Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis

Kajian ini membincangkan mengenai hubungkait antara kesihatan mental seseorang pelajar dengan
prestasi akademik. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah melaksanakan soal selidik bersama
pelajar universiti. Namun begitu, pengkaji telah membuat penambahbaikan dalam aspek kawalan
data apabila pengkaji mendapati bahawa kajian lepas turut melaksanakan soal selidik yang sama
namun tidak mengawal data dari aspek demografik responden yang sedikit sebanyak mempengaruhi
data yang akan diperolehi. Setelah menganalis data yang dikumpul, pengkaji mendapati bahawa
sememangnya kesihatan mental mempengaruhi prestasi mereka. Hal ini jelas apabila analisis data
menunjukkan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan mental mempunyai prestasi akademik
yang agak rendah berbanding pelajar yang mempunyai kesihatan mental yang baik. Oleh itu, boleh
kita katakana bahawa kesihatan mental seseorang individu mempengaruhi produktiviti mereka.

Pengajaran

Kajian ini mengajar kita mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental. Kesihatan mental selalu
tidak diambil berat dalam kehidupan seharian. Terlalu ramai individu yang memperlekehkan
seseorang apabila mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental
seperti kemurungan dan keresahan. Perkara ini dianggap remeh namun pada hakikatnya kesihatan
mental mempengaruhi pembentukan seseorang individu. Oleh itu, kita harus mengambil berat dan
bersikap terbuka apabila mengendali apa-apa perkara berkaitan dengan kesihatan mental.

Aplikasi

Pengetahuan mengenai hubungkait kesihatan mental dengan prestasi dan produktiviti seseorang
individu boleh diguna pakai dalam organisasi pendidikan dengan mengenalpasti murid yang
menunjukkan tanda-tanda awal masalah kesihatan mental dan membuat pemerhatian terhadap
prestasi akademiknya. Dengan ini, guru-guru dapat sedikit sebanyak membantu lebih awal murid
tersebut dalam mengendalikan masalah kesihatan mentalnya. Daripada itu, guru-guru dapat
berbincang bersama para ibu bapa untuk mengambil serius mengenai kesihatan mental murid-murid
supaya dapat membentuk insan yang berjaya dari pelbagai aspek. Di samping itu, warga pendidik
dapat mengguna pakai kajian ini sebagai rujukan untuk mengenalpasti rakan-rakan pendidik yang
turut mempunyai tanda-tanda masalah kesihatan mental supaya dapat membantu mereka
mendapatkan bantuan profesional yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai