Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN JONGOK BATU

23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA

SAMBUTAN MAAL
HIJRAH 1444H
ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB DAN


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SKJB

TARIKH:

4 OGOS 2022

TEMPAT :

MASJID JAMEK KAMPUNG JONGOK BATU

TEMA:

KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN

1.0 PENDAHULUAN
Maal Hijrah dari sudut Bahasa ialah sama-sama berpindah manakala dari segi istilah pula
ialah berpindah dari perkara yang negative kepada yang positif dan dari perkara positif kepada
perkara yang afdhal. Justeru itu penghayatan cara hidup Islam yang sebenar perlu ditanam di
dalam jiwa setiap warga SK.Jongok Batu bagi menghasilkan kehidupan yang lebih bahagia di
dunia dan akhirat.
Justeru itu, adalah amat penting majlis ini diadakan di peringkat sekolah bagi
mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa pentingnya hijrah pada umat Islam.
Tema Maal Hijrah pada tahun 2022 adalah “ Keluarga Malaysia Pemangkin
Kemakmuran”

2.0 RASIONAL
Dalam Kurikulum Pendidikan Islam terdapat tajuk Hijratur Rasul. Pelajaran ini diajar
untuk menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah
ke Madinah. Tajuk ini juga boleh menjadi motivasi kepada pelajar dalam menuntut ilmu dan
perubahan akhlak dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T dan dijadikan iktibar dalam
kehidupan seharian sebagai ummat Islam.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pelajar memahami maksud hijrah yang sebenar


3.2 Mengetahui plot penghijrahan Rasulullah dan para sahabat
3.3 Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Nama Program : Sambutan Maal Hijrah 1444h/2022m


Peringkat sekolah
Tarikh : 04 Ogos 2022
Tempat : Masjid Jamek Kampung Jongok Batu

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid, guru, staf dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Jongok
Batu.

6.0. AKTIVITI

 Ceramah Maal Hijrah


 Perarakan Maal Hijrah
 Edaran Risalah Maal Hijrah
 Pertandingan Kain Rentang Maal Hijrah
(tahap 1 dan tahap 2)

7.0 ATUCARA PROGRAM


9.00 – 10.00 Pagi : Perarakan bersama sepanduk Maal Hijrah
10.10 – 10.20 Pagi : Ucapan Guru Besar
10.20 – 10.30 Pagi : Ucapan YDP PIBG
10.30 – 12.00 t/hari : Ceramah Maal Hijrah 1444h
12.00 – 12.50 t/hari : Penyampaian Hadiah kain Rentang Maal Hijrah
12.50 – 1.00 t/hari : Bersurai

8.0 TARIKH & TEMPAT

 CERAMAH MAAL HIJRAH

Tarikh : 04 Ogos 2022


Hari : Khamis
Masa : 10.30 Pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat : Masjid Jamek Kampung Jongok Batu

 PERARAKAN MAAL HIJRAH

Tarikh : 04 Ogos 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tempat : Hadapan Pintu Sekolah

 PERTANDINGAN KAIN RENTANG MAAL HIRAH (tahap 1 dan 2)

Tarikh : 01 Ogos 2022


Hari : Isnin
Masa : 8.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Darjah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H/2022

BIL PERKARA KOS

1. ALATAN/ BAHAN-BAHAN :
~ Kain Rentang
1 meter = RM 5.00 RM 55.00
11 meter x 7 kelas
~ Roti RM 107.80
1.40 x 77 Orang
~ Air Mineral RM37.98
2 carton x 18.99
RM15.00
~ Kertas A4

2. HADIAH :

 Pertandingan kain rentang


(tahap 1 & 2)
~ Pertama :RM 30
~ Kedua :RM 25 RM 150.00
~ Ketiga :RM 25
~ Saguhati :RM 15
~ Pra Sekolah :RM 25

JUMLAH KESELURUHAN RM 428.78

9.1 SUMBER PERBELANJAAN

Perbelanjaan berdasarkan baki terkini sumbangan Panitia Pendidikan Islam RM795.00

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H/2022M

Penasihat

EN. MOHD SOBRI BIN YUSOF - GURU BESAR

Pengerusi

EN. MUHAMMAD EHSAN B. EMBONG - PEN KANAN 1


Pengerusi 1

EN. MOHAMAD FAIRUDIN B. ZAKARIA – PEN KANAN HEM

Pengerusi 2

EN. MUHAMMAD NAIMUDDIN B. MAHADI – PK KO

Ketua Panitia/ Setiausaha

PN. NOORHANA BT TUKIRAN

Bendahari

EN. FARID HELMI BIN MOHAMAD NOOR

Ajk
EN. HISYAM BIN ZAMELI
EN. ZAARI BIN MOHAMAD
PN. PAEZAH BT ABD HALIM
PN. ELSA HANA BT MUHAMMAD
PN. RINER BT MASLIE

10.0 PENUTUP

Semoga usaha murni mengingati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W dalam peristiwa
hijrah mendapat sokongan dari semua pihak. Mudah-mudahan juga seluruh umat Islam
berusaha untuk berubah dari tabiat mazmumah kepada akhlak mahmudah, khususnya kepada
warga SKJB. Seterusnya marilah kita sama-sama beristiqamah dan beriltizam untuk menjadi
ummat Nabi Muhammad S.A.W yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Disediakan/ disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………...... ...................................................

( NOORHANA BINTI TUKIRAN ) ( EN. MOHD SOBRI BIN YUSOF)


Setiausaha/ Ketua, Guru Besar, SK Jongok Batu
Panitia Pendidikan Islam
& Bahasa Arab, SK Jongok Batu

Anda mungkin juga menyukai