Anda di halaman 1dari 5

Tutorial 11

Bincangkan mengapa keputusan ujian


menjadi isu dalam kalangan masyarakat

Tan Ke Sin
Wong Yieng Sing
Yeo Deng Fei
Keputusan ujian digunakan sebagai panduan dan peringatan dalam
pemilihan kerjaya individu.

• Sesetengah individu berpendapat bahawa keputusan inventori adalah


penentu kepada pemilihan kerjayanya.

• Sebenarnya, keputusan inventori hanya dijadikan sebagai petunjuk dan


membolehkan individu memahami keinginan, minat, kebolehan, dan
personaliti diri untuk membuat pemilihan dengan lebih baik.

• Aspek penilaian inventori kurang menyeluruh dan tidak semestinya tepat


menggambarkan minat kerjaya seseorang. Maka, akan timbul masalah
apabila individu mempunyai persepsi yang tidak tepat mengenai
keputusan ujian inventori.
Keputusan ujian dipengaruhi oleh isu silang budaya

• Ujian inventori berasal daripada masyarakat Barat dan kebanyakan


kandungannya mempunyai unsur-unsur budaya masyarakat Barat.

• Sesetengah kandungannya tidak dapat memberi gambaran kepada


personaliti atau minat individu memandangkan kandungannya kurang
menepati budaya Timur. Sebagai contoh, sesetengah pekerjaan yang
disenaraikan dalam ujian SDS adalah tidak umum dan dikenali dalam
masyarakat Timur.

• Oleh hal demikian, ia menimbulkan isu dalam kalangan masyarakat kerana


perbezaan unsur kebudayaan antara Barat dan Timur.
Pentafsiran keputusan inventori tidak dijalankan oleh kaunselor

• Kaunselor perlulah menyedari kelayakannya dalam mentadbir ujian


inventori memandangkan sesetengah ujian inventori hanya boleh ditadbir
oleh kaunselor yang mempunyai kelayakan ijazah dan PhD.

• Sesetengah keputusan inventori yang dilaksanakan tidak dijelaskan oleh


kaunselor menyebabkan klien membina persepsi sendiri dan
menyalahsangka fungsi penggunaan inventori tersebut.

• Pentafsiran tidak dilakukan dan mengambil tindakan lanjut seperti


melaksanakan kaunseling dan bimbingan kerjaya akan menimbulkan
pelbagai masalah dan kekeliruan klien.
Pentadbiran inventori oleh kaunselor yang tidak mempunyai kelayakan
profesional.

• Individu yang tidak mempunyai kelayakan profesional dalam mentadbir,


menganalisis dan mengintepretasi inventori dianggap salah dari segi etika.

• Kesalahan mengintepretasi data inventori berkemungkinan membawa


kemudaratan kepada responden inventori tersebut.

• Pembahagian kategori inventori mengikut kelayakan sarjana muda, sarjana


dan kedoktoran.

Anda mungkin juga menyukai