Anda di halaman 1dari 4

Refleksi (Michelle Yong Suek Jun)

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja khusus kumpulan
kami dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan
kepada semua pihak yang membantu saya dalam membuat kerja khusus tersebut sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Dengan penyempurnaan tugasan ini, saya
telah menimba ilmu yang mampu untuk memberi manfaat kepada saya apabila bergelar
guru sebenar kelak.
Melalui kerja khusus ini, saya turut lebih memahami kepentingan GERKO
kepada kami sebagai seorang guru. GERKO bertujuan memberi kemahiran asas dan
mempertingkatkan pengetahuan dan keterampilan guru agar menjadi guru yang
berkesan. Ia juga dapat memupuk sikap positif, semangat, daya faham yang tinggi dan
nilai serta etika keguruan dalam kalangan guru permulaan. Ia adalah sebagai satu
persediaan demi menghadap cabaran pendidikan yang akan datang.
Acara yang telah dipilih oleh kumpulan kami adalah acara lontar peluru ataupun
juga dikenali sebagai shot put. Kekuatan dalam membuat kerja khusus ini adalah
penambahan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan lontar peluru. Ia merupakan
salah satu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak
satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Melalui kerja khusus ini, saya turut lebih
memahami tentang sejarah dan peraturan serta undang-undang bagi lontar peluru.
Dengan mempunyai ilmu tersebut, ia dapat membantu saya untuk mencapai
kecemerlangan yang lebih tinggi sebagai contohnya menjadi seorang pegawai olahraga
dalam peringkat kebangsaan.
Selain daripada kekuatan tersebut, melalui kerja khusus ini juga membantu saya
dalam mengenali teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru seperti teknik
berdiri tanpa gelungsur, teknik gelungsur selangkah dan teknik Perry OBrien yang
dicipta oleh seorang atlit dari Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Dengan
mempunyai ilmu yang berkaitan dengan teknik dan gaya tersebut, pada masa yang
akan datang, saya turut dapat mengaplikasikannya sama ada dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ataupun semasa di padang.
Semasa membuat kerja khusus ini, ilmu dalam merancang dan membina satu
sintesis latihan secara ansur maju dalam acara lontar peluru juga saya menimba.
Latihan yang dirancangkan oleh kumpulan kami turut meliputi aktiviti ke arah membantu

murid dalam menguasai segala kemahiran asas yang terdapat di dalam acara lontar
peluru. Dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman dalam merancangkan
sesuatu latihan, bukan sekadar sahaja dapat merancangkan latihan ansur maju,
manakala latihan-latihan spesifik bagi meningkatkan kekuatan otot bagi seseorang atlit
serta program-program lain juga dapat dibina dengan mengaplikasikan ilmu tersebut.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya turut menimba pengetahuan dalam
mengubahsuai peralatan yang digunakan semasa menjalankan latihan-latihan seperti
masa pemanasan badan, latihan spesifik dan lain-lain. Pada masa yang akan datang,
kemungkinan saya akan berkhidmat di sekolah yang mungkin mengalami kekurangan
model dalam menyediakan peralatan yang lengkap bagi murid-murid. Oleh itu, dengan
mempunyai ilmu dalam pengubahsuaian peralatan bagi mengikut kesesuaian masingmasing turut dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, kekuatan dalam membuat kerja khusus ini juga membantu saya
dalam memahami prinsip-prinsip mekanik yang diaplikasikan di dalam acara lontar
acara. Sebagai contohnya, sudut melontar peluru yang sesuai adalah antara 37 hingga
40 darjah berbanding dengan acara melontar yang lain seperti merenjam lembing yang
mempunyai sudut optimum dalam sudut 45.
Ini adalah kerana, menurut Alexander Lenza dari University of Regensburg di
Germany, beliau menyatakan bahawa sekiranya peluru dilontar dalam sudut yang
kurang daripada 35 darjah, peluru akan cepat jatuh ke bawah. Manakala sekiranya
peluru dilontar dalam sudut yang melebihi 45 darjah, maka lebih banyak daya atau
potential components perlu digunakan semasa melontar. Oleh itu, sudut optimum bagi
melontar peluru adalah antara 37 hingga 40 darjah dengan menggunakan daya yang
sama untuk mencapai lontaran yang baik.
Selain itu, prinsip-prinsip mekanik yang lain seperti gelungsur dan kilasan badan
turut membantu dalam mendapat lontaran yang baik. Membandingkan lontaran yang
dilakukan dengan menggunakan teknik berdiri dan teknik Perry OBrien, teknik OBrien
dapat mencapai jarak yang lebih jauh. Ini adalah kerana dalam teknik OBrien, ia
mempunyai fasa lungsuran yang membantu atlit dalam menghasilkan momentum yang
menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan turut menghasilkan daya yang
lebih dari kaki ke pinggang dan seterusnya ke tangan untuk membuat lontaran.

Tambahan lagi kerja kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan secara tidak
langsung mendidik kami bekerja dalam kumpulan dan melatih kami membuat
perancangan secara berkumpulan. Sedikit sebanyak terdapat juga kesulitan dalam
menyiapkan tugasan ini kerana tiada perancangan kumpulan pada awalnya. Akan tetapi
masalah ini dapat diatasi dengan membahagikan kerja kepada setiap ahli kumpulan
dengan membahagian setiap tugasan dan menyiapakan mengut masa yang telah
diberikan. Hal ini mengajar pada saya kepentingan mempunyai semangat kerjasama
yang baik dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Selain daripada kekuatan, kelemahan atau cabaran juga saya mengalami
semasa membuat kerja khusus. Cabaran pertama yang dihadapi adalah kekurangan
buju rujukan yang berkaitan. Acara lontar peluru bukan merupakan acara yang popular
di dalam Malaysia, maka susah untuk mendapat sedikit sabanyak sumber sama ada
dari perpustakaan ataupun dari laman web. Sekiranya adanya sumber, maka ia juga
dijelaskan dalam bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris, kekurangan sumber dalam
bahasa Melayu.
Pengurusan masa yang kurang baik juga merupakan salah kelemahan yang
saya alami. Dalam semester yang baru ini, kumpulan kami turut menjadi pihak
penganjur kepada pelbagai jenis aktiviti termasuklah sukan tahunan, lawatan ilmiah dan
lain-lain. Oleh itu, saya turut menghadapi cabaran dalam mengurus masa dengan baik
dan justeru melambatkan kemajuan semasa melaksanakan kerja khusus ini.
Di samping itu, cabaran yang dihadapi juga termasuklah kekurangan
pengetahuan dalam acara yang dipilih. Sebagai contohnya, kekurangan pengetahuan
dalam merancangkan seseuatu latihan spesifik bagi meningkatkan kekuatan otot untuk
mencapai kemajuan yang optimum. Walaupun kami menuntut ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan otot-otot yang digunakan semasa melontar peluru tetapi tidak
mengetahui bagaimana untuk menggunakan otot-otot tersebut secara optimum atau
maksimum dan cara meningkatkan kekuatan otot-otot spesifik.
Cadangan saya untuk menambahbaikkan kerja khusus saya pada masa yang
akan datang ialah perbaiki sikap diri dan mengurus masa dengan baik supaya tugasan
yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan efektif. Dengan
mempunyai abiliti merancang dan mengurus masa dengan baik, maka banyak aktiviti

dapat dilaksanakan serta banyak input boleh diserapkan dan diaplikasikan ke dalam
kehidupan seharian.
Sebagai penambahbaikkan, pusat sumber juga harus menyediakan lebih banyak
buku rujukan yang berkaitan dengan olahraga terutamanya acara-acara yang kurang
popular seperti lontar peluru, renjam lembing, lempar cakera dan lain-lain bagi
memudahkan pelajar untuk membuat penyelidikan.
Kesimpulannya, melalui kerja khusus ini, banyak pengatahuan telah saya
perolehi sama ada dalam kemahiran asas ataupun pengetahuan dalam perancangan
supaya sesuatu kerja khusus dapat dilaksanakan dengan tepat dan efisyen.
Pengetahuan yang diperolehi juga dapat saya mengaplikasikan ke dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai