Anda di halaman 1dari 2

Assalamualikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Coach Azaha dan

rakan-rakan sekalian. Sebelum saya memulakan penulisan refleksi diri ini, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Coach Azaha dan rakan-rakan kerana sudi untuk
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh pembelajaran bagi subjek MPU
3492 Pencak Silat ini.
Pada awal bermulanya semester ini, pelajar di minta untuk menyertai subjek
subteras sebagai salah satu subjek yang wajib untuk di ambil. Saya telah memilih
untuk menyertai subjek MPU 3492 Pencak Silat ini atas dasar tertarik untuk
mempelajari kemahiran untuk mempertahankan diri sekaligus meningkatkan lagi
pengetahuan saya. Subjek ini telah membantu serta memberikan saya banyak
pengalaman dan pengetahuan sepanjang tempoh pembelajarannya. Subjek ini
merupakan antara subjek yang memerlukan proses pembelajaran secara bersemuka.
Pada awal perjumpaan bagi subjek ini kami tidak dapat melakukan proses
pembelajaran secara bersemuka akibat daripada kekangan isu pandemik yang belum
redah. Pada sesi awal pembelajaran tersebut kami melakukan satu aktiviti suai kenal
bersama Coach Azaha secara atas talian melalui platform WEBEX. Aktiviti ini
membantu saya untuk mengetahui dan mengenali serba sedikit tentang Coach Azaha
dan rakan-rakan. Hal ini kerana, bagi memastikan setiap projek atau acara yang di
lakukan berjalan dengan lancar memerlukan setiap orang untuk saling bertukar
fikiran. Oleh itu, bagi memastikan komunikasi yang berlaku menjadi lebih mudah
setiap pelajar harus mengenali antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga sesi
penubuhan jawatankuasa untuk mengenalpasti dan mengetahui tugas masing-
masing.Hal ini bertujuan bagi melahirkan sikap tanggungjawab dan kepimpinan
dalam diri setiap pelajar.
Seterusnya, sepanjang tempoh tersebut juga terdapat beberapa aktiviti lain
yang kami jalankan setiap minggu. Sebagai contoh, kami mempelajari teknik asas
memanaskan badan dan teknik asas pencak silat yang di sampaikan dan di ajarkan
oleh Coach Azaha, Antara teknik asas pencak silat yang kami pelajari ialah teknik
asas tumbukan, teknik asas tendangan dan teknik asas jatuhan. Kami juga turut
mempelajari tentang silat tanding di mana Coach Azaha menerangkan tentang
pemarkahan dan peraturan yang terdapat pada sukan pencak silat. Selain itu, terdapat
juga sesi latihan yang di jalankan setiap minggu bagi meningkatkan kemahiran dan
daya ingatan pelajar terhadap semua teknik yang di pelajari sepanjang tempoh
pembelajaran. Sesi latihan ini juga turut di jalnkan bagi menyediakan diri pelajar
untuk melakukan persembahan semasa Festival Ko-Q.
Pada pertengahan tempoh pembelajaran juga kami turut menjalankan projek
khas bagi membantu komuniti bersama dengan Coach Azaha di Surau Al Baqiatus
Solehat yang terletak di Perkampungan Bomba Matang. Program ini bertujuan untuk
membantu komuniti di sekitar kawasan tersebut dengan mengadakan aktiviti-aktiviti
yang dapatkan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Unimas dengan
komuniti tersebut sekaligus menjalankan aktiviti gotong royong untuk membersihkan
surau. Perkara ini dapat melahirkan sifat bekerjasama dalam kalangan pelajar serta
merapatkan hubungan pelajar dengan masyarakat. Dalam program ini juga kami dapat
mempelajari banyak kemahiran yang boleh di praktikkan dalam kehidupan seharian
seperti cara memadamkan api dengan betul.
Pada minggu yang ke-13 selepas permulaan semester ini merupakan hari
Festival Kokurikulum tersebut diadakan. Subjek kami iaitu MPU3492 Sukan Pencak
Silat turut terlibat dalam festival itu. Kami menyediakan booth bagi memperkenalkan
Sukan Pencak Silat kepada warga Unimas sekaligus mengajak mereka untuk turut
menyertai kami.Selain itu, kami juga turut melakukan persembahan pencak silat untuk
dipertontonkan kepada warga Unimas. Melalui persembahan tersebut dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri kami untuk tampil membuat persembahan di
hadapan khalayak ramai.
Oleh itu, sekali lagi saya ucapakan ribuan terima kasih kepada Coach Azaha
dan rakan-rakan yang membimbing serta membantu saya untuk mempelajari dan
mengetahui serba sedikit tentang silat. Saya juga turut menimba ilmu dan pengalaman
sepanjang tempoh pembelajaran tersebut bermula daripada proses suai kenal
sehinggalah pada acara Festival Ko-Q.

Anda mungkin juga menyukai