Anda di halaman 1dari 2

Raksasa Nian

Pada zaman dahulu, terdapat seekor raksasa yang bernama Nian tinggal di
hutan pegunungan. Makhluk Nian ini sangat ditakuti, badannya lebih besar
daripada unta. Dia dapat berlari dengan sangat cepat dan suaranya juga
sangat lantang. Yang paling menonjol dari Nian adalah ukuran mulut yang
sangat lebar.

Nian tidur selama setahun dan akan bangun pada hari terakhir pada setiap
tahun. Pada masa itu, dNian akan muncul untuk mencari korban. Oleh itu,
penduduk kampung terpaksa bersembunyi di dalam gua.

Beberapa hari sebelum tahun baru, penduduk kampung akan bersiap lalu
memulakan perjalanan ke tempat persembunyian. Mereka akan bersembunyi
sekuran-kurangnya 14 hari dan apabila mereka pulang, mereka akan merasa
hiba apabila melihat kediaman yang rosak angkara raksasa Nian.

Sehinggalah satu tahun, seorang nenek tua mengambil keputusan untuk


tinggal di rumah demi menentang Nian. Tetapi tidak ada seorang pun yang
ingin bersamanya menentang Nian pada masa itu.

Pada masa yang sama, seorang pengemis tua masuk ke kampung. Dia
kerkata, “Saya lapar, tolong bagi saya makanan.” Semua orang tidak
mempedulikannya kerana sibuk menyiapkan diri untuk perjalanan ke tempat
persembunyian. Nenek tua itu berasa kesian terhadap pengemis tua itu. Dia
pun berkata, “Orang tua, sila masuk. Biarkan saya masak untuk anda.”

Selepas habis makan, pengemis tua pun berkata ”Nenek tua, demi membalas
budimu, biarlah saya tolong kamu untuk menentang Nian. Sila sediakan
sehelai kain merah dan dua keping kertas merah.”
Walaupun nenek tua itu berasa pelik tetapi dia tetap menyediakan bahan-
bahan yang dikehendaki.
Pengemis tua memakai kain merah yang disediakan dan melekatkan kertas
merah itu pada pintu rumah nenek.

Pada tengah malam, Nian pun muncul dalam kampung itu. Apabila Nian
ternampak kain merah di badan pengemis tua dan kertas merah pada pintu,
matanya berasa sangat sakit. Tubuh Nian bergetar dan menjerit dengan
suara yang keras sekali. Nian berasa sangat marah dan berlari menuju ke
pengemis tua tersebut. Saat hampir mendekatinya, pengemis tua pun
menyalakan mercun yang amat kuat di hadapan rumah. Nian terkejut lalu
menutup telinga apabila terdengar suara meriam itu dan melarikan diri.

Selepas Nian melarikan diri, pengemis tua itu pun hilang. Rupa-rupanya, dia
merupakan dewa yang dihantar untuk menentang Nian. Pada hari
seterusnya, nenek tua menceritakan perkara itu kepada penduduk kampung.

Sejak itu, tiada lagi penduduk kampung yang bersembunyi sewaktu Tahun
Baru Cina. Mereka akan memakai baju merah dan melekatkan kertas merah
pada pintu rumah serta menyalakan mercun saat tiba Tahun Baru Cina sehari
untuk menakutkan Raksasa Nian.

Anda mungkin juga menyukai