Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

Bismillahirahmanirrahim..

Yang Berusaha

Tuan Haji Azmi Bin Haji Bujang

Pengarah Yayasan Sarawak

Yang Berusaha

Puan Hajjah Aminah Tan (Senior Manager) mewakili

Ketua Pegawai Eksekutif Centre Of Technical Excellence Sarawak CENTEXS

Yang dihormati,

Timbalan-timbalan Pengarah Yayasan Sarawak, Pegawai-pegawai Kanan Yayasan


Sarawak

Wargakerja Yayasan Sarawak, pengurusan dan tenaga pengajar CENTEXS serta


semua pelatih-pelatih Tajaan Teknikal Yayasan Sarawak yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Satu Yayasan.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan
Yayasan Sarawak mengalu-alukan kedatangan semua pelatih dan bekas pelatih
dibawah Tajaan Teknikal Yayasan Sarawak ke

MAJLIS Hari Bersama Pelanggan dan Perjumpaan bersama YBhG Tuan Pengarah

Yayasan Sarawak bersama pelatih dan bekas-bekas pelatih CENTEXS.

1
MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
Dengan ini, Majlis menjemput Al fadhil Ustaz Alif Afiq Bin Yusuf untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan..

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, MAJLIS TANPA MELENGAHKAN MASA,


SETERUSNYA DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN Ybhg Tuan Haji
Azmi Bin Haji Bujang Pengarah Yayasan Sarawak UNTUK MENYAMPAIKAN AMANAT
DAN UCAPAN ALU-ALUAN Beliau.

DIPERSILAKAN.

(Ucapan Tuan Pengarah)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI AZMI BIN HAJI BUJANG ATAS
AMANAT DAN HEBAHAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI YAYASAN SARAWAK
SEBENTAR TADI.

Majlis membuka SESI SOAL JAWAB untuk para-para pelatih dan bekas-bekas pelatih
Tajaan Teknikal Yayasan Sarawak untuk bertanya dan memberikan soalan kepada
Ybhg Tuan Pengarah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hadirin


sekalian yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis
pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada Division Pembangunan Organisasi dan Strategi


dengan kerjasama Seksyen Pembiayaan Pendidikan dalam menjayakan program pada
pagi ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemafaan kepada hadirin sekalian atas kekurangan
dan semestinya Segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan segala yang kurang atau
kelemahan adalah dari kami insan biasa, memohon dan memberi maaf. Sebelum
mengundur diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan lafaz

2
suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
dan salam sejahtera.

Diminta Ketua Penolong Pengarah Encik Mohamad Adzlie Bin Ibrahim selaku
pengerusi majlis ini untuk mengiringi Ybhg Tuan Pengarah dan tetamu jemputan
untuk ke Gazebo bagi menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian, assalam.

Anda mungkin juga menyukai