Anda di halaman 1dari 9

FACULTY OF HUMAN DEVELOPMENT

SUBJECT: ADMINISTRATION CHILD CARE PROGRAM


CODE SUBJECT: KCP 330

ASSIGNMENT 1

FULL NAME NUR AYEEN

IC NUMBER 020411-15-0184

MATRICS NUMBER 2020.8.HD01.0134

PROGRAMME PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER SEMESTER 3

LECTURER’S NAME MR FARDIE

DATELINE SUBMISSION 08 OCTOBER 2021

COURSE LEARNING
OUTCOME ACHIEVED
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PELAN LANTAI KELAS PERSEKOLAHAN 4
2.1 PELAN LANTAI KELAS TADIKA ATAU PRASEKOLAH 4
YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 6 TAHUN
2.2 RUANG DAN SUDUT 5
2.3 KELUASAN BILIK DARJAH DAN JUMLAH PERABOT 5
2.4 SELESA, PENGCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN 5
2.5 PERALATAN DAN PERABOT MUDAH ALIH 6
3.0 KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PELAN LANTAI 7
3.1 MEMBANTU SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK 7
3.2 MENGASAH KEBOLEHAN KANAK-KANAK 7
3.3 MENJADI TEMPAT PENCARIAN SUMBER ILMU 7
PENGETAHUAN
4.0 KESIMPULAN 8
5.0 RUJUKAN 9

2
1.0 PENGENALAN
Merancang suatu perkara adalah salah satu garis panduan untuk kita membina dan
menjalankan proses tersebut. Begitu juga dengan seorang bakal guru yang akan membimbing
dan mengajar kanak-kanak. Seorang guru yang mempunyai tujuan untuk menubuhkan sebuah
kelas prasekolah atau tadika perlu mempunyai cukup pengalaman dan ilmu pengatahuan dalam
Pendidikan awal kanak-kanak. Seorang guru juga perlu sentiasa bersedia dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka dari segi fizikal dan mental. Guru bukan sahaja mengajar malah mereka
juga mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kawasan persekitaran pembelajaran yang
selesa dan selamat. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan
lantai yang sesuai dan selamat. Pada umumnya, pelan lantai adalah asas yang utama dalam
menubuhkan kelas prasekolah atau tadika dan taska bagi memudahkan porses selanjutnya.

Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid
dan memudahkan tugas guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu keluasan kelas,
peralatan didalam kelas, jumlah dan saiz perabot dan jumlah kanak-kanak. Setiap guru perlu
teliti dalam penyediaan pelan lantai dan aspek yang diperlukan. Walaubagaimanapun,
pembinaan kelas atau prasekolah tidak sepenuhnya seratus peratus sama dengan penyediaan
pelan lantai namun begitu guru pada masa itu harus menggunakan kreativti mereka sendiri
dalam mengatur dan Menyusun perabot untuk keselesaan guru dan murid belajar dan bermain.
Beberapa bahagian penting dalam penyediaan pelan lantai yang baik dan teratur iaitu bahagian
ruang belajar, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat dan stor. Bagi luar kelas pula,
penyediaan yang baik seperti tempat letak alat permainan kanak-kanak. Semua perkara ini
perlu diuatamakan dan dititikberatkan dalam pembukaan kelas prasekolah, tadika atau taska.

3
2.0 PELAN LANTAI KELAS PERSEKOLAHAN
2.1 Pelan lantai kelas tadika atau prasekolah yang sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun

2.1 Pelan lantai

2.1 RUANG PEMBELAJARAN YANG STRATEGIK


Gambar rajah 2.1 menunjukkan penyusunan setiap ruang dan perabot yang ada di tadika
atau prasekolah. Penyediaan pelan lantai dan penyusunan perabot yang ditujukkan dalam
gambar rajah memberi keselesaan kepada kanak-kanak, ibu bapa dan juga guru untuk mengajar
dan memantau kanak-kanak. Dalam pelan tersebut, prasekolah atau tadika juga menyediakan
satu bilik sakit atau ruang rehat dimana kanak-kanak yang sakit akan diasingkan agar penyakit
atau wabak bakteria tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain. Selain itu, ruang komputer atau
sudut bacaan juga berdekatan dengan ruang belajar kanak-kanak dan bilik peralatan permainan.
Jarak antara ruang tersebut memberi keselesaan dan kemudahan kanak-kanak untuk bergerak
dan memudahkan guru dan pembantu memantau kanak-kanak. Dalam pelan juga menunjukkan
terdapat pintu masuk dimana kanak-kanak datang dan pulang dipintu yang sama manakala
pintu keluar digunakan jika berlaku kecemasan.

4
2.2 RUANG DAN SUDUT
Namun begitu terdapat dua ruang yang dibahagikan kepada dua iaitu ruang belajar dan
ruang bermain. Dalam kurikulum pembelajaran kanak-kanak, mereka dibahagikan masa
bermain dan belajar. Oleh itu, dalam penyediaan pelan lantai dibahagikan dua ruang dimana
tempat kanak-kanak bermain dan belajar. Tambahan, dalam susun atur perabot terdapat dua
almari atau rak buku dimana kanak-kanak dapat mmbaca buku yang telah disediakan dalam
rak buku. Perabot yang disediakan ini juga boleh dijadikan sebagai sudut bahasa dan kognitif
mereka. Perkara ini sekaligus dapat mengembangkan kognitif, sosial dan intelektual mereka.

2.3 KELUASAN BILIK DARJAH DAN JUMLAH PERABOT


Di samping itu, jumlah perabot yang diperlukan juga tidak terlalu banyak kerana
perabot yang banyak akan membuat keluasan bilik darjah prasekolah kecil dan sempit kecuali
hiasan-hiasan didalam taska. Selain itu, perabot yang banyak akan menggangu pengudaraan
dan pengcahayaan didalam bilik darjah. Kedudukan meja belajar berada dihadapan berdekatan
dengan meja guru dan pembantu bagi memudahkan guru untuk memantau pergerakan kanak-
kanak. Dengan adanya penyediaan pelan lantai ini akan membantu guru untuk memudahkan
lagi proses selanjutnya dalam menubuhkan kelas prasekolah atau tadika.

2.4 SELESA, PENGCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN


Seterusnya, penyusunan kreatif dan teratur akan menampilkan suasana kelas tersebut
kelihatan bersih, kemas, ceria, menarik dan selamat. Guru dan pembantu guru berperanan
untuk membersihkan seperti mengemas, menyapu dan Menyusun bahan atau peralatan yang
telah digunakan setelah selesai proses pembelajaran dan pengajaran. Justeru itu, memberi
cadangan dan galakkan kepada ibu bapa bagi menambahkan keceriaan kelas prasekolah seperti
gotong-royong dan aktiviti sebagainya yang boleh membantu perkembangan kanak-kanak.

5
2.5 PERALATAN DAN PERABOT MUDAH ALIH
Guru mudah mengubah kedudukan kelas untuk aktiviti pembelajaran yang seterusnya.
Perkara ini memberi kelainan kepada guru dan murid semasa proses pembelajaran kerana
suasana kelas yang berlainan dari seperti kebiasaanya. Oleh itu, dengan perancangan pelan
lantai dan perabot mudah alih memudahkan guru untuk menggubahnya sekaligus memberi
kesan yang positif kepada kanak-kanak dalam pembelajaran dan aktiviti bermain. Di samping
itu, perabot yang tersedia memeri manfaat atau pelbagai kegunaan contohnya rak buku bukan
sahaja digunakan sebagai tempat menyimpan fail dan buku malah boleh digunakan sebagai
sudut buletin untuk menampal hasil kerja murid. Selain itu, menyimpan peralatan yang tajam
dan bahaya jauh daripada kanak-kanak bagi mengelakkan mereka cedera dan bemain benda
tajam dan bahaya.

6
3.0 KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PELAN LANTAI
Penyediaan ruang dalam sebuah kelas prasekolah berfungsi dalam memantapkan
peningkatan JERIS serta bahasa dan kemahiran berfikir. Secara umumnya, rancangan ini bukan
sahaja membantu guru dalam menjalankan aktiviti malah membantu guru untuk membuat
penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak.

3.1 Membantu sosial dan emosi kanak-kanak


Kebaikan yang dapat diperoleh daripada penyediaan pelan lantai ini adalah untuk
memastikan kawasan dan persekitaran membantu dalam perkembangan kanak-kanak
contohnya dari segi kemahiran sosial dan emosi mereka. Hal ini dapat menggalakkan
penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni dikalangan kanak-kanak seperti
bekerjsama, bertolak ansur dan membina keyakinan diri. Kita dapat melihat kanak-kanak
bermain, bergaul dan berinteraksi antara sesama diri mereka sendiri.

3.2 Mengasah kebolehan kanak-kanak


Manfaat penyediaan pelan lantai yang membolehkan kanak-kanak menjalankan
pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka sendiri. Disini kita dapat menilai dan
melihat kebolehan kanak-kanak itu sendiri dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial mereka dan bagaimana mereka berada disituasi itu sendiri. Selain itu, mereka dapat
mengenal pelbagai tentang ilmu kebudayaan pelbagai kaum daripada rakan-rakan mereka
sendiri. Oleh itu, pendekatan dan perancangan pelan lantai ini memberi kebaikam kepada
kanak-kanak.

3.3 Menjadi tempat pencarian sumber ilmu pengetahuan


Penyediaan pelan lantai memberi kelebihan kepada kanak-kanak kerana penyediaan
sudut membaca, sudut bahasa dan bilik computer dimana kanak-kanak dapat mencari
maklumat dan menerapkan amalan budaya membaca dalam diri mereka sekaligus
meningkatkan pertuturan dan bahasa mereka. Dengan adanya sudut-sudut seperti ini akan lebih
membantu guru dalam pembelajaran dan pengajaran.

7
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, perancangan dan penyediaan pelan lantai ini adalah proses
utama kepada semua guru dalam membuka kelas prasekolah atau tadika bagi memudahkan
proses selanjutnya. Guru perlu sentiasa bersedia dan mempunyai sokongan serta ilmu dan
pengalaman yang cukup dalam meneruskan proses selepas membuat penyediaan pelan lantai.
Hal ini kerana ia akan menjadi satu panduan untuk guru dalam susun atur setiap perabot-
perabot yang akan digunakan dalam kelas atau tadika tersebut. Selain itu, untuk memastikan
keselamatan kanak-kanak semasa berada ditadika contohnya, tidak menyimpan peralatan yang
tajam dan bahaya dipersekitaran ruang kanak-kanak belajar dan bermain. Tambahan, perabot
yang digunakan untuk kanak-kanak seperti meja dan kerusi tidak mempunyai bucu yang tajam.
Oleh itu, pemilihan perabot haruslah sesuai dan khas yang digunakan oleh kanak-kanak bagi
mengelakkan kecederaan terhadap mereka.

Secara tidak langsung juga, keceriaan kelas prasekolah dapat dipupuk dan persekitaran
kelas atau tadika kelihatan kemas akan menarik minta kanak-kanak untuk datang ke sekolah.
Mereka juga dapat belajar dan bermain dengan selesa kerana perancangan susun atur didalam
kelas bersih, kemas dan selamat. Seterusnya akan memudahkan guru untuk memantau kanak-
kanak kerana kedudukan yang telah dirancang dengan strategik. Oleh itu, pelan lantai adalah
Langkah yang pertama dan perlu ditunjukkan kepada pihak yang berkenaan sebelum
diluluskan.

8
5.0 RUJUKAN
1. nafisamutiara.blogspot.com/2013/12/pelan-lantai-tadika.html
2. scribd.com/document/343229525/pelan-lantai-tadika
3. littlecrown95.blogspot.com/p/mengenai-tadika.html
4. tadikaaelzehra123.blogspot.com/p/location.html
5. scribd.com/doc/59906830/pelan-lantai
6. tadikainpirapermata.blogspot.com/2013/12/plan-lantai-kelas-tadika-inspira.html
7. akucikguprasekolah2013.blogspot.com/2012/01/pelan-lantai-prasekolah.html
8. adryanie.blogspot.com/2013/11/latar-belakang.html
9. my-prasekolah.blogspot.com/search/label/Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai