Anda di halaman 1dari 8

Ujian Personaliti

Tutorial 8 :
Membincangkan etika interprestasi dan membuat
rumusan.
Etika dalam Penggunaan Ujian Psikologi
• Etika PERKAMA
BAHAGIAN H : Pengukuran dan Penilaian

1. memberi penerangan yang lengkap tentang ujian supaya keputusan ujian


itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.
2. berhati-hati dalam menggunakan ujian. Ujian yang berlainan memerlukan
tahap kelayakan yang berlainan untuk mengendali dan menginterprestasi.
3. Tujuan dan kegunaan keputusan perlu diberitahu kepada klien sebelum
ujian diberi kecuali pengecualian hak yang eksplisit yang dipersetujui
terlebih dahulu.
Etika PERKAMA
4. Ujian-ujian mestilah dijalankan dalam keadaan-keadaan
yang sama dengan norma. Apabila dijalankan dalam
keadaan yang tidak lazim atau berlaku sesuatu semasa
pengendalian ujian, perkara itu mestilah dicatatkan.
Keputusan ujian hendaklah diisytiharkan sebagai tidak sah
atau meragukan.

5. Ahli-ahli mestilah berhati-hati apabila menginterprestasi


sesuatu keputusan daripada bahan atau alat ujian yang
tidak lengkap. Tujuan utama penggunaan alat ujian itu
mestilah dinyatakan dengan jelas kepada klien.
Etika PERKAMA
6. Ahli-ahli mestilah berhati-hati apabila membuat penilaian dan
menginterprestasi prestasi calon yang tidak termasuk dalam kumpulan
norma di mana alat ujian itu distandardisasikan. Ahli-ahli yang
menggunakan ujian dari luar negara mestilah berhati-hati semasa
mengguna dan menginterprestasi keputusan ujian dengan mengambil
kira budaya golongan norma yang telah digunakan oleh pencipta ujian
dalam proses piawaian.

7. Ahli-ahli mestilah berhati-hati supaya tidak mencedok, mengubah


suai dan menggunakan ujian-ujian yang diterbitkan tanpa menyatakan
penghargaan atau mendapat kebenaran daripada penerbit.
Etika ACA - American Counseling Assiociation

• BAHAGIAN E - Penilaian, Penaksiran dan Interprestasi


E.2. Kelayakan untuk Mengguna Menginterprestasi Ujian

a. Had-had kelayakan. Kaunselor mengetahui had


kelayakan mereka dan hanya menjalankan ujian atau
perkhidmatan penilaian yang emreka telah mendapat
latihan. Mereka biasa dengan kebolehpercayaan, kesahan,
piawaian yang berkaitan, ralat pengukuran dan aplikasi
yang betul tentang sesuatu teknik yang digunakan.
Etika ACA - American Counseling Assiociation

E.2. Kelayakan untuk Mengguna Menginterprestasi Ujian

b. Kesesuaian penggunaan. Kaunselor bertanggungjawab


menentukan aplikasi yang bersesuaian, pemarkatan,
interprestasi dan penggunaan alat-alat penilaian sama ada
mereka memberi markah atau menginterprestasi sendiri
ujian tersebut atau menggunakan komputer atau
perkhidmatan lain.
Etika ACA - American Counseling Assiociation

E.2. Kelayakan untuk Mengguna Menginterprestasi Ujian

c. Membuat keputusan berasaskan keputusan ujian.


Kaunselor yang bertanggungjawab dalam membuat
keputusan yang melibatkan individu atau polisi berasaskan
keputusan penilaian hendaklah memiliki kefahaman yang
menyeluruh tentang pengukuran pendidikan dan
psikologikal termasuklah kriteria kesahan, penyelidikan
tentang ujian dan garis panduan untuk pembinaan dan
kegunaan ujian.
Etika ACA - American Counseling Assiociation

E.2. Kelayakan untuk Mengguna Menginterprestasi Ujian

d. Maklumat yang tepat. Kaunselor memberi maklumat


yang tepat dan mengelak tuntutan palsu atau salah anggap
apabila membuat kenyataan tentang alat-alat atau teknik
penilaian. Usaha khusus mestilah dibuat untuk mengelak
memberi erti selain makna yang biasa seperti istilah darjah
kecerdasan (IQ) dan skor gred taraan.

Anda mungkin juga menyukai