Anda di halaman 1dari 6

CONTOH PENULISAN BIODATA UNTUK MAJLIS PERSARAAN~

Segak bergaya putera mahkota,


Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dilahirkan pada tanggal 8 Disember 1957 Kg seberang baroh, cabang


tiga, Kuala Terengganu

Merupakan anak kepada pasangan Wan Zainal bin Wan

Muda dan Wan Mariam bt Chik. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia
dengan 4 orang

adik-beradik dan Pn Wan Juariyah merupakan anak ketiga.

Mendapat pendidikan awalnya di SK Sungai Lembing,Kuantan iatu dari


tahun 1964 hingga 1969. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah
menengah di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan dari tahun 1970 hingga 1975.
Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan
Sultan Idris

selama tiga tahun iaitu dari 1977 hingga 1979. Bermula dari

sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata
orang, alah biasa tegal biasa dan genggam bara api biar sampai jadi abu,
begitulah

semangat yang dimiliki oleh Pn Wan Juariyah bt wan Zainal , Guru

Penolong Kanan Pentadbiran SKBK yang sangat kami dihormati .


Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di negeri Pahang
Darul Makmur. Bermula dari 1979 sehingga 1983, beliau mencurahkan ilmu di
sekolah tempat beliau mula mendapat ilmu iaitu SK Sungai Lembing, Kuantan.
Seterusnya pada tahun 1984 sehingga

1985, beliau

telah bertukar ke SK

Temenggong Abdul Rahman, Segamat JOhor. Akhirnya pada tahun 1986 beliau
pulang bertugas ke negeri kelahirannya, Terengganu. SK Pusat Chabang Tiga
Kuala Terengganu mengalu-alukan kedatangan beliau.

Apalah guna memasang pelita,


Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.

Ambil gendang di Kampung Kandis,


Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.

Puteri bongsu memetik melati,


Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.

Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud yang


tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, Kalau jodoh tak ke
mana...,akhirnya dua hati bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh
ahli keluarga tercinta. Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara
Pn. Wan Juariyah bt Wan Zainal dan pasangannya Encik Mohd Arif bin Abd Ghani
1988. Ketentuan Allah swt adalah yang terbaik buat sekalian hamba-Nya,
begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan penyatuan antara dua hati ini.
Encik Abdul Habib yang merupakan anak yatim akhirnya bertemu jodoh dengan
Puan Zaharah yang juga merupakan anak yatim piatu. Kesunyian dan kesepian
ketika bertugas di rantau orang akhirnya terubat apabila bertemu dengan pilihan
hati yang menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus berbakti
kepada anak bangsa demi negara bangsa yang tercinta.

Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,


Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,


Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.

Pn. Wan Juariyah bt Wan Zainal dan pasangannya Encik Mohd Arif bin Abd
Ghani telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata, iaitu 3
puteri

dan

putera.

Anak

sulung

pasangan

ini,

___________________________berusia __________ tahun, diikuti _______________ tahun,


ketiga

_______________________________________tahun,

___________________________________

tahun

dan

keempat
yang

bongsu

____________________________________tahun. Keempat-keempat anak pasangan ini


berjaya

dalam

bidang

masing-masing

________________________________________________________. Manakala anak bongsu


pasangan ini masih menuntut di SMA sheikh Abdul Malek.
Kusangkakan panas hingga ke petang.rupanya hujan di tengah hari.
Setelah melayari bahtera rumahtangga selama 17 tahun, suami tercinta
dijemput Yang Maha Esa

pada tahun

2005 kerana mengalami komplikasi

jantung. . Pada ketika itu anak sulong beliau masih bersekolah di tingkatan
empat dan yang bongsu baru berumur 10 tahun.

Bermula detik itu, Pn. Wan

Juariyahlah yang menggalas segala tugas dan keperluan keluarga. Beliaulah


ayah, beliaulah ibu. Walaupun berat namun demi anak-anak tercinta segala
kepayahan dan keperitan tidak terasa olehnya. Status ibu tunggal tidak pernah
melemahkan semangat beliau. Atas kegigihan dan ketabahan beliau, anak
___________

beliau

berjaya

melanjutkan

pelajaran

Antarabangsa dalam bidang ____________________

ke

Universiti

Islam

Bak kata bidalan Melayu, benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun
tetap memberikan hasil, begitulah juga dengan Pn. Wan Juariyah bt wan Zainal.
Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang telah
sebati dalam diri beliau serta semangat beliau yang sentiasa membara dan tidak
pernah mahu mengalah. Bermula 1991 sehinggalah 1992, beliau berkhidmat di
SK Tengku Bariah. Setelah 3 tahun menabur bakti di SK Tengku Bariah, beliau
berkhidmat di sekolah SK Manir kemudiannya bertukar ke SK Bukit Losong pada
tahun 2001 hingga 2002. Pada Oktober 2002 beliau mendapat kenaikkan
pangkat dan bertukar ke sk Putrajaya, Setiu sebagai Guru Pen.

Pentadbiran.

Kesukaran beliau berulang alik dari Kuala Terengganu ke Setiu menjadi alasan
bagi beliau untuk

memohon pertukaran dan beliau ditukarkan

ke SK Kesom

sebagai GPK HEM pada tahun 2003


Bertugas selama 3 tahun di SK Kesom, akhirnya pucuk dicita ulam
mendatang, beliau ditugaskan ke SK Durian Burung pada tahun 2006 sebagai
GPK HEM pada awalnya dan kemudiannya sebagai GPK Pen. Bertugas di sekolah
yang berhampiran dengan tempat kediaman menjadi satu rahmat bagi beliau.
Selama 10 tahun menabur bakti di SK Durian Burung sebagai guru penolong
kanan, beliau menunjukkan bakat kepimpinan yang sungguh menyerlah dan
beliau mempunyai wawasan pendidikan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.
Malah beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
semasa bertugas di SK Durian Burong.
Begitu prihatin terhadap anak-anak didiknya malah sentiasa
mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan mengalah
dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya,
sejajar dengan prinsip hidup beliau mengajar anak orang bersungguh-sungguh,
pastinya anak kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh juga. Seharusnya
kita semua meneladani sikap beliau ini. Perlu dinyatakan di sini, sifat
keprihatinan dan kepemimpinan Pn. Wan Juariyah begitu terserlah dan sukar
disanggah. Beliau sentiasa memberikan motivasi dan semangat kepada semua
murid, mengadakan kelas bimbingan atau prep malam bagi calon-calon UPSR,
melaksanakan program turun padang dengan membuat kunjungan mesra ke
rumah murid-murid yang akan menduduki UPSR serta murid-murid Tahun 5 yang
bakal menduduki UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan beliau terhadap anak
bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.

Akhirnya pada Jun 2015 beliau bertukar angin ke SK Banggol Katong sebagai GPK
pentadbiran

sebelum

mengakhiri

perkhidmatan

beliau

setelah

36

tahun

berkhidmat dengan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang.


Walaupun hanya 6 bulan mengenali beliau namun kami warga SKBK sangat
menghormati dan menyayangi PN. Wan Juariyah yang kami umpamakan sebagai
seorang ibu. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas
kesudian beliau berkongsi kasih dan pengalaman dengan kami walau hanya
sedetik sahaja. Jasa dan kasih sayang Puan akan kami kenang selagi hayat
dikandung badan. Jenguk-jenguklah kami disini sekiranya ada keluangan waktu.
Kami mengalu-alukan dengan tangan terbuka.
Demikianlah serba sedikit biodata Puan Wan Juariyah bt Wan Zainal,
GPK pen SKBK, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 1 Disember
ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah
swt sahaja yang dapat membalasnya.

Terang bulan di malam hari,


Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Indah gemerlap bintang bercahaya,


Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai