Anda di halaman 1dari 2

Refleksi permainan kanak-kanak

Pada 1 Oktober 2012, pelajar PISMP Semester 2 telah menganjurkan


permainan kanak-kanak dan kumpulan kita iaitu opsyen Pendidikan Prasekolah
turut mengadakan permainan kanak-kanak kita yang bernama Modified
Rounders.

Permainan kita adalah diubahsuai mengikut permianan baseball yang


agak terkenal di luar Negara. Peraturan-peraturan yang agak sama cuma alatan
yang digunakan berbeza. Kita telah menggungakan bola tenis untuk mengganti
bola baseball oleh sebab bola tenis lebih ringan untuk dipegang oleh kanak-
kanak. Selain itu, kita juga telah menggantikan batang pemukul baseball dengan
pemukul yang sesuai dipegang oleh kanak-kanak.

Gelanggang yang digunakan lebih kecil daripada gelanggang yang


sebenar kerana keadaan fizikal kanak-kanak masih belum lagi boleh
mencapaikan tahap keadaan fizikal orang dewasa.oleh itu, semua alatan yang
digunakan mestilah sesuai kepada kanak-kanak supaya dapat mengurangkan
risiko kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

Melalui penganjuran permainan kanak-kanak ini, saya turut menimba


pengetahuan serta pengalaman dalam penganjuran permainan kanak-kanak.
Contohnya, sebelum menganjurkan sesuatu aktiviti, sebuah ahli jawatankuasa
mesti ada supaya dapat melicinkan perjalanan penganjuran aktiviti. Saya telah
dilantik untuk menjadi AJK Persiapan Tempat serta AJK Statistik. Saya turut
mendapat pengalaman semasa sebagai seorang AJK Persiapan Tempat.

Di samping itu, sikap kerjasama turut dapat ditingkatkan melalui


penganjuran permainan kanak-kanak tersebut. Kerjasama antara kelas kita
dapat ditingkatkan demi menjayakan permainan kita. Kelas kita telah
berkerjasama untuk menyiapkan tempat sebelum permainan kita bermula serta
berkerjasama untuk mendapat kemenangan dalam permainan.
Kelebihan yang saya dapat melihat dalam permainan kanak-kanak adalah
sistem yang terdapat di dalam permainan kanak-kanak. Oleh sebab kita terdapat
7 kelas yang akan menjalankan permainan masing-masing, maka perlunya
sistem yang sistematik supaya setiap kelas turut dapat melibatkan ke dalam
permainan kanak-kanak kelas lain. Dengan ini, kaedah undi diadakan untuk
keadilan.

Tambahan pula, kelebihan yang seterusnya adalah tempat yang


disediakan mencukupi kepada semua permainan dan penggunaan ruang dengan
sepenuhnya untuk permainan kanak-kanak. Sebagai contoh, gelanggang bola
tampar yang lama tidak digunakan digunakan untuk permainan shaolin ball
kerana permainan tersebut memerlukan jarring yang pada tahap yang rendah.
Dengan itu, ini merupakan salah satu kelebihan yang boleh dibelajari iaitu
menggunakan semua ruang dengan sepenuhnya.

Manakala kelemahan yang saya dapati adalah masa yang ditetapkan.


Masa tidak tepat serta telah melebihi masa yang ditetapkan. Selain itu,
pengagihan masa dan permainan juga kurang sistematik. Contohnya, semasa
kelas kita sedang menganjurkan permainan kita, pada masa yang sama, kita
perlu menyertai permainan kelas lain dan ini mengakibatkan kekurangan
penganjur atau penjaga dalam permainan kelas kita.

Peraturan-peraturan bagi sebahagian permainan kanak-kanak kelas lain


juga kurang jelas dan menyebabkan kekeliruan semasa menjalankan permainan
tersebut.

Sebagai penambahbaikkan untuk masalah yang dihadapi terutamanya


masalah masa, saya mencadangkan supaya terdapat AJK Penjaga masa dalam
Ahli Jawatankuasa Induk supaya AJK tersebut dapat memaklumkan kepada
semua kelas sama ada masa telah tamat ataupun tidak. Dengan ini, permainan
kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna dengan tidak
melengahkan masa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai