Anda di halaman 1dari 21

TERAPI DALAM KEMAHIRAN LISAN

PEMULIHAN A: LIM YI MING NURUL ATIQAH BINTI MUSTAFA AHMAD MUJAHID

Kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

Kemahiran Lisan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut: Sebutan, Tekanan, Mora ( panjang pendek), Jeda ( persendian), Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan dan Laras Bahasa

Aspek-aspek Pertuturan

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

DEFINISI TERAPI

Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahirankemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.

Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.

KEPERLUAN TERAPI

Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran

Terapi fisio dan terapi cara kerja. Terapi seni. Terapi berkuda. Terapi pasir. Terapi muzik dan nyayian. Pergerakan kreatif dan drama. Terapi Hidro (Air) Terapi alternatif Terapi pertuturan

JENIS-JENIS TERAPI

TERAPI YANG SESUAI UNTUK DIINTEGRASIKAN DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

Terapi Muzik dan Nyanyian Terapi Drama

Terapi Pertuturan

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Muzik memberi interaksi antara sesama individu. Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal. Muzik mempunyai nilai estetika dan pengalaman kreatif. Muzik merupakan sumber Kepada keseronokan. Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan neurogikal.

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

NYANYIAN LAGU KANAKKANAK

Misalnya, murid-murid diperdengarkan lagu Pencemaran Alam Sekitar. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Kemudian, mereka diminta berbincang dengan rakanrakan tentang nilai murni dan isi kandungan penting yang terkandung dalam seni kata lagu tersebut.

CONTOH

Drama ialah sebuah cerita atau paparan yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan ke atas watak-watak tertentu. Drama melibatkan lakonan berskrip, pergerakan tubuh badan dan ekspresi mimik muka.

TERAPI DRAMA

Murid-murid dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu situasi. Murid-murid dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan dan berlakon situasi tersebut secara kreatif. Bahan-bahan dan alat tambahan seperti boneka boleh digunakan untuk membantu dalam lakonan.

CONTOH

BONEKA

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.

TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.

Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

CONTOH

SEKIAN, TERIMA KASIH!!

Anda mungkin juga menyukai