Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SYARAHAN & PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN

DALAM BAHASA MELAYU SJKT & SJKC


PERINGKAT DAERAH KLUANG 2016

1. Pendahuluan

Pertandingan Syarahan dan Pertandingan Mencari Perkataan dalam Bahasa Melayu merupakan suatu
program yang dijalankan pada setiap tahun.

2. Tujuan / Rasional

Program ini merupakan acara tahunan yang dijalankan bagi menanam semangat Cintai Bahasa Melayu
dan memilih wakil bagi sekolah SJKT & SJKC yang bakal mewakili daerah Kluang dalam Pertandingan
Syarahan dan Pertandingan Mencari Perkataan Peringkat Negeri.

3. Matlamat

3.1 - menggalakkan murid-murid SJKT menguasai Bahasa Melayu


- mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.
- menggalakkan murid-murid SJKT bertutur dalam Bahasa Melayu.
- menanamkan sikap mencintai Bahasa Kebangsaan.

4. Anjuran

Majlis Guru Besar SJKT dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

5. Tarikh, tempat dan masa

Tarikh : 30 Jun 2016 ( KHAMIS )


Masa : 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Dewan Besar SJKT Jalan Haji Manan
( Syarahan SJKT )
Bilik Darjah Tahun 6K, 6V, 6M
(Pertandingan Mencari Perkataan)

6. Golongan Sasaran

Pertandingan Syarahan :
Kumpulan SJKT - Seramai 17 orang peserta

Pertandingan Mencari Perkataan :

Kumpulan SJKT - Seramai 114 orang peserta (3 orang setiap sekolah )

7. Sumber Tenaga

Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pengelola yang dilantik .


8. Peraturan Syarahan dan Pertandingan Mencari Perkataan

8.1. Kelayakan / syarat

Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu di SJKT dan bahasa ibundanya bukan
bahasa Melayu layak mengambil bahagian. Murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dalam
pertandingan syarahan ke peringkat daerah tidak dibenarkan mewakili sekolah dalam Pertandingan
Mencari Perkataan ke peringkat Negeri.

8.2. Bilangan peserta

Tiap-tiap sekolah diminta menghantar dua ( 3 ) orang peserta ke Pertandingan Mencari Kata peringkat
daerah. Pemilihan wakil Pertandingan Mencari Perkataan ke peringkat Negeri akan ditentukan oleh
pihak PPD .
Seorang ( 1 ) peserta dalam pertandingan Syarahan peringkat Daerah SJKT. Hanya seorang peserta yang
dipilih sahaja akan wakil ke peringkat negeri.

8.3. Soalan-soalan

Soalan-soalan Pertandingan Mencari Kata peringkat daerah akan disediakan oleh satu panel yang
dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan akan dibawa oleh pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah Kluang sebelum pertandingan diadakan. Selepas ujian, panel berkenaan adalah
dipertanggungjawabkan untuk memeriksa semua kertas Pertandingan Mencari Perkataan bawah
pengurusan JKK Pertandingan dan Kehakiman Daerah.

Contoh Soalan :
Bahagian 1 Bahagian 2

8.4. Had masa

Tiap-tiap peserta Syarahan diberi masa LIMA MINIT. Jika peserta menggunakan masa melebihi 5 minit,
markah akan dipotong iaitu 30 saat yang pertama akan ditolak SATU MARKAH dari markah yang
diperoleh, bagi 30 saat yang kedua ditolak SATU MARKAH lagi dan begitu seterusnya.

8.5. Cara penghakiman

a) Syarahan

a. Setiap peserta akan dinilai berdasarkan item-item berikut :


i) Kelancaran dan kefasihan berbahasa - 20 markah
ii) Gaya dan Persembahan - 10 markah
ii) Penyampaian - 40 markah
iv) Isi - 30 markah
b. Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan berdasarkan
kepada markah yang lebih tinggi mengikut susunan item-item seperti di bawah :
i) Kelancaran dan kefasihan berbahasa
ii) Gaya dan Persembahan
iii) Penyampaian
iv) Isi

b) Pertandingan Mencari Kata

Setiap peserta akan dibekalkan dengan 4 set soalan Mencari Perkataan. Setiap peserta perlu
menjawab kesemua set soalan dalam masa 1 jam 30 minit. Tiga peserta yang memperoleh markah
tertinggi akan mewakilkan daerah ke peringkat negeri.

8.6. Hakim

a. Para Pengadil dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.


b. Keputusan para pengadil adalah MUKTAMAD.

8.7. Hadiah-hadiah

Peringkat Daerah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola pertandingan.

8.8. Lain-lain

Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah. TIDAK dibenarkan memakai blazer (kot)
atas dasar kesamarataan bagi setiap peserta.

9. Bayaran

Tiada bayaran pendaftaran akan dikenakan kepada sekolah. Perbelanjaan makanan,


minuman serta pengangkutan guru pengiring dan peserta ditanggung oleh sekolah masing-
masing.
10. Tentatif Aktiviti dan Pengisian Program

ATUR CARA MAJLIS

9.30 - 9.45 pagi - Pendaftaran Peserta Syarahan Dan Pertandingan Mencari Perkataan
( Di Dewan Besar SJKT Jalan Haji Manan, Kluang )

9.45 - 10.20 pagi - Taklimat Peraturan Pertandingan Syarahan dan Pertandingan


Mencari Perkataan
( Di Dewan Besar SJKT Jalan Haji Manan, Kluang )

10.30 - 12.30 tgh - Pertandingan Syarahan dan Pertandingan Mencari Perkataan


berlangsung

12.30 - 1.30 tgh - Rehat dan Makanan tengah hari

1.30 - 2.30 petang Majlis penutupan


-  Ucapan penutupan
 Penyampaian Hadiah & Cenderamata
 Nyanyian Lagu Negaraku
 Bersurai

11.Alamat surat-menyurat

Segala surat menyurat dan borang pendaftaran peserta hendaklah dihantar kepada Pengerusi Pengelola
Pertandingan iaitu di alamat :

Encik Manivannan R.Palani ,


Guru Besar SJKT Jalan Haji Manan,
86000 Kluang

( U/P : Puan Panimalar Subramaniam )

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________________ _________________________
( PANIMALAR SUBRAMANIAM ) ( MANIVANNAN R.PALANI )
Setiausaha Pengelola, Pengerusi Pengelola,
Bahasa Melayu Daerah Kluang. Bahasa Melayu Daerah Kluang.
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN SYARAHAN DAN MENCARI PERKATAAN
DALAM BAHASA MELAYU SJKT & SJKC DAERAH KLUANG 2016

PENGERUSI
ENCIK MANIVANNAN R PALANI

NAIB PENGERUSI
PUAN AMURTHAVALI NARAYANAN

SETIAUSAHA
PUAN PANIMALAR SUBRAMANIAM

NAIB SETIAUSAHA
ENCIK TAUFIK BIN MUSABAH

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

P.A.SISTEM /BACKDROP : SJKT JALAN HAJI MANAN

BUKU PROGRAM : SJKT ______________________________

SJKC KAMPUNG GAJAH

HAKIM : SJKT JALAN HAJI MANAN

JAMUAN : SJKT JALAN HAJI MANAN

HADIAH/CENDERA MATA
SIJIL : SJKT _______________________________

PENJAGA MASA : SJKT _______________________________

PENDAFTARAN : SJKT _______________________________

: SJKC _______________________________

JURU ACARA : SJKT _______________________________

SJKT _______________________________

JURU GAMBAR : SJKT _______________________________

PENGELOLA PESERTA : SJKT _______________________________


SJKT _______________________________

SJKC _______________________________

UNDI

NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:

1 2 3
NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:

4 5 6
NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:

7 8 9
NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:

10 11 12
NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:
13 14 15
NAMA SEKOLAH : NAMA SEKOLAH: NAMA SEKOLAH:

16 17

Anda mungkin juga menyukai