Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN SENARAI SEMAK KESELAMATAN

1. OBJEKTIF

Memastikan setiap peralatan di dalam dan luar kelas berada dalam keadaan

selamat dan tidak merbahayakan. Selain itu, susun atur perabot dan peralatan

permainan juga amat penting dalam menjadikan keadaan sekeliling prasekolah

selamat dari ancaman bahaya. Lantai juga perlu sentiasa kering dan tidak berair atau

licin agar kanak-kanak tidak terjatuh apabila berada di dalam kelas.

2. PERMASALAHAN

Taman permainan dan aktiviti luar semangnya suatu perkara yang menyeronokkan

serta boleh dikatakan sebagai aktiviti bersenam tidak formal untuk kanak-kanak. Walau

bagaimanapun, taman permainan kanak-kanak juga boleh menyebabkan bahaya dan risiko

kecederaan sekiranya keselamatan tidak diberikan perhatian. Pada 8 Oktober 2014,

pemerhatian dan tinjauan telah dijalankan di luar kelas prasekolah. Tujuan diadakan tinjauan

dan pemerhatian tersebut adalah untuk memastikan keadaan di sekeliling prasekolah

berada dalam keadaan selamat dan selesa. Tinjuan ini dibuat di Taman Permainan

prasekolah yang terletak bersebelahan dengan kelas. Melalui tinjauan dan pemerhatian

tersebut, saya dapati beberapa jenis peralatan dan permainan luar tidak begitu selamat

walaupun ianya permainan yang baru. Peralatan permainan iaitu gelongsor terlalu tinggi dan

juga agak curam untuk murid-murid menggelongsor. Murid-murid akan jatuh kerana apabila

mereka gelongsor,penurunannya terlalu cepat dan pengakhirannya murid akan jatuh

terduduk di atas pelapik getah. Di taman Permainan itu juga terdapat pondok yang diperbuat

daripada batu.walaupun dibuat dari batu,namun ianya tidak selamat untuk digunakan kerana

syiling di dalam pondok tersebut ada yang berlubang dan ianya agak merbahayakan untuk

murid-murid berada di dalamnya. Keadaan sekeliling pondok juga tidak selamat untuk

digunakan oleh kanak-kanak dalam aktivti main peranan khususnya Oleh kerana taman

permainan itu berada dalam kawasan sekolah dan ianya tidak berkunci menyebabkan
taman tersebut digunakan oleh murid-murid tahap 1 dan tahap 2 pada waktu petang tanpa

kawalan. Sampah sarap juga akan memenuhi taman permainan tersebut. kawasan

prasekolah menjadi kawasan yang bukan persendirian kearana murid-murid sering keluar

masuk sesuka hati dan mengguanakan peralatan permainan tersebut. Peralatan permainan

Monkey bar juga sudah tidak selamat digunakan kerana kondisi alat permainan luar tersebut

yang telah berkarat dan tidak kukuh. keadaan tanah juga menjadi kawasan taman

permainan itu kurang selamat ini kerana tanah nya tidak rata,berlubang-lubang dan

kawasan taman juga agak kecil. Selain itu terdapat juga alatan yang boleh bergerak dan

diubah ke mana-mana yang boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak semasa

mereka bermainnya. Di kawasan taman juga,diletaknya barang-barang yang tidak

digunakan seperti pintu kayu,meja dan kerusi.

Pada 14 Oktober 2014, pemerhatian dan tinjauan juga dilakukan di dalam kelas

prasekolah. Tinjauan dan pemerhatian ini juga bolehlah dikenali sebagai pemeriksaan

terhadap keadaan keselamatan di dalam kelas khususnya. Saya dapati ada beberapa

masalah yang timbul jika ianya diteruskan tanpa teguran. Keadaan baldi yang berisi air dan

mop dibiarkan tanpa menyimpannya dengan betul setelah digunakan menjadi punca utama.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana naluri kanak-kanak suka berlari tidak kira di

mana jadi apabila kanak-kanak berlari dan tersentuh baldi tersebut akan menyebabkan air

tertumpah, lantai menjadi licin dan merbahayakan keselamatan mereka.

Aliran elektrik yang tidak betul yang kadang kala menyebabkan berlakunya arus

elektrik melebihi had menyebabkan barangan elektrik cepat rosak. Peralatan di dalam kelas

terlalu banyak sehingga ruang untuk murid melakukan aktiviti terhad memandangkan saiz

kelas tidak terlalu besar. Alat permainan juga tidak disusun dengan kemas dan teratur.

Susun atur kerusi apabila telah digunakan juga boleh mendatangkan bahaya kerana kanak-

kanak tersepak kaki kerusi yang boleh mendatangkan kecederaan. Alat pemadam api yang

tidak diselenggarakan dengan betul oleh pihak pembekal. Peti pertolongan cemas yang

tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Dan akhir sekali ruang pengudaraan dan

pencahayaan yang kurang berkesan.


3. PENAMBAHBAIKAN

Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara
38 inci) perlu dipasang..Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi
peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain.
Elakkan permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah.

Peralatan yang longgar, patah atau rosak haruslah dikeluarkan dengan serta-merta daripada

taman permainan. Perlu memperbaiki syiling yang berlubang di dalam pondok dengan

segera bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Semua peralatan yang tidak

digunakan perlulah disimpan di tempat yang bersesuaian seperti di dalam stor atau kelas

yang tidak digunakan. Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak harus berada dalan

keadaan yang berkarat dan ianya perlulah ditanam supaya kukuh dan selamat untuk

digunakan.. Permukaan lantai haruslah sentiasa dipastikan supaya berada dalam keadaan

yang selamat dan tidak pecah atau retak. Taman permainan haruslah sentiasa berada

dalam keadaan bersih dan tidak dicemari oleh sampah sarap.

Di luar kelas, peralatan yang telah rosak telah dibuat aduan dan pihak

bertanggungjawab dalam proses membuat penyelengaraan. Antaranya seperti

menggantikan alatan yang telah uzur dan rosak teruk. Proses penggalan, pembaikpulihan

dan pengalihan alatan yang rosak sedang di jalankan dan pemasangan akan dijalankan

dalam masa terdekat sebelum sesi persekolahan baharu. Kawasan yang sedang digunakan

untuk penyelenggaraan di letakkan tali merah putih yang memberikan amaran kawasan

tidak selamat dan perlu dijauhi.

Selain itu, pihak pentadbiran juga perlu mengingatkan kepada murid-murid yang lain

agar tidak bermain di taman permainan prasekolah kerana alatan yang dipasang dan

dibekalkan adalah untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dan bukan 9 tahun ke atas.

Jika keadaan ini tidak diingatkan, akan mengakibatkan semua peralatan permainan luar

akan rosak kerana alatan tersebut turut digunakan oleh murid lain. Pintu pula akan sentiasa

dikunci bagi memastikan kawasan taman permainan tidak dicerobohi.

Bagi memastikan keadaan dalam kelas selamat dari sebarang bahaya, pembantu

pengurusan murid diberi teguran dan meminta beliau menyimpan alatan pembersihan

seperti mop, baldi, penyampu sampah dan cecair pembersih di tempat yang sesuai yang
tidak boleh dicapai oleh murid selepas di gunakan. Bagi alat pemadam api pula memohon

pihak bertanggungjawab dapat menyelenggarakan alat tersebut agar berada dalam

keadaan baik. Peti kecemasan perlulah dipastikan agar tiada ubat yang sudah tamat tempoh

dan ubat yang telah abis di dalamnya,dan perlulah menggantikan ubat-ubatan tersebut

dengan yang baharu. Pembantu pengurusan murid juga perlu memastikan peralatan

permainan di simpan dengan baik di tempat yang bersesuaian seperti di atas rak

Bagi masalah kerusi yang tidak di masukkan ke dalam / bawah meja, memohon

kerjasama kanak-kanak untuk memaukkanya ke dalam / bawah meja apabila hendak ke

tandas atau melakukan aktiviti selain di meja. Kerusi juga akan diangkat ke atas kerusi

setelah sesi pembelajaran tamat dan murid pulang ke rumah. Pembahagian ruang mestilah

seimbang.susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic flow’

dalam kelas berjalan lancer.

4. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa keselamatan dalam

dan luar kelas amat penting dalam memastikan semua berada dalam keadaan selamat dan

kondusif. Salin itu juga, penglibatan semua pihak dalam memastikan keselamatan di

prasekolah amat diperlukan bukan sahaja di bawah tanggungjawab guru prasekolah dan

juga pembantu sahaja. Ini kerana keadaan kelas dan sekitar prasekolah yang luas yang

memerlukan kerjasama semua pihak agar menjadi serampang dua mata.

Selain itu, saya berpendapat bahawa kawasan prasekolah perlu dikunci setelah tamat

proses pengajaran dan pembelajaran supaya berada dalam keadaan selamat tanpa

gangguan dari murid-murid lain. Ini bertujuan menjaga keselamatan Peralatan di taman

permainan yang rosak, tidak berkualiti, permukaan lantai yang tidak rata atau yang

tidak sesuai, perbuatan atau kelakuan yang tidak patut akan mengundang

kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak. peralatan permianan yang dibuat

khas untuk kanak-kanak prasekolah serta memastikan keadaan prasekolah berada dalam

keadaan selamat dan terjaga.


SENARAI SEMAK KESELAMATAN DI DALAM KELAS

SK BALIK PULAU

BIL BILIK DARJAH YA TIDAK CADANGAN/ TINDAKAN

1 Keluasan sesuai? / Ruang pembelajaran terhad


ditambah dengan perabut yang
banyak
2 Kebersihan dan kekemasan sentiasa /
diberi perhatian?
3 Pengudaraan dan pencahayaan /
mencukupi?
4 Soket elektrik dalam keadaan baik? /

5 Perabut dalam keadaan baik? /

6 Jerigi besi sentiasa ditutup? /

7 Lantai sentiasa kering? /

8 Peti kecemasan lengkap? / Perlu ditambah ubat yang baru

9 Alat pemadam apa berkeadaan baik? / Tidak ditempatkan di tempat yang


sesuai
10 Suhu bilik selesa? / Kipas syiling sahaja.murid sering
mengadu panas dan berpeluh.
Perlu ditambah baik dengan alat
pendingin hawa
BIL PADANG PERMAINAN

1 Alat permainan berfungsi dengan baik? / Sebilangan alat permainan tidak


selamat untuk digunakan
2 Keluasan sesuai? / Kawasan permainan tidak luas
SENARAI SEMAK KESELAMATAN PRASEKOLAH
Disediakan oleh,

_______________________

()

2. Kawasan bilik penyediaan makanan


• Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
• Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat
yang selamat.
• Lantai dapur sentiasa kering.
• Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air


• Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
• Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
• Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah


• Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
• Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
• Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan
murid jika terjatuh semasa bermain.
• Rumput mestilah dipotong pendek.
• Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan
prasekokah.
• Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
• Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah
misalnya termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
• Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan
interaksi kanak-kanak prasekolah.
• Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang,
di bilik air dan sebagainya.

Keselamatan Taman Permainan


Keselamatan taman permainan di taska dan tadika perlu diberi keutamaan. Kebanyakan
kemalangan dan kecederaan berlaku di taman permainan apabila kanak-kanak terjatuh
dari peralatan mainan. Kemalangan ini boleh dikawal dengan meletakkan bahan yang
lembut di permukaan peralatan permainan. Bahan lembut ini akan menjadi penahan
apabila kanak-kanak jatuh daripada alatan permainan. Bahan penahan seperti pasir
boleh digunakan untuk dijadikan permukaan pelapik menahan kanak-kanak jatuh
daripada alatan mainan. Terdapat juga pelapik penahan kecederaan yang dibuat secara
komersial.

Setiap permukaan pelapik penahan kecederaan hendaklah mengikut piawaian


(standard) yang ditetapkan khusus untuk keperluan taman permainan kanak-kanak.
Pastikan peralatan mainan di taman permainan mengikut kesesuaian umur dan
berkeadaan baik. Ajar kanak-kanak cara menggunakan peralatan dengan selamat.

Di antara ciri keselamatan yang disarankan :

Latih anak-anak dari kecil lagi tentang keselamatan diri dengan memberitahunya tentang benda-
benda yang berbahaya. Pada mulanya anak mungkin sukar memahaminya dan mungkin akan
melupakan larangan tersebut selepas itu tetapi jika anda kerap mengingatinya, lama-
kelamaan dia pasti dapat menerimanya. Apabila sudah cerdik, dia akan memahami apa yang
anda katakan dan akan melakukan apa yang disuruh.

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:

 jangan menyentuh soket elektrik dan jangan bermain dengan benda-benda tajam


 jangan biar anak bersendirian terlalu lama. Walaupun anda sangat sibuk, pastikan anda
sentiasa tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak dan di mana dia berada.
 pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak mudah tercapai oleh kanak-kanak
 jangan biarkan anak-anak berlari di dalam rumah atau di ruang prasekolah dengan
memakai stoking
 pastikan terdapat nombor telefon kecemasan dan diletakkan di sebelah telefon.
 jangan letak pokok atau pasu bunga yang beracun di dalam ruang tamu atau ruang
pembelajaran prasekolah.
 jika meja mempunyai sisi yang tajam dan anak boleh terhantuk padanya, pasangkan
pelapik sudutplastik.
 pastikan pintu depan ditutup rapat supaya anak tidak boleh membuka pintu dan keluar
ke jalanraya.
 susun rapi alat permainan kanak-kanak.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2010&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Keselamatan di dapur

   

 
 
Tempat ini berbahaya kerana tedapat benda-benda tajam seperti pisau dan benda yang panas
seperti air didih, minyak panas, kuali panas, mancis dan lain-lain.
 
Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:
 tanggalkan plag perkakas elektrik supaya anak-anak tidak dapat memasangnya.
 letak pisau dan garpu di tempat yang selamat.
 bersihkan mangkuk haiwan peliharaan dan simpan di tempat yang selamat.
 jangan letak perkakas yang berisi minyak panas atau air panas di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak.
 simpan mancis atau pemetik api  di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
 pastikan lantai dapur sentiasa kering dan tidak berminyak.
 sediakan pemadam api
 engselkan pintu ayun semasa anak berada di dapur. Anak boleh tersepit jari atau
terhantuk.
 jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka  di dalam peti sejuk. simpan baki
makanan di dalam bekas yang bersih.

Keselamatan di dalam bilik air


      
 
Kanak-kanak mudah terjatuh di dalam bilik air. Terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk
bagi memastikan keselamatan anak di dalam bilik air.
 gunakan kabinet ubat yang boleh dikunci.
 gunakan alas kaki yang tidak tergelincir.
 simpan kosmetik di tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak terutama jenis aerosol.
 simpan bahan pencuci dan berus tandas di dalam kabinet yang berkunci. Jangan letak di
belakang tandas.
 jangan biar anak bermain dengan air, baldi, singki dan lain-lain.
 jangan biar anak bermain shampu, sabun, serbuk pencuci dan kertas tisu

Keselamatan semasa bermain alat mainan

        
Periksa setiap alat permainan  supaya tidak mengandungi toksik. Walaupun terdapat
undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-kanak
dan kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera atau terbunuh
oleh alat permainan. Pastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam.  Alat
permainan perlu sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit
tangan kaki dan mulut.  Pastikan alat permainan disimpan dengan baik di dalam
kabinet selepas bermain supaya ruang untuk berjalan lebih selamat.
Keselamatan semasa bersukan dan bermain di
taman permainan

       
 
Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar. Aktiviti luar ialah aktiviti yang paling diminati oleh kanak-
kanak prasekolah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak bersukan
atau ketika bermain di taman permainan ialah:
  pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin dan memakai seluar
sukan yang sesuai.
 tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak
cedera jika terjatuh.
 alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.
 jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini
kerana pasir boleh mencalarkan mata.
 semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

kurangs e l a m a t   d i g u n a k a n .   J u s t e r u   i t u ,   p i h a k   p e n t a d b i r   t e l a h   m e n
g a r a h k a n   a g a r   t a m a n  permainan prasekolah ini ditutup sehingga usaha untuk
menggantikan alat permainan luar yang baru. Justeru itu, pengkaji ingin meninjau
dan menyelidik tentang penggunaan alat permainan luar terhadap perkembangan kanak-
kanak bagi kanak-kanak yang berpeluangmenikmati kemudahan tersebut dan sebaliknya

Anda mungkin juga menyukai