Anda di halaman 1dari 2

PJM 3108 Pendidikan Luar 2012

LAPORAN SETIAUSAHA

SEBELUM Pada semester ketiga ini, kami telah diwajibkan menjalankan program Pendidikan Luar. Sebelum Pendidikan Luar ini dijalankan, satu mesyuarat pertama telah diadakan dimana perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk dilakukan. Mesyuarat pertama tersebut dilakukan pada 28 Julai 2012 yang lalu di mana semua ahli kelas PJK 1 dan PJK 2 telah bergabung. Sebelum program itu dilaksanakan, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, membuat kertas kerja, surat menyurat, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Perancangan kertas kerja yang pertama ialah diadakan di Pusat Kokurikulum Labuan. Walaubagaimanapun, setelah perbincangan dibuat dengan Pengarah IPG Kampus Gaya, Ketua Jabatan PJ telah bersetuju untuk memilih Pantai Dantai, Kota Belud untuk dijadikan tempat program Pendidikan Luar ini dilaksanakan. Beberapa orang Pensyarah serta peserta Pendidikan Luar telah membuat tinjauan kawasan tersebut untuk memastikan kawasan tersebut adalah sesuai ataupun sebaliknya. Sebagai setiausaha Pendidikan Luar, adalah menjadi tanggungjawab untuk mengeluarkan surat kepada pihak-pihak yang tertentu seperti peminjaman kayak di IPG Kampus Kent, Pengurus Seven Day Adventist, Hospital, Pertahanan Awam dan pihak Polis. Semua surat tersebut telah dihantar ke pihak yang berkaitan 2 minggu sebelum program ini diadakan. Mesyuarat Pendidikan Luar ini telah dijalankan sebanyak empat kali untuk membuat persediaan yang terbaik. Pelbagai maklumat yang berguna dapat dibincangkan sepanjang mesyuarat dijalankan. Oleh itu, segala yang dibincangkan dalam mesyuarat akan dimasukkan ke dalam fail. Setiap AJK diminta untuk membuat laporan sebelum Pendidikan Luar untuk dimasukkan ke dalam fail. Bukan itu sahaja, setiausaha juga berperanan memberi informasi terkini kepada semua peserta Pendidikan Luar melalui email agar mereka tidak ketinggalan sebarang maklumat.

Setiausaha/PPG/PJK/Sem3

PJM 3108 Pendidikan Luar 2012


SEMASA Semasa program Pendidikan Luar berlangsung, pengurusan yang lain juga telah dilaksanakan. Antaranya adalah menolong AJK-AJK lain dalam sebarang pengurusan yang berkaitan. Selain itu, saya juga dikehendaki membuat teks ucapan untuk Pengarah berucap semasa Majlis Malam Kebudayaan. Sebelum hari terakhir Pendidikan Luar, perjumpaan AJK tertinggi juga diadakan untuk membincangkan beberapa perkara sebelum balik ke IPG Kampus Gaya.

SELEPAS Setelah tamat Pendidikan Luar, kami telah mengadakan satu refleksi menyeluruh. Walaubagaimanapun, Pengerusi Pendidikan Luar telah mewakili untuk kami semua membuat refleksi. Selain itu, semua AJK dan peserta juga dikehendaki membuat laporan dan refleksi individu untuk dimasukkan ke dalam fail. Selepas menerima laporan dari setiap AJK dan juga refleksi daripada setiap pelajar, laporanlaporan dan refleksi-refleksi tersebut disusun dan dimasukkan ke dalam fail. Akhir sekali, fail untuk Program Pendidikan Luar 2012 telah disediakan untuk dihantar kepada pensyarah. Sekian dan terima kasih.

Disediakan oleh;

(SAIZANAH BINTI SININ) Setiausaha Pendidikan Luar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu
Setiausaha/PPG/PJK/Sem3 2

Anda mungkin juga menyukai