Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM IFTAR PERDANA PKS 2024

2 APRIL 2024 (SELASA)


MASA AKTIVITI CATATAN
5.00 petang (Ketibaan Jemputan)
5.20 petang (Tahlil dan bacaan Yassin)

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…
Bagi memulakan Program kita pada petang ini, marilah kita sama-sama ikuti
bacaan Yassin dan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Shahidan bin Shafie.

5.45 petang (Ketibaan VIP)

6.00 petang (Ucapan Pengarah)

Assalamualaikum wbt,

Yang berusaha Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah Politeknik


Kuching Sarawak

Yang Berusaha Teknologis Hajah Marlina Binti Abdul Manaf, Timbalan


Pengarah Akademik, Politeknik Kuching Sarawak

Yang Berusaha Encik Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah Sokongan


Akademik, Politeknik Kuching Sarawak
Yang Berusaha Encik Estree bin Ishak, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pembangunan Pelajar

Yang berusaha, Encik En. Muahmaad Alias Bin Omar Abd Aziz, Pengerusi
Pusat Islam

Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit, Para pensyarah, staff dan rakan-rakan


pelajar hadirin sekalian.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis seterusnya menjemput tuan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak,


Ensik Samsudin bin Mohd. Saleh untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para pelajar
terpilih.

6.10 petang (Penyampaian sumbangan kepada pelajar)

Terima kasih di atas ucapan itu tadi. Moga tersemat kukuh di sanubari kita
semua.
Seterusnya bagi menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kepada
para pelajar, kita sekali lagi mempersilakan tuan Pengarah Politeknik Kuching
Sarawak, Ensik Samsudin bin Mohd. Saleh, dengan diiringi oleh Teknologis
Hajah Marlina, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Nezuan bin Othman,
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Estree bin Ishak, Ketua Jabtan
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Encik Muahmaad Alias Bin Omar Abd
Aziz, Pengerusi Pusat Islam untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Bagi menerima sumbangan, dijemput…


(Sebut satu persatu nama penerima beserta jabatan : jangan sebut laju sangat, sebut satu
persatu dan beri masa setiap orang untuk ke depan menerima sumbangan barulah sebut
nama seterusnya)

Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengarah yang telah sudi


menyempurnakan penyampaian sumbangan sebentar tadi. Majlis mohon
berehat bagi memberi laluan kepada waktu solat Maghrib dan Iftar yang akan
masuk sebentar lagi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian dari saya, wabilahi taufik, walhidayah, assalamualaikum wbt.


6.48 petang Iftar Perdana
- Azan Maghrib
- Iftar (ringan)
- Solat Maghrib Berjemaah
- Makan berat

7.57 malam Azan & Solat Isya’ Berjemaah


8.30 malam Solat Terawih & Witir Berjemaah
10.00 malam Bersurai

Anda mungkin juga menyukai