Anda di halaman 1dari 5

TEKS JURUACARA MAJLIS MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN ANCHI

2021

CUE PENGUMUMAN CATATAN


Kata alu- Melayang serindit di atas permatang,
aluan Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Yang Berusaha,
Puan Kitikedizah Binti Hambali
Wakil Jemaah Nazir,

Yang Berusaha,
Encik Sapri Bin Paee,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Anchi Miri

Yang Dihormati,
Ustaz Mohamad Azamudin Bin Zainal
Penceramah Jemputan,

Yang Dihormati,
Encik Ajemi Bin Ismail
Wakil PIBG SK Anchi Miri,

Para penolong kanan,

Barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Anchi,


dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. ***


Selamat datang diucapkan kepada semua yang hadir
bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Anchi
Tahun 2021 bersamaan dengan 1443 Hijrah.
Ucapan Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya kita berhimpun
Pengerusi bagi tujuan sambutan Maulidur Rasul peringkat SK
Majlis Anchi bagi tahun 2021.
Majlis ini untuk dilaksanakan dengan kerjasama antara
Panitia Pendidikan Agama Islam, Panitia Bahasa Arab,
Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PIBG SK Anchi
bagi mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad
s.a.w. Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang
tinggi keperibadian dan tiada tolok tandingnya. Maka
baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah.
Tema pada tahun ini adalah “Manhaj Rabbani Ummah
Berkualiti”
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan
keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.
Bacaan Bunga mawar cantik tersemat,
Yassin & Dipetik gadis di tepi titi,
Tahlil Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz
Muhammad Rafiuddin Bin Wahid untuk memimpin
bacaan Yassin beserta bacaan Tahlil pada malam ini.
Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-


Fadhil Ustaz Muhammad Rafiuddin atas pimpinan
bacaan Yassin dan bacaan Tahlil itu tadi.
Ceramah Sidang hadirin sekalian, di dalam sebuah hadis, riwayat
Imam Termizi, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Yang bermaksud: “Barangsiapa yang keluar untuk


menuntut ilmu, sama seperti orang yang berjuang di
jalan Allah sehingga mereka kembali semula ke rumah
mereka”.

Oleh itu, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada


malam ini, pihak sekolah telah menjemput seorang
tetamu yang amat dikenali untuk memberikan ceramah
Maulidur Rasul.

Sebelum saya menjemput dengan rasminya penceramah


jemputan khas kita pada malam ini, moleklah sekiranya
saya membacakan secara ringkas biodata beliau terlebih
dahulu.
Nama diberi Mohamad Azamudin Bin Zainal namun
lebih dikenali sebagai Da’i Azam Al-Kankari.

Beliau adalah seorang pendakwah yang berkelulusan


tertinggi dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di
Open Universiti Malaysia Cawangan Melaka.

Beliau juga mempunyai pengalaman menhajar di


sekolah rendah SJKC Yu Jern, Sekolah Agama Tun Syed
Nasir dan juga SMK Jalan Junid.

Merupakan Naib Johan Rancangan Realiti TV Islamik


Da’I Pendakwah Milenia TV3 pada tahun 2013 serta
telah mengacarakan pelbagai rancangan Islamik.

Pernah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Ketua


Eksekutif Majlis Agama Islam Johor pada 2013, Ikon
Belia Daerah Ledang, Johor pada 2014 dan Pemegang
Tauliah Ceramah Agama Negeri Johor.

Bukan calang-calang individu yang dijemput oleh pihak


sekolah pada malam ini untuk menyampaikan kepada
semua hadirin ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk

Menelusuri Sunnah Rasulullah SAW dalam Kehidupan

Sidang hadirin sekelian.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, sekarang, majlis


menjemput Ustaz Azam Al-Kankari untuk
menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

…………………………

Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Azam Al-Kankari


di atas panduan, nasihat serta teguran itu tadi.
(Ambil satu dua isi penting dan tekankan/ulas)

Sekali lagi saya bagi pihak majlis sekali lagi


mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas
ceramah Maulidur Rasul itu tadi.
Ucapan Dan Sudilah tuan tampil ke depan,
Perasmian Tampil ke depan menyambut salam;
Guru Besar Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Encik Sapri Bin


Paee Guru Besar SK Anchi untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya diteruskan dengan ucapan daripada
Wakil PIBG SK Anchi, Encik Ajemi Bin Ismail dan
seterusnya melengkapkan Sambutan Maulidur Rasul
bagi tahun ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berusaha Encik Sapri Bin Paee Guru
Besar SK Anchi atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput Encik Ajemi Bin Ismail untuk


menyampaikan ucapan bagi pihak PIBG SK Anchi yang
merupakan antara penyelaras bagi Sambutan Maulidur
Rasul kita pada malam ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian, dengan tamatnya ucapan


dari wakil PIBG SK Anchi sebentar tadi, maka dengan ini
majlis kita pada malam ini sudah sampai ke
penghujungnya.
PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa


syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sebelum mengundur diri sambutlah salam manis untuk


semua dan disudahi dengan lafaz suci. Wabillah hitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai