Anda di halaman 1dari 3

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN JURUHEBAH RADIO CILIK

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah-sekolah di Daerah Klang,Kuala


Langat,Kuala Selangor dan Sabak Bernam sahaja.

2. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu :

KATEGORI KELAS BILANGAN PESERTA


1. LELAKI Tahun 4 - 6 1
2. PEREMPUAN Tahun 4 - 6 1

3. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urus setia diperingkat
sekolah masing-masing.

4. Setiap peserta perlu melengkapkan Borang Pendaftaran secara dalam talian menggunakan
aplikasi Google Form yang disediakan urus setia.

5. Rakaman video persembahan (paparan meliputi separuh badan dalam keadaan duduk)
menggunakan format MP4 diambil daripada telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi
minimum 2 minit dan maksimum 3 minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube
(tetapan unlisted) seterusnya melengkap Borang Penyertaan Google Form (pautan rakaman
video youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

5.1 Persembahan diwajibkan mengandungi elemen-elemen hebahan berikut :

1) Penggunaan Bahasa Arab sepenuhnya


2) Pengenalan diri dan kata aluan
3) Hebahan am (cuaca/waktu solat/trafik atau mana-mana yang sesuai)
4) Hebahan khusus (Diambil daripada DSKP Bahasa Arab Tahun 4 hingga Tahun 6)
5) Penutup kata (sebelum sambungan kepada : laungan azan/lagu/berita/iklan)
 laungan azan/lagu/berita/iklan TIDAK PERLU disiarkan, hebahkan
sahaja.

5.2 Masa dikira apabila bermula kalam/muzik atau lain-lain bunyian.


5.3 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah ditetapkan.

6. Pakaian peserta adalah yang sesuai dan menutup aurat.

7. Penilaian juri adalah daripada aspek berikut :

7.1 Suara : 30 markah


7.2 Isi : 20 markah
7.3 Persembahan : 30 markah
7.4 Kreativiti : 20 markah
8. Setiap peserta bebas memilih topik hebahan berdasarkan DSKP Bahasa Arab Tahun 4,5 atau 6
dan isi persembahan namun dilarang memilih persembahan yang mengandungi perkara-
perkara berikut :
1) Unsur politik/ perkauman
2) Unsur lucah/syirik/tahyul
3) Lain-lain unsur yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya sebagai seorang Muslim.

9. (Salinan Skrip perlu disertakan ketika mengisi Google Form Borang Penyertaan Acara
menggunakan link daripada Google Drive)

10. Penghantaran Bahan kepada pihak urus setia pertandingan bermula pada 12 – 21 September
2021

11. Semua bahan penyertaan adalah HAK MILIK PENGANJUR.

12. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah-sekolah di Daerah Klang, Kuala
Langat,Kuala Selangor dan Sabak Bernam sahaja.

2. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu :

KELAS BILANGAN PESERTA


Tahun 4 - 6 3

1. Setiap peserta perlu melengkapkan borang pendaftaran secara dalam talian menggunakan
aplikasi Google Form yang disediakan urus setia.

2. Kuiz ini adakan dijalankan menggunakan aplikasi Permainan Atas Talian Quizizz.

3. Pihak sekolah perlu membuat pendaftaran dan sertakan nombor giliran peserta berdasarkan
Kod Sekolah dan kategori yang diwakili.

Contoh :

BBB0000-1 (BBB0000 : Kod Sekolah) + Nombor giliran 1


BBB0000-2 (BBB0000 : Kod Sekolah) + Nombor giliran 2
BBB0000-3 (BBB0000 : Kod Sekolah) + Nombor giliran 3
4. Kuiz ini mengandungi 20 soalan meliputi :

4.1 Mufradat & Jumal sukatan KSSR Semakan Tahun 4 dan 5


4.2 Soalan berdasarkan pembentangan ahli panel Forum Bahasa Arab.

5. Semua peserta kuiz diwajibkan mengikuti Forum Bahasa Arab. Pautan permainan kuiz ini akan
dimuatnaik selepas sesi Forum tersebut.

6. Kuiz ini akan dijalankan secara Classic Mode. Peserta amat digalakkan mempunyai capaian
Internet yang baik sepanjang kuiz berlangsung.

7. 10 pemenang terbaik akan diambil daripada keputusan yang disiarkan di Podium Quizizz secara
automatik.

8. Borang Penyertaan Acara hendaklah diserahkan kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau
pada 9 September 2021.

9. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan.

Anda mungkin juga menyukai