Anda di halaman 1dari 11

CEFR TRANSLATE DUNGUN

CEFR GAMES (TRANSLATE)

ENCOUNTER GAMES
1. AN EXCITING BEGINNING (WHAT’S IN THE BAG)
2. LISTEN AND DO (MIMING)
3. STOP!
4. LISTEN AND POINT
5. HELP THE TEACHER

ENGAGE GAMES
1. CHANT A CHAIN
2. WHAT’S MISSING
3. THE PAIR GAMES
4. THE MIME GAMES
5. THE TELEPHONE GAMES
6. THE HEAD AND TOES GAME
7. THE RUN AND COLLECT GAME
8. THE MAKING SETS GAME
9. THE TOUCHY-FEELY GAME

EXPLOIT GAMES
1. THE GUESSING GAME
2. THE STEPPING STONES GAME
3. THE GLORY GAME
4. THE DESCRIBING GAME
5. THE THINKING GAME
6. THE ALPHABET GAME

BY: DUNGUN’S PRESCHOOL TEACHERS


EDITED & CONDUCTED BY:
RAJA NADIA BT RAJA ISMAIL (SK SURA)
WAN NURUL FATEHAH BT W. M. NASIR (SK KG BARU KUALA ABANG)

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

ENCOUNTER GAMES

1. AN EXCITING BEGINNING (WHAT’S IN THE BAG)

 Guru meminta murid duduk di hadapan guru.


 Guru tunjukkan satu beg/ kotak, guru meminta murid meneka objek di
dalam
 Guru memuji jawapan murid
 Kemudian, guru membuka beg/kotak, dan menunjukkan satu persatu.
 Guru menyebut nama objek, dan meminta murid mengulang kembali nama
objek tersebut

2. LISTEN AND DO (MIMING)

Bahan : Kad imbas atau bahan maujud


 Umumkan permainan hari ini “Listen and Do!”.
 Pegang kad atau bahan mengikut tema tanpa boleh dilihat murid
(sembunyikan)
 Guru membuat gerak mulut tentang tema/bahan yang dipegang (disembunyi)
 Murid meneka perkataan tersebut.
 Jika betul guru ulang perkataan dan tunjukkan kad/ bahan yang disebut tadi.

3. STOP!

Bahan : Flash Card

 Guru memberitahu kpd murid tentang games – STOP


 Menerangkan cara permainan dgn menggunakan flash card tema
 Guru bahagi murid mengikut kumpulan
 Menyebut flash card yang ditunjukkan sehingga guru menyebut STOP

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

4. LISTEN AND POINT

Bahan : kad gambar

 Beritahu murid tentang nama permainan “Listen and point”


 Lekatkan kad gambar bersama perkataan di sekeliling kelas
 Tanyakan murid setiap perkataan baru. Contohnya ‘Where’s sunny?’
 Minta murid tunjukkan ke arah kad gambar dan katakan ‘there’.

Tambahan. Apabila murid telah yakin,


 Guru namakan dan minta murid tunjukkan .contoh, ‘There’s sunny’.
 Guru bertanya pada murid tertentu sahaja dan minta dia tunjukkan dan kata
‘there’
 Guru bertanya pada murid tertentu dan minta dia menjawab secara ayat mudah.
Contoh, ‘There’s sunny’.

Penilaian kemajuan murid


Lihat murid mana yang menjadi yakin dan menggunakan perkataan yang ditargetkan
secara spontan.

5. HELP THE TEACHER

Bahan: Kad Gambar/ bahan maujud

 Umumkan permainan ‘Help the teacher’


 Pegang kad/ bahan maujud, menghala pada murid
 Tanya mereka kad/ gambar tersebut; cth : is it sunny?
 Murid akan tolong jawab.. Yes atau NO.
 Teruskan bertanya sehingga jawapan betul.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

ENGAGE GAMES
1. CHANT A CHAIN

 Murid menyebut perkataan pada kad yang dipamerkan secara berantai.


o Contoh:
 Pensel, Pembaris, Buku, Pemadam, Gam, Pengasah
 Tutup salah satu kad perkataan. Murid menyebut semua perkataan termasuk yang
telah ditutup.
 Tutup sekeping kad lagi sambil murid menyebut semula semua perkataan.
 Ulang semula langkah di atas sehingga semua kad ditutup dan murid berupaya
menyebut perkataan sendiri.
 Pilih salah satu perkataan yang ditutup dan minta murid menekanya.
 Periksa jawapan yang diberikan murid sama ada betul atau salah.
 Ulang sehingga semua murid dapat menghafal perkataan yang dipelajari.

2. WHAT’S MISSING

Bahan: Kad gambar (Maksimum 6)

 Pamerkan kad gambar di dinding/ lantai/ papan putih yang mudah dilihat murid.
Sebut perkataan bagi setiap gambar.
 Murid diminta perhatikan semua gambar.
 Mime dan beritahu murid tutup mata.
 Guru mengambil salah satu kad gambar dan meminta murid membuka mata.
 Guru bertanya sambil membuat ekspresi muka terkejut ‘apa yang hilang?’
 Bagi kebenaran kepada murid untuk memberitahu kad gambar yang hilang. Kemudian,
guru menunjukkan cara yang betul dengan mengangkat tangan untuk memberikan
respon.
 Minta murid untuk mengendali aktiviti. Guru sebagai fasilitator membantu murid
memberikan arahan mudah seperti ‘close your eyes’, ‘open your eyes’, ‘what is
missing’. Mereka juga boleh dibimbing untuk respon dengan ‘yes it is’ atau ‘no it
isn’t’.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

THE PAIR GAMES


Bahan-bahan : Kad gambar berpasangan

 Bagi tahu murid, ‘Jom cari pasangan gambar yang betul’


 Susun kad gambar sama ada di lantai atau tampal pada papan putih
 Murid membuka kad pertama dan kad kedua.
 Sekiranya kad kedua tidak sama dengan kad pertama, kedua-dua kad perlu ditutup
kembali.
 Permainan diteruskan dengan murid membuka kad ketiga dan keempat. Sekiranya
kedua-dua kad itu adalah sama, kad-kad tersebut perlu dikeluarkan atau
diketepikan.
 Permainan diteruskan sehingga semua kad berjaya dibuka secara berpasangan.

3. THE MIME GAMES (PERMAINAN GERAK BIBIR)

Bahan : kad Imbasan

 Guru menyebut permainan, Contoh, Mari kita bermain permainan Gerak Bibir
 Guru tunjukkan cara permainan itu dimainkan. Contoh: guru gerakkan bibir
menyebut perkataan hujan. Bagaimana keadaan cuaca hari ini? Atau (gerak bibir
menyebut perkataan warna) Warna apakah ini? Atau ( gerakkan bibir menyebut
perkataan ayah) Siapakah ini? Atau (gerakkan bibir menyebut perkataan beruang)
Ini apa?
 Minta murid angkat tangan untuk menjawab dan pilih seorang murid. Jika tekaan
murid itu betul, katakan Betul! Dan persilakan murid itu ke depan untuk menjadi
pembimbing yang seterusnya.
 Ulang sehingga semua murid menjadi pembimbing.

4. THE TELEPHONE GAMES

 Guru memberitahu/menerangkan tentang permainan hari ini – Telefon buruk


 Murid diminta membuat bulatan
 Guru memanggil seorang murid ke hadapan
 Murid memilih 1 kad yang ditunjukkan oleh guru
 Guru membisikkan ke telinga murid. Contoh: ‘I like to eat banana’
 Murid tadi membisikkan ayat yang dipilih tadi ke telinga murid lain dan seterusnya
 Murid terakhir akan menyebut ayat tadi dengan kuat
 Sekiranya ayat yang diberikan salah, guru menyebut ‘Oh no ! The telephone is
broken’

** Jika murid tidak mendengar apa yang disebut oleh rakan tadi, murid tersebut akan
menyebut ‘Pardon, Please repeat’.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

5. THE HEAD AND TOES GAME

Bahan : Flash Card

 Guru memberitahu kepada murid tentang game –THE HEAD AND TOES GAME
 Bahagikan topic Flashcard kpd dua bahagian atas dan bawah, di dinding atau board.
(boleh lukis line jika perlu)
 Terangkan kepada murid, bila guru menyebut perkataan pada kad imbas yang berada
di atas, murid perlu memegang kepala masing-masing, sebaliknya, bila baca
perkataan pada kad imbas bawah disebut, murid perlu memegang jari kaki.
 Guru menunjukkan demonstrasi cara bermain.
 Sebelum bermain ingatkan murid, jika buat kesalahan, hilang giliran dua kali. (tak
leh main, duduk je)
 Cuba minta ayat penuh; cthnya :it’s sunny today. Tukar dan ulang hilang ade murid
‘tertangkap’.
 Puji murid yang tak lakukan kesalahan.

6. THE RUN AND COLLECT GAME

Bahan : Dua set kad imbas yang sama (max 16 keping/8 kpg 1 set)

 Umumkan permainan hari ini “The run and collect game”


 Letak dua set kad imbas di hujung kelas/ jarak untuk murid berlari ke arah kad
yang sesuai.
 Buat dua kumpulan murid dan namakan kumpulan tersebut (8 orang 1 kumpulan)
 Buat carta untuk mencatat markah kumpulan.
 Guru menyebut perkataan yang ada di kad imbasan dan seorang murid dari setiap
kumpulan berlari ke arah kad yang diletak guru untuk mendapatkan kad yang
disebut guru.
 Murid yang telah dapat kad perlu lari ke arah guru dan menunjukkan kad tersebut
sambil menyebut perkataan itu.
 Kumpulan yang pertama sampai dan betul akan mendapat markah.
 Ulang sehingga semua murid selesai.
 Akhir sekali kira markah yang diperolehi setiap kumpulan dan beri penghargaan bagi
yang menang spt tepukan gemuruh.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

7. THE MAKING SETS GAME

Bahan : Flash Card

 Guru memberitahu kpd murid tentang games – THE MAKING SET GAME
 Menerangkan cara permainan dgn menggunakan flash card tema
 Guru meletakkan kad-kad berlainan tema di atas lantai, meja atau kotak
 Guru memanggil seorang murid untuk memilih kad dan mengelaskan mengikut
tema.
 Murid menamakan kad tersebut.tanya murid samada kad tersebut betul atau tidak.
Tanya murid ‘What set is it?

8. THE TOUCHY-FEELY GAME

Bahan: bahan maujud (contoh: permainan, pakaian, buah, patung binatang)

 Beritahu nama permainan pada murid. “The touchy-feely game”


 Letakkan objek di dalam beg atau kotak, sembunyikan dari murid
 Minta murid yang terpilih datang dan rasa apa yang ada dalam beg. Mula-mula
minta murid rasa di luar dahulu, kemudian masukkan tangan ke dalam. Guru
bertanya ‘What’s in the beg? What do you think? Can you guess?’
 Bantu mereka untuk menggunakan ayat sehingga mereka boleh menjawab.’it’s
a.....’

Tambahan ke arah keadaan exploit:


 Minta murid nyatakan ciri-ciri apabila mereka merasa. Contohnya, ‘it’s big, it’s
small,it’s soft, it’s hard’. Walaubagaimanapun, murid perlu menguasai perkataan
dahulu sebelum menggunakannya.
 Guru boleh minta murid mencari kad perkataan untuk objek yang mereka teka.

Nota tambahan:
Lihat murid mana yang boleh mencari kad gambar yang betul dan namakannya dengan
yakin.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

EXPLOIT GAMES

1. THE GUESSING GAME

Bahan: 2 setiap Kad Imbasan (max 16)

 Umumkan permainan ; cth : Let’s play the guessing game!


 Mulakan dengan meletakkan set kad imbasan di lantai, board atau dinding,
menghadap ke belakang.
 Menggunakan set imbasan yang lain pula, pilih satu dan sembunyikan.
 Jemput murid dating utk meneka, cthnya bergantung pada topic; what is it? What
colour is it? What’s the weather like? Who is it? Bergantung kepada
kemampuan, ,ereka boleh guna soalan yang berbeza
 Sunny?
 Is it sunny?
 Jika jawapan kurang tepat, sebut : No, it isn’t. Minta murid utk membuka kad
imbasan yang berada di lantai, board atau dinding.
 Jika jawapan tepat, sebut: Yes, it is. Dan murid itu boleh berada di hadapan dan
mengetuai permainan ini.
 Cuba rangsang murid untuk ‘topik question’ dan respon menggunakan ‘yes, it is’
atau ‘no, it isn’t’.

2. THE STEPPING STONES GAME

 Kad perkataan diletakkan di atas lantai mengikut jarak yang sesuai.


 Guru menunjukkan cara bermain permainan ini.
 Murid perlu melompat merentasi kad perkataan sambil menyebut perkataan
tersebut.
 Sekiranya murid tidak ingat perkataan yang dilompat, mereka boleh meminta
pertolongan daripada rakan sekelas.
 Beri penghargaan terhadap murid yang berjaya melompat semua perkataan.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

THE GLORY GAME


Bahan: Kad gambar dan dadu besar

 Letakkan kad dalam bentuk ular di atas lantai.


 Bahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap murid akan memilih satu ‘tanda’ seperti
kereta, lori, motor atau basikal.
 Letakkan ‘tanda’ pada satu kad gambar mula.
 Seorang murid akan baling dadu dan ‘tanda’ bergerak mengikut bilangan dadu yang
diperoleh. Murid sebagai ‘tanda’ akan menyebut perkataan kad gambar yang mereka
pijak.
 Jika, murid sebagai ‘tanda’ tidak dapat menyebut perkataan pada kad gambar, murid
perlu minta pertolongan dari kawan sekumpulan yang di luar ‘please..help’. Jika
kumpulan dapat membantu, ‘tanda’ boleh meneruskan permainan. Jika mereka
tidak dapat membantu, ‘tanda’ akan kembali semula ke tempat asal mereka.
 Mana-mana kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan terlebih dahulu adalah
pemenang.
 Perhatikan murid yang mana berkeyakinan dalam mengira dan boleh menggunakan
perkataan dipelajari dengan baik.

3. THE DESCRIBING GAME

Bahan-bahan : topic flashcards

 Memperkenalkan permainan ‘Describing Game’ (menyatakan ciri-ciri gambar pada


kad)
 Murid pertama mengambil sekeping kad gambar dan tidak menunjukkan kad
gambar tersebut kepada kawan-kawan.
 Murid menyebut ciri-ciri gambar pada kad tersebut seperti ‘ Ia berbadan besar,
berwarna kelabu, dan mempunyai telinga besar, apakah ia?
 Murid yang lain akan meneka gambar tersebut.
 Murid berjaya meneka jawapan yang betul akan mengambilalih murid pertama
untuk meneruskan permainan dengan menyebut ciri-ciri kad gambar yang
seterusnya.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

4. THE THINKING GAME (PERMAINAN BERFIKIR)

Bahan : Kad Imbasan atau bahan maujud (contoh: patung, pakaian, buah atau
patung binatang)

 Umumkan permainan. Mari kita bermain permainan berfikir,


 Letakkan maksima 5 kad imbasan atau bahan maujud di atas lantai di papan putih
supaya murid dapat melihatnya.
 Mula dengan tunjukkan bagaimana ia dimainkan.Pilih satu dan rahsiakan.Beritahu,
saya sedang fikirkan satu mainan.Ianya bukan kereta, bukan patung, bukan
permainan computer dan bukan gasing. Apakah dia?
 Jemput seorang murid dan meneka. Contoh adakah ia permainan kad cantuman?
 Jika tekaan salah, katakan salah. Jika tekaan betul, katakan betul. Murid yang
meneka dengan betul boleh datang ke depan dan memimpin permainan.
 Bantu mereka memilih objek. Murid harus berbisik kepada guru dahulu. Kemudian
bantu mereka dengan berkata mainan manakah yang bukan dan memberi
tindakbalas kepada soalan daripada kelas, menggunakan ya, betul, atau tidak,
ianya salah.Galakan kelas menyoal menggunakan ayat yang lengkap.Contoh adakah
ianya beruang?

5. THE ALPHABET GAME

Bahan: kad gambar dan kad perkataan

 Memperkenalkan ‘Permainan Abjad’


 Letakkan kad gambar di atas lantai
 Pegang salah 1 kad perkataan yang tersembunyi dari kanak-kanak
 Katakan, ‘saya sedang memikirkan perkataan bermula dengan …….’
 Jika mereka meneka dengan betul , katakan Ya, betul. Tunjukkan kad perkataan
itu.
 Menyebut huruf pertama tersebut dengan kanak-kanak
 Panggil murid itu ke hadapan dan pilih kad perkataan untuk topic itu. ‘katakan,
saya sedang memikirkan perkataan bermula dengan ……’. Betul atau tidak

Nota:
 Penggunaan kad perkataan membantu mengukuhkan kemahiran perkataan kanak-
kanak
 Apabila anda menunjukkan kad perkataan, anda boleh bertanya kepada kanak-
kanak apa perkataan lain yang mereka tahu yang bermula dengan huruf yang sama
dalam topik yang berbeza.

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN
CEFR TRANSLATE DUNGUN

SPECIAL

THANKS TO:

JANNAH
NADIA
EDZIANI
FATEHAH
ZARIDAH
FATIN
FADHLINA
HAFIZAH JUNAIDA
SAIFUL SYAHIDA
ISMAFATINI SYAHIRAH
DAN SEMUA GURU PRA
DUNGUN YANG TERLIBAT

CEFR TRANSLATION 2018

DUNGUN CEMERLANG 2018


GURU PRASEKOLAH DUNGUN

Anda mungkin juga menyukai