Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


KUALA KUMPUR

KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL

Tarikh
7 Mac 2010

Tempat
Gelanggang Futsal
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Anjuran
PISMP-IPG 5E
Dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
PERINGKAT IPG KBM, KUALA LUMPUR.
TAHUN 2010

1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mempertimbang dan
meluluskan cadangan bagi menjayakan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan
Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
2. LATAR BELAKANG
2.1

Pertandingan Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
akan dijalankan pada 7 Mac 2010 dan diadakan di gelanggang Futsal IPG
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

2.2 Pertandingan Futsal 2010 merupakan sebuah program bercorak pertandingan yang
menggunakan sukan futsal sebagai medium. Futsal adalah salah satu sukan
rekreasi yang sihat dan memerlukan kemahiran dan strategi yang kemas
semasa bermain. Di samping itu, ia dapat melatih pemain menjadi lebih berani
dan berjiwa tegar. Semangat berpasukan sangat penting dalam permainan futsal
ini bagi mengorak langkah kemenangan bersama. Oleh itu, pertandingan futsal
ini diharapkan dapat menerapkan nilai semangat berpasukan dalam setiap diri
peserta.

2.3 Program yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh PISMP 5E ini juga diadakan
bertujuan menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang
mencabar di samping menguji minda selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sendiri iaitu untuk melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik malah dari segi kokurikulum.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Pertandingan ini dijalankan untuk memenuhi jam kredit dalam proforma Pendidikan
Jasmani bagi pelajar PISMP IPG Semester 5.
3.2 Program ini dianjurkan bertujuan untuk:
3.3 Melahirkan bakal pendidik keluaran IPG Kampus Bahasa Melayu yang unggul
dengan melengkapkan mereka dengan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.
3.2.2 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa
Melayu melalui aktiviti rekreasi yang menyihatkan.
3.2.3 Mengetengahkan dan memperkenalkan sukan futsal dengan lebih dekat kepada
para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.
4. STRATEGI PERLAKSANAAN
4.1 TARIKH
7 Mac 2010 (Ahad)
4.2 MASA
8.00 pagi hingga 4.00 petang
4.3 TEMPAT
Gelanggang Futsal, IPG Kampus Bahasa Melayu

4.4 ANJURAN
PISMP-IPG 5E dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani da Kesihatan.
4.4 JAWATANKUASA PENGELOLA
Rujuk Lampiran I
4.5 SENARAI TUGAS
Rujuk Lampiran II
4.6 PERATURAN PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran III
4.7 PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTA
Program ini melibatkan 8 kumpulan yang akan bertandingan di mana setiap
kumpulan diwakili 7 orang pemain. Oleh itu, sasaran penyertaan adalah seramai
56 orang.
4.8 ATURCARA PROGRAM
Rujuk Lampiran IV
4.9 JADUAL PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran V
5. IMPLIKASI
5.1

Pertandingan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM516.50.


Rujuk Lampiran VI

6. SYOR
Ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus
Bahasa Melayu adalah dimohon mempertimbangkan dan meluluskan Kertas
Cadangan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Futsal Peringkat IPG
Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP IPG 5E.

Disediakan oleh,

(KHAIRUNNISA MOHD HANIFAH)


Setiausaha,
Pengurusan dan Pengelolaan
Pertandingan Futsal 2010
Anjuran PISMP 5E
IPG Kampus Bahasa Melayu

LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
PERTANDINGAN FUTSAL 2010 ANJURAN PISMP 5E
Pengerusi

Mohamad Firdaus bin Bakri

Setiausaha

Khairunnisa binti Mohd Hanifah

Bendahari

Anas bin Abdul Aziz

Mohamad Syukri bin Zainuddin (Ketua)

Ahli Jawatankuasa :
Peralatan

Abdul Hadi bin Muhamad Azmi


Nur Amalina binti Hamzah
Noor Syamilah binti Md Maliki
Pertandingan

Mohd Ashraf Ikhwan bin Rosli (Ketua)


Azrizal bin Zaini
Zainab binti Zahari
Najwa binti Mohd Rozmi

Seranta dan Siaraya:

Mohd Idham bin Ibrahim (Ketua)


Izhar Raihan bin Mohd Yazid
Mohd Hafiz bin Zakaria

Hadiah dan Tajaan :

Siti Salwa binti Ismail (Ketua)


Norfarehan binti Fadzin

Laporan dan
Dokumentasi

Afifah binti Mohd Rosli (Ketua)


Mohamad Syukri bin Ishak
Norkairil Fadzillah binti Ibrahim

Tugas-tugas Khas :

Youhan bin Yon (Ketua)


Nurhaslina binti Hasnan

Keselamatan

Azmil Fazrul bin Ahmad Puad (Ketua)


Siti Maslizawati binti Zakaria
Muhamad Naim bin Roslee

Makanan

Julia binti Ehmawai (Ketua)


Norlinda binti Ramli

LAMPIRAN 2
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN FUTSAL
ANJURAN PISMP 5E
JAWATANKUASA
PENGERUSI

BIDANG TUGAS
Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa
Induk

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua


mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.

Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan


kejohannan berjalan dengan lancer.

SETIAUSAHA

Memastikan semua AJK telah melapor untuk bertugas

Membuat keputusan dan menentukan perjalanan program


Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran

Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua failfail sebagai rujukan

Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat


dalam perlaksanaan program

Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat

Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang


berkenaan

Menyedia dan mengedarakan catatan minit mesyuarat dan


surat pekeliling kepada yang berkenaan

Bersama pengerusi menentukan tempat, masa tarkh dan


agenda mesyuarat

BENDAHARI

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program

Menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat


Mencadang yuran ahli dan memungutnya

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap


jawatankuasa

PERALATAN

Merekod semua wang keluar dan masuk

Mengumpulkan semua resit-resit pembelian

Menyediakan akaun yang lengkap

Mengeluarkan wang pendahuluan

Membuat bayaran terhadap tanggungan / perbelanjaan

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap

mengenai perbelanjaan yang digunakan


Memohon / menerima / mengumpul segala peralatan dari
semua AJK

Membuat pinjaman peralatan dari stor sukan

Menyediakan senarai semak peralatan

Mempastikan barang pinjaman selamat samada sebelum,


semasa dan selepas aktiviti

Agihan pengawasan kepada kumpulan tertentu jika perlu

Menyediakan borang semakan penerimaan dan


penghantaran supaya kerja pengurusan dapat
dikemaskinikan

PERTANDINGAN

Menghantar balik pinjaman pada masa yang ditetapkan

Mengenalpasti alatan yang rosak / perlu diganti atau dibaiki

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

pertandingan
Kepegawaian

Pengadil

Format pertandingan

Undang-undang

Penyelia peserta

Mencari dan menetapkan peserta

Urusetia pertandingan

Pemarkahan dan sebarang urusan lain

Teknikal

Penyediaan tempat dan penyelenggaraan

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

SERANTA &

aktiviti
Menentukan alat keperluan siaraya dalam keadaan baik

SIARAYA

Mengawal sitem siaraya sepanjang pertandingan

Menyimpan semua alat-alat yang telah digunakan selepas


pertandingan

Menyediakan backup sekiranya berlaku sebarang


kerosakan pada alatan

Menyedia dan memasang banner Pertandingan Futsal

Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui laman web,


hand out / menampal maklumat tentang aktiviti

HADIAH & SIJIL

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

aktiviti
Menentukan cenderamata

Menentukan anggaran perbelanjaan dan mengenalpasti


penerima hadiah

Menetukan bilangan hadiah / sijil yang diperlukan dan


membuat persiapan awal

Mencari tajaan & membuat surat untuk penaja

Menyenarai dan menyusun hadiah mengikut ketegori

Menyedia dan menghias meja hadiah

Menyusun dan menyampaikan hadiah pada pemenang

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas


aktiviti

LAPORAN &

DOKUMENTASI /
BUKU PROGRAM

Mendapatkan laporan bagi setiap AJK dalam bentuk hard


copy dan soft copy

Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti


yang berlangsung sepanjang program

Membuat laporan atau dokumentasi setelah program


berakhir

Laporan hendaklah disemak oleh setiausaha sebelum


dibukukan

Menyediakan buku dan tentatif program serta senarai nama


peserta

TUGAS TUGAS

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

aktiviti
Menyelenggara dan membantu Biro Aktiviti dan Kebajikan

KHAS / KEBERSIHAN

Memastikan kebersihan kawasan pertandingan sebelum,


semasa dan selepas pertandingan

KESELAMATAN

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

aktiviti
Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang
pertandingan

Memberikan bantuan keselamatan / pertolongan cemas


apabila diperlukan

MAKANAN

Menyediakan perkhidmatan rawatan ditempat pertandingan

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas

aktiviti
Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan

Menguruskan penyediaan dan tempahan makanan dan


minuman peserta

Menyediakan jamuan kecilan setiap kali mesyuarat

Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas


aktiviti
LAMPIRAN 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP 5E 2010
1.0

UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)

2.0

PERATURAN KEJOHANAN
2.1

PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP 5E.
2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar PISMP
semester

sebagai

pengadil

jemputan

dan

mempunyai

pengalaman dalam bidang pengadilan.


2.2

TARKH DAN TEMPAT


2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 7HB MAC 2010 bertempat di
Gelanggang Futsal Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan pada 4HB MAC DI KELAS
TINGKAT BAWAH ASRAMA BUKIT PANTAI pada jam 9.00
malam. Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang
penyertaan sebelum 1HB MAC 2010.
2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian sekiranya tiadanya
wakil.

2.3

FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan


kalah mati di pusingan seterusnya.
2.3.2 8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Perlawanan secara liga di
setiap kumpulan (setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan
diperingkat kumpulan).
2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat
separuh akhir.
2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah
mata keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan diberikan
sekiranya menang, 1 mata akan diberikan sekirannya seri
manakala tiada mata akan diberikan sekiranya pasukan itu kalah.
2.3.6 Sekiranya mata sama, keputusan pemenang akan dikira mengikut
format berikut iaitu
a) Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira
sebagai pemenang.
b) Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekiranya terdapat
keputusan seri pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja).
2.3.7 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada
separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua
termasuk 1 minit waktu rehat.
2.4

KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA
kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan.

2.5

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan


sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM5 sahaja.
2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan
yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai
kejohanan futsal ini.
2.5.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi

peraturan,

pihak

penganjur

berhak

membatalkan

penyertaan pasukan tersebut.


2.5.6 Keputusan pihak penganjuran kejohanan adalah muktamad.
3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1

Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat


perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

3.2

Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di


tempat pertandingan 30 sebelum perlawanan dimulakan.

3.3

Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang


dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan
akan dikira kalah. Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

3.4

Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau


mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada
pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.

3.5

Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan


tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan.

3.6

Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan


sahaja dibenarkan bermain.

3.7

Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan


wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja, tidak lewat
daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.8

Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan di terima oleh


jawatankuasa

pertandingan,

maka

wang

cagaran

itu

akan

dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur


berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.9

Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya


rayuan atau bantahan ditolak.

3.10

Syarat dan peraturan di atas boleh diubah. Segala keputusan yang


dibuat adalah muktamad.

LAMPIRAN 1 (UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA)


1. Memulakan Permainan

Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah
berada dikawasannya sendiri.
2. Bola Masuk / Bola Keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan
touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan
tersebut.
3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang
gol.
4. Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada pihak
lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan
b. Membentes pemain lawan
c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan
d. Menyerang pemain lawan
e. Menyerang pemain lawan dari belakang
f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja
g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja
i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan
j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung
diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu:
a. Permainan yang bahaya
b. Menghalang dengan sengaja
c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti

d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh
oleh mana-mana pemain
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang
kepadanya.
f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke
dalam dari rakan sepasukannya.
g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari
4 saat.
h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana
bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun
disentuh oleh pemain lawan.
6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan
diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika
berlaku di kawasan penalti.
a. Pemain gantian memasuki galanggang dari tempat yang salah atau pemain yang
diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.
7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan
berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.
b. Berkelakuan ganas.
c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar.
d. Kesalahan atas kelsalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak
profesional.
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan di dalam kawasan penalti dengan
sengaja.

8. Peraturan Buang Padang


a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk di bangku simpanan.
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit
permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang man
terdahulu.
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong
pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.
9. Tendangan Bebas
a. Jenis : Tendangan bebas terus.
b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak.
c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.
10. Tendangan Penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter.
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari
titik penalti.
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh
oleh pemain lain.
11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.
b. Bola diletakkan di atas garisan touchline sebelum menyepak.
c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan
ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

e. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua sebelum bola disentuh
atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan
diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
12. Membebaskan Kawasan Gol
a. Dilakukan menggantikan tendangan gol.
b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan
permainan.
13. Tendangan Sudut
a. Bola diletakkan dibucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,
tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.
b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan
akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut.
d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat
tendangan sudut dibuat.
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.
14. Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.
c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang dipilih dari setiap pasukan. Ketua
pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih
kepada pengadil utama sebelum penalty dijalankan.

d. Jika penalty terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil


melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan
penalti.
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainan tidak boleh mengambil
bahagian.
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada diseparuh
gelanggang yang tidak digunakan.
15. Tiada permintaan time out atau offside.
16. Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlangsung.
17. Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.
18. Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.

LAMPIRAN 4
ATURCARA PROGRAM
Tempat

Gelanggang Futsal, IPG kampus Bahasa Melayu

Tarikh

7 Mac 2010 (Ahad)

8.00 pagi

Pendaftaran / Taklimat

8.30 pagi

Pasukan A vs Pasukan B

8.50 pagi

Pasukan E vs Pasukan F

9.10 pagi

Pasukan C vs Pasukan D

9.30 pagi

Pasukan G vs Pasukan H

9.50 pagi

Pasukan A vs Pasukan C

10.10 pagi

Pasukan E vs Pasukan G

10.30 pagi

Pasukan B vs Pasukan D

10.50 pagi

Pasukan F vs Pasukan H

11.10 pagi

Pasukan C vs Pasukan B

11.30 pagi

Pasukan G vs Pasukan H

11.50 pagi

Pasukan D vs Pasukan A

12.10 tghari :

Pasukan H vs Pasukan E

12.40 tghari :

Separuh Akhir 1

1.00 petang :

Separuh Akhir 2

1.30 petang :

Akhir

2.00 petang :

Ucapan dan Penyampaian hadiah

LAMPIRAN 5
ATURCARA PROGRAM
Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan 2

Kumpulan 1
A

Kumpulan 2
E

A vs B

E vs F

C vs D

G vs H

A vs C

E vs G

B vs D

F vs H

C vs B

G vs F

D vs A

H vs E

Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 1

Pasukan
A
B
C
D

Giliran

Masa

Perlawanan

8.30 8.45

A vs B

9.10 9.25

C vs D

9.50 10.05

A vs C

10.30 10.45

B vs D

11.10 11.25

C vs B

11

11.50 12.05

D vs A

Jumlah Mata

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 2


Pasukan
E
F
G
H

Giliran

Masa

Perlawanan

8.50 9.05

E vs F

9.30 9.45

G vs H

10.10 10.25

E vs G

10.50 11.05

F vs H

10

11.30 11.45

G vs F

12

12.10 12.25

H vs E

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KALAH MATI


Separuh akhir
Johan Kumpulan 1

Akhir

Jumlah Mata

N/Johan Kumpulan 2
(JOHAN)
N/Johan Kumpulan 1
Johan Kumpulan 2

Giliran

Masa

Perlawanan

13

2.30 2.45

Separuh akhir 1

14

2.50 3.05

Separuh akhir 2

15

3.30 3.45

Akhir

LAMPIRAN 6
ANGGARAN PERBELANJAAN

1) MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan pagi

RM 1.00 x 100 orang

RM 100.00

Makanan tengah hari

RM 3.50 x 30 orang

RM 105.00

Johan

RM 30.00 x 1 unit

RM 30.00

Naib Johan

RM 20.00 x 1 unit

RM 20.00

Ketiga

RM 10.00 x 2 unit

RM 20.00

Saguhati

RM 0.75 x 82 unit

RM 61.50

Cenderamata

RM 5.00 x 4 unit

RM 20.00

2) HADIAH / CENDERAMATA

Hamper

3) PUBLISITI

Cetakan poster

RM 0.50 x 20 helai

RM 10.00

Cetakan banner

RM 150.00 x 1 unit

RM 150.00

JUMLAH

RM 516.50

ANGGARAN PENDAPATAN

Yuran Penyertaan (8 pasukan x RM5)

Tajaan:

RM 40.00

Banner

RM 150.00

Makanan pagi

RM 100.00

JUMLAH

RM 290.00

Anda mungkin juga menyukai