersama al-musyrif al-thiqah agar dapat diketahui hal sebenar yang berlaku.
Sekiranyan perselisihan yang berlaku dapat diselesaikan oleh al-musyrif al-thiqahmaka Hakim
tidak perlu melantik Hakam.

Walaupun ulama berselisih pendapat mengenai waktu pelantikan Hakam, namun secara
logiknya dapat dikatakan bahawa sebaik-baik waktu melantik Hakam ialah setelah menerima
aduan daripada pasangan bertelagah.Ini kerana selagi mana aduan tidak dibuat bermakna suami
isteri yang bertelingkah mampu mengenal masalah mereka tanpa campur tangan pihak ketiga.
Apabila aduan dibuat bererti mereka memerlukan bantuan orang ketiga untuk menyelesaikan
masalah.18

Dalam amalan perlantikan Hakam di Malaysia, mengikut Enakmen yang terdapat dalam
kebanyakan negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang,
Hakam hanya akan dilantik apabila Jawatankuasa Pendamai tidak dapat menyelesaikan kes yang

18
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.47-48

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

dirujuk kepada mereka. Ini bermakna setiap kes yang berkaitan dengan permohonan cerai yang
tidak mendapat persetujuan salah satu pihak akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai
terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, barulah pihak Mahkamah akan
memerintahkan perlantikan Hakam.

7.2 Isu 2 : Bidang Kuasa Hakam

Seperti yang dijelaskan, peranan Hakam adalah mendamaikan pasangan yang


bertelingkah. Setelah usaha-usaha untuk mendamaikan tidak berjaya, maka tidak ada jalan lain
melainkan perpisahan. Namun ulama berselisih pendapat dalam menentukan adakah Hakam
berkuasa untuk memisahkan pasangan yang bertelingkah tanpa keizinan daripada keduanya.

Sebahagian ulama mengatakan Hakam sebagai Hakim dan sebahagian yang lain
menganggapnya sebagai wakil. Pendapat ini mengatakan Hakam adalah Hakim yang berkuasa
memisahkan suami dan isteri sama ada dengan izin dan redha mereka atau sebaliknya. Pendapat
ini disokong oleh kebanyakan ulama seperti Syafieyyah, Hanabilah, al-Zarkasyiyy, Al-
Zahiriyyah, Ibn Taymiyyah,Ibn al-Qayyim dan lain-lain lagi. Hujah golongan ini ialah:

Berdasarkan zahir ayat ‫ فابعثوا حكما من أهله وحكما من أهله‬. Dalam ayat ini Allah menamakan
dua orang Hakam dengan nama Hakam, dan Hakam dari segi bahasa membawa maksud Hakim.
Justeru, ayat ini jelas menegaskan bahawa Hakam adalah Hakim bukannya wali atau saksi.Selain
daripada itu, ayat ini juga tidak menyebut perlunya keizinan daripada suami dan isteri.Imam al-
Syiraziyy (1995) berkata “apabila berlakunya pertelingkahan suami atau isteri, maka
berlakulah kezaliman daripada mana-mana pihak. Oleh itu dalam keadaan ini suami atau isteri
perlu dipisahkan, sekalipun tanpa mendapat keizinan dan kebenaran mereka”.

Ayat 35 surah al-Nisa tidak ditujukan kepada pasangan suami dan isteri, bahkan ayat ini
menyuruh dilantik dua orang Hakam jika dikhuatiri syiqaq antara pasangan suami dan isteri.
Oleh itu, ayat ini bukanlah untuk pasangan suami isteri, jadi bagaimana pula mereka boleh
mewakilkan Hakam bagi pihak mereka. Lagipun jika diperhatikan kedua-dua orang Hakam
mestilah sepakat dengan satu keputusan. Hal ini tidak berlaku pada wakil, dimana kebiasaannya
wakil akan bertentangan pendapat antara satu sama lain.

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa Hakam yang dilantik berkuasa untuk
mendamaikan pasangan suami isteri yang bertelagah atau menceraikan mereka. Imam Ibrahim
Nakhaiyy ada menyebut sekiranya kedua-dua Hakam telah membuat keputusan untuk
memisahkan mereka yang bertelingkah, maka lakukanlah.

Sementara Hanafiyyah dan Hanabilah dan sebahagian Malikiyyah berpendapat bahawa


kedua orang Hakam tidak berhak untuk menceraikan pasangan suami isteri yang tidak dapat di
damaikan kecuali dengan keizinan mereka. Ini berlaku kerana Hakam itu adalah merupakan
wakil kepada suami dan isteri tersebut.Segala keputusan yang dibuat hendaklah mendapat
persetujuan daripada pihak yang mewakilkan iaitu suami dan isteri tersebut. Pendapat ini adalah
berdasarkan kepada riwayat daripada Hassan al Basriyy, Qatadah dan Aslam.

Sebahagian Malikiyyah menyebut bahawa Hakam berhak untuk memaksa suami isteri
tersebut menerima keputusan baik yang dibuat oleh mereka meskipun keputusan itu dibuat tanpa
izin daripada suami isteri tersebut. Oleh sebab itu talak yang dijatuhkan oleh kedua-dua Hakam
itu sah walaupun tanpa keizinan pihak suami. Talak yang dijatuhkan oleh Hakam adalah talak
bain.Jika Hakam berselisih pendapat dalam menjatuhkan talak tiga maka jatuh talak satu sahaja.

Mazhab Syafie dalam masalah ini mempunyai dua pendapat. Sebahagian besar daripada
ulama Syafieyyah memegang pendapat yang sama dengan Hanafiyyah dan Hanbali, iaitu Hakam
hanyalah wakil kepada suami dan isteri. Manakala pendapat minoriti dalam Mazhab Syafie
mengikut pendapat Mazhab Maliki. Al-Sharbiniyy dalam kitabnya Mughnyyi Muntaj menyebut
bahawa pendapat yang mengatakan Hakam merupakan Hakim adalah dipilih kerana Allah telah
menyebut mereka sebagai ‫ حكمان‬iaitu dua orang yang menghukum sedangkan wakil tidak boleh
menghukum tanpa keizinan pihak yang mewakilkan.

Ibn Hajr pula dalam kitabnya Tuhfah al Muhtaj, menyatakan kedua-dua Hakam tersebut
adalah wakil bukannya Hakim. Oleh itu untuk untuk membubarkan sesebuah perkahwinan itu
mereka perlulah mendapat keizinan daripada pasangan tersebut terlebih dahulu. Dalam
pendapatnya yang lain, beliau mengatakan bahawa kedua-dua Hakam tersebut ialah Hakim yang
dilantik oleh pemimpin.

Hal ini menunjukan bahawa ulama tidak sepakat dalam menentukan bidang kuasa
Hakam. Namun, mereka sepakat mengatakan Hakam harus berusaha mendamaikan pasangan

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

yang berada dalam syiqaq tetapi berselisih pendapat terhadap bidang kuasa Hakam. Apa yang
jelas, peranan dan bidang kuasa Hakam sebenarnya sama seperti Hakim19.

Di Malaysia, Hakam yang dilantik oleh pasangan suami isteri hanya berperanan sebagai
wakil bagi pihak mereka. Hakam ini hanya boleh memisahkan pasangan yang terbabit hanya
apabila diberi surat kuasa dari pasangan itu. Jika tiada surat kuasa yang dapat dibuat, Hakam
perlu merujuk kepada pihak Mahkamah dan melaporkan berkenaan hal tersebut dan Mahkamah
akan bertindak melantik Hakam yang lain yang diberi kuasa penuh untuk memisahkan mereka
walaupun tanpa persetujuan dari mana-mana pihak20.

8.0 KESIMPULAN

Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan keamanan. Oleh yang demikian, Islam telah
menggariskan kaedah penyelesaian dengan menjadikan prinsip toleransi sebagai kaedah utama
untuk mengahadapi konflik kekeluargaan. Kenyataan ini terbukti berdasarkan kepada firman
Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 dan 127 yang menjadikan nasihat sebagai kaedah
pertama bagi menghadapi pasangan yang nusyuz. Perlantikan Hakam sememangnya telah
terkandung didalam enakmen dan akta keluarga Islam di negeri seluruh Malaysia termasuklah
“Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984”.
Walaubagaimanapun, ianya tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan Hakam dan
menimbulkan beberapa kekeliruan dan ketidakseragaman semasa berlakunya proses
penghakaman dilaksanakan. Oleh itu, Amalan Hakam Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 2005 telah digubal bagi menyelaraskan perlaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah
seluruh Malaysia. Kesimpulan yang dapat dilihat bahawa Hakam mempunyai peranan yang
sangat penting di dalam menyelesaikan permasalahan kekeluargaan yang timbul dan Hakam juga
adalah satu pihak dimana mampu untuk menyelamatkan pasangan suami isteri dari bercerai
berdasarkan kepada tafsirannya sendiri iaitu pendamai. Walaupun begitu, masyarakat kurang
mengetahui tentang fungsi Hakam dan kewujudan Hakam sebagai pendamai dan orang tengah
bagi suami isteri yang mempunyai masalah.

19
Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan Hakam menurut Al-Quran , Sunnah
dan Undang-Undang Keluarga Islam, h.56-60
20
Arahan Amalan No.1 Tahun 2006 : Amalan Hakam Mahkamah Syariah (Negeri-Negeri Malaysia) 2006.

17
AHWAL SYAHSIAH ISS4233

9.0 RUJUKAN

1) Siti Shamsiah Mohd Sufi, Peranan Hakam Merawat Derita Fasakh, Utusan
Malaysia, 2009.
2) Amalan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004.
3) Norzulalili Mohd Ghazali & Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nusyuz, Syiqaq dan
Hakam menurut Al-Quran , Sunnah dan Undang-Undang Keluarga Islam, Negeri
Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 2007.
4) Najibah Mohd Zin et al.,Undang-Undang Keluarga Islam, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka, J.14 , 2007.
5) Abdul Munir Yaakob, Undang-Undang Keluarga Islam dan Wanita di Negara-
Negara Asean, Selangor: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1996.
6) Jurnal Hukum, J.3, 1965.
7) Jurnal Hukum, J.2, 1976.
8) Arahan Amalan No.1 Tahun 2006: Amalan Hakam Mahkamah Syariah (Negeri-
Negeri Malaysia) 2006.

17

Anda mungkin juga menyukai