Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Inovasi :

Multipurpose Stick On (MSO)

Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan

Masalah-masalah yang dihadapi :


Ketidakcukupan masa : kumpulan kami terdiri daripada 2 orang dan
kedua-dua orang adalah guru pelatih yang sibuk dengan praktikum. Kami
turut menghadapi masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan bahan
inonasi tersebut. Tambahan pula, selepas praktikum turut adalah cuti
sekolah selama seminggu. kami 2 orang guru pelatih berasal dari negeri
yang tidak sama turut menghadapi masalah dalam berkolaborasi dalam
menyiapkan bahan inovasi tersebut.

Inovasi yang telah dilaksanakan :


Inovasi yang dibuat : Multipurpose Stick On
1. Satu papan dibalut dengan kain feld yang boleh dilekat oleh benda
atau bahan yang mempunyai zap-on.
2. Papan dibahagikan kepada 12 petak dan pelbagai jenis warna kain
feld digunakan untuk membalut papan tersebut.
3. Satu bola kertas dimodifikasikan menjadi satu bola zap-on yang
boleh dilontar / dibaling ke arah papan MSO untuk dilekat
4. Inovasi tersebut turut memenuhi tunjang yang terdapat di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuklah Tunjang
Fizikal dan Estetika, Tunjang Kerohanian, Tunajg Komunikasi dan
sebagainya. Sebagai contohnya :
i)
Semasa murid membaling bola zap-on ke papan MSO, ia turut
melibatkan kemahiran membaling yang dititikberatkan dalam
KSPK serta Koordinasi mata dan tangan semasa membuat
ii)

aktiviti tersebut.
Semasa murid menjalankan aktiviti tersebut dalam satu
kumpulan, murid turut dapat menerapkan nilai kesabaran
semasa beratur untuk menunggu giliran membuat aktiviti.

5. Inovasi tersebut dapat membantu memperkembangkan kanakkanak dari pelbagai aspek termasuklah Bahasa, awal sains, awal
matematik dan lain-lain. Sebagai contohnya :
i)
Guru dapat melekatkan kad huruf/ kad suku kata/ kad
perkataan dalam petak yang disediakan. Semasa murid
membaling bola zap-on ke papan MSO, sekiranya melekat ke
sesuatu petak, murid perlu membaca atau menulis kad-kad
yang terdapat pada petak tersebut. Dengan itu, guru dapat
mengesan sama ada murid tersebut dapat mengenal huruf
ii)

ataupun tidak.
Yang kedua, papan MSO yang dibuat dengan pelbagai warna
kain feld dapat dijadikan salah satu teknik untuk mengajar
juga. Guru boleh memberi arahan seperti : membaling bola
ke petak berwarna merah. Sekiranya murid dapat membaling
bola zap-on ke petak warna merah, guru dapat mengesan
bahawa murid dapat mendengar dan melaksanakan arahan
serta kemahiran koordinasi mata dan tangan turut mencapai
tahap yang tinggi. Melalui ini, guru turut dapat mengajar
subjek awal sains iaitu warna yang pelbagai secara tidak

iii)

langsungnya kepada murid melalui inovasi tersebut.


Yang ketiga contoh untuk awal matematik, pelbagai nombor
boleh dilikatkan ke atas papan MSO. Murid akan menulis
nombor yang didapati dan melalui ini, guru boleh mengesan
samada murid sudah menguasai kemahiran menulis nombor

iv)

dengan cara yang betul ataupun tidak.


Selain itu, inovasi tersebut juga boleh digunakan semasa
mengajar operasi tambah. Pelbagai nombor yang terdapat di
atas papan MSO. Murid boleh membaling bola zap-on
sebanyak 2 kali. Murid akan menulis nombor yang didapati ke
atas kertas dan membuat pengiraan terhadap nombor
tersebut.

Butir-butir yang lain :


Tarikh inovasi dimulakan : 24 Julai 2014

Bilangan anggota : 3 (seorang guru pembimbing dan 2 orang guru pelatih)


Jumlah Kos : RM20.00 + -

Faedah-faedah dari inovasi yang telah / akan diperkenalkan :


i)

Inovasi tersebut turut dapat menarik perhatian dan minat murid


oleh sebab murid

dapat belajar melalui bermain contohnya

mengenal huruf melalui membaling bola zap-on ke huruf


ii)

tersebut.
Inovasi tersebut juga dapat meningkatkan prestasi kerja seperti
semasa membuat pentaksiran samada formal ataupun tidak
formal untuk mengesan tahap perkembangan murid-murid
dalam banyak aspek seperti Bahasa, matematik, warna dan

iii)

sebagainya.
Papan MSO dan bola zap-on dapat digunakan secara berulangulangan berserta dengan kad-kad yang dihasilkan demi melekat
ke atas papan MSO. Oleh itu, bahan dapat digunakan secara
kitar semula bagi murid yang berbeza. Bahan inovasi tersebut
juga dapat digunakan dalam subjek yang berbeza dan turut
menjimatkan kos dalam menghasilkan bahan bantu mengajar
yang berbeza bagi subjek yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai