Anda di halaman 1dari 17

4.

1 Analisis Borang Soal Selidik

4.1.1 Masalah-Masalah Murid

Bahagian B bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi

oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 20

orang murid masing-masing diberikan 17 kenyataan permasalahan dan

mereka dikehendaki menandakan nombor 1 hingga 5 mengikut keutamaan

masalah yang dihadapi, dimana nombor 1 merujuk kepada masalah paling

kurang utama hinggalah ke nombor 5 yang merujuk kepada bukan masalah.

Daripada masalah-masalah yang disenaraikan, penulis dapat mengenal

pasti apakah kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh murid-murid.

Jadual B di bawah merupakan data-data yang diperolehi daripada respondan:

MP M MK MPK
BM
Bil Kenyataan Masalah U U U U JR Min
(5)
(1) (2) (3) (4)
Tiada kesediaan untuk
1 5 6 0 2 7 20 3.00
belajar.
Tidak tahu
2 mengaplikasikan 2 3 7 1 7 20 3.40
pengetahuan sedia ada.
Tidak memahami tentang
3 konsep pengajaran dan 2 3 6 3 6 20 3.40
pembelajaran BM.
Tidak tahu kepentingan
4 0 5 6 6 3 20 3.35
pengetahuan sedia ada.
Tidak ada idea terutama
5 sekali dalam aktiviti 4 6 2 1 7 20 3.05
penulisan.
Belum menguasai
6 2 1 3 2 12 20 4.05
kemahiran 3M.
Kurang keyakinan diri
7 semasa menjalankan 0 3 8 5 4 20 3.50
aktiviti penulisan.

29
Tidak tahu mengubahsuai
8 0 1 5 8 6 20 3.95
idea yang sedia ada.

Kurang motivasi dalam


  2 4 3 5 6 20 3.45
pelajaran.

Sukar mengingat kembali


10 3 6 3 4 4 20 3.00
pelajaran yang lalu.

Lemah kosa kata bahasa


11 0 2 4 7 7 20 3.95
Melayu.

12 Pengaruh bahasa ibunda. 0 2 3 9 6 20 3.95


Bersikap malas dan kurang
13 memberi perhatian dalam 7 2 4 1 6 20 2.85
kelas.
Tidak berminat dengan
14 1 4 5 0 10 20 3.70
aktiviti penulisan.
Sukar menyebut dan
15 mengeja perkataan dengan 0 4 2 4 10 20 4.00
betul.
Sukar memahami makna
16 0 2 1 4 13 20 4.40
perkataan.
Sukar menulis ayat mudah
17 0 2 1 1 16 20 4.55
dalam aktiviti penulisan.

JADUAL 2
Masalah-masalah pembelajaran murid

Petunjuk :
MPU : Masalah paling utama
MU : Masalah Utama
MKU : Masalah kurang utama
MPKU: Masalah paling kurang utama
BM : Bukan masalah
JR : Jumlah Responden

Daripada Jadual B di atas, didapati hampir kesemua masalah-masalah

murid adalah pada tahap 3 keatas iaitu tahap masalah kurang utama. Ini

menunjukkan murid-murid tidak mempunyai masalah kritikal bagi mengikuti

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penulis

membahagikan data-data tersebut kepada tiga penemuan, iaitu kelemahan

30
utama yang merangkumi masalah-masalah di bawah tahap 3; kelemahan kecil

yang merangkumi masalah-masalah pada tahap 3 hingga 4; dan kekuatan

yang merangkumi masalah-masalah di atas tahap 4.

4.1.2 Kelemahan Utama

Berdasarkan kiraan min, hanya satu kelemahan utama yang dihadapi oleh

murid-murid, iaitu masalah bil 13 pada Jadual B memperolehi kiraan min

yang terendah iaitu 2.85 sahaja. Kelemahan utama yang dimaksudkan adalah

“Bersikap malas dan kurang memberi perhatian dalam kelas”.

4.1.3 Kelemahan Kecil

Berdasarkan kaedah yang sama, kelemahan-kelemahan kecil yang tidak

mempunyai impak negatif yang begitu ketara dalam pengajaran dan

pembelajaran BM adalah seperti yang berikut:

1. Tiada kesediaan untuk belajar,

2. Tidak tahu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada,

3. Tidak memahami tentang konsep P&P Bahasa Melayu,

4. Tidak tahu kepentingan pengetahuan sedia ada,

5. Tidak ada idea terutama sekali dalam aktiviti penulisan,

6. Kurang keyakinan diri semasa menjalankan aktiviti penulisan,

7. Tidak tahu mengubahsuai idea yang sedia ada,

8. Kurang motivasi dalam pelajaran,

9. Sukar mengingat kembali pelajaran yang lalu,

10. Lemah kosa kata bahasa Melayu,

31
11. Pengaruh bahasa ibunda,

12. Tidak berminat dengan aktiviti penulisan, dan

13. Sukar menyebut dan mengeja perkataan dengan betul.

4.1.4 Kekuatan

Perkara-perkara yang tidak menjadi masalah bagi murid-murid dalam sampel

kajian adalah seperti yang berikut:

i. Belum menguasai kemahiran 3M,

ii. Sukar memahami makna perkataan, dan

iii. Sukar menulis ayat mudah dalam aktiviti penulisan.

Berdasarkan kelemahan dan kekuatan yang berjaya dikupas melalui soal

selidik yang dijalankan ke atas sampel, kaedah pengajaran dan pembelajaran

penulisan bolehlah dirangka bagi mengatasi kelemahan utama dengan

menggunakan kekuatan yang sedia ada. Secara tidak langsung kelemahan-

kelemahan kecil pula dipercayai akan mendapat kesan positif akibat daripada

strategi-strategi penghapusan kelemahan utama tersebut.

4.2. Tahap Penglibatan Murid-Murid Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

Bahagian C soal selidik bertujuan untuk melihat tahap penglibatan murid-

murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Daripada soal selidik ini penulis ingin melihat adakah faktor yang boleh

mempengaruhi dan memberikan motivasi kepada murid-murid untuk

32
melibatkan diri secara efektif dan produktif. Jadual C menunjukkan tahap

penglibatan yang dimaksudkan:

TJ T Y
Bil   Kenyataan Penglibatan JR Min
(0) (1) (2)
* Saya faham apa yang dimaksudkan
1   0 7 13 20 1.65
dengan kemahiran menulis karangan.
Saya sudah menguasai kemahiran
2   0 5 15 20 1.75
membaca dan menulis.

Saya suka mata pelajaran Bahasa


3   0 0 20 20 2.00
Malaysia.
Saya patuh kepada arahan guru dalam
4   0 2 18 20 1.90
kelas Bahasa Malaysia.
Saya suka menulis karangan
5   0 5 15 20 1.75
berdasarkan pengalaman sedia ada.
Saya tahu mengaplikasikan pengetahuan
6   1 6 13 20 1.60
sedia ada di dalam karangan saya.
Saya yakin melakukan aktiviti-aktiviti
7   0 5 15 20 1.75
yang melibatkan kemahiran menulis.
Saya selalu membuat kerja yang lain
8   1 13 6 20 1.25
daripada yang lain.
** Saya suka aktiviti berkumpulan
9   kerana memerlukan pencetusan idea 0 2 18 20 1.90
bagi menyelesaikan masalah.
Saya selalu mengubahsuai fakta dan
10   0 5 15 20 1.75
idea yang sedia ada.
Saya amat memerlukan motivasi untuk
membina idea baru dalam aktiviti
11   0 0 20 20 2.00
penulisan.

JADUAL 3
Mengenalpasti penglibatan murid dalam P&P
Petunjuk
TJ : Tiada Jawapan
T : Tidak
Y : Ya
JR : Jumlah Responden
Nota:

33
1. * Kenyataan diubah daripada kenyataan asal: “Saya kurang faham apa yang

dimaksudkan dengan kemahiran menulis karangan”.

2. ** Kenyataan diubah daripada kenyataan asal: “Saya tidak suka aktiviti

berkumpulan kerana memerlukan pencetusan idea bagi menyelesaikan masalah”.

Bagi tujuan analisis, kenyataan-kenyataan Bil. 1 dan 9 dalam Jadual C

di atas telah diubah kepada kenyataan yang positif seperti kenyataan-

kenyataan yang lain agar jawapan sampel kajian lebih teratur. Terdapat dua

pilihan jawapan, iaitu TIDAK dan YA. Bagi tujuan pengiraan min, pengkaji

meletakkan nilai 1 bagi jawapan TIDAK dan nilai 2 bagi jawapan YA.

Memandangkan hanya terdapat dua pilihan jawapan, maka penulis

menetapkan jawapan dengan nilai min 1.5 kebawah sebagai jawapan TIDAK,

manakala min diatas 1.5 sebagai jawapan YA.

Maka berdasarkan ketetapan yang dibuat, didapati sampel hanya

mempunyai satu sifat negatif dalam penglibatannya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, iaitu jawapan TIDAK hanya menuding kepada kenyataan

Bil. 8 yang berbunyi “Saya selalu membuat kerja yang lain daripada yang

lain”. Dengan kata lain murid-murid mempunyai sifat tidak suka membuat

kerja yang lain daripada yang lain.

Sifat-sifat positif yang ada pada diri murid-murid pula amat

memberangsangkan, iaitu:

1. Saya faham apa yang dimaksudkan dengan kemahiran menulis

karangan.

2. Saya sudah menguasai kemahiran membaca dan menulis.

34
3. Saya suka mata pelajaran Bahasa Malaysia.

4. Saya patuh kepada arahan guru dalam kelas Bahasa Malaysia.

5. Saya suka menulis karangan berdasarkan pengalaman sedia ada.

6. Saya tahu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada di dalam karangan

saya.

7. Saya yakin melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran

menulis.

8. Saya suka aktiviti berkumpulan kerana memerlukan pencetusan idea

bagi menyelesaikan masalah.

9. Saya selalu mengubahsuai fakta dan idea yang sedia ada.

10. Saya amat memerlukan motivasi untuk membina idea baru dalam

aktiviti penulisan.

Satu penemuan jelas dan menarik diperoleh daripada soal sedilik Jadual C,

iaitu sampel memerlukan motivasi luaran atau persekitaran bagi membantu

mengembangkan kebolehan dan kemahiran sedia ada. Tanpa motivasi

luaran/persekitaran, murid-murid hanya akan melakukan tugasan-tugasan

sekolah khususnya bagi aktiviti penulisan pada tahap yang sedia ada sahaja.

4.2.3 Kaedah Menangani Masalah

Soal selidik bahagian D bertujuan mengenal pasti cara-cara murid-murid

menangani masalah yang mereka hadapi dalam pembalajaran Bahasa

Maelayu. Daripada pelbagai cara menangani masalah yang disenaraikan,

pengkaji mengenal pasti satu kaedah utama dan beberapa kaedah popular

yang sering diguna pakai oleh murid-murid.

35
STS TS S SS Min
Bil Kenyataan Kaedah JR
(1) (2) (3) (4)
Saya melakukan segala kerja-kerja
atau aktiviti yang disuruh oleh guru
1 dengan berbekalkan pengetahuan 0 2 11 7 20 3.25
sedia ada.
Saya menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pengajaran dan
2 pembelajaran terutama sekali dalam 0 1 11 8 20 3.35
perbincangan.
Saya menerima sokongan dari
rakan-rakan lain untuk memahami
3 konsep pengajaran dan 0 0 14 6 20 3.30
pembelajaran.
Saya sudah berputus asa kerana
tidak tahu mengaplikasikan
4 pengetahuan sedia ada, malah ia 13 7 0 0 20 1.35
sebagai penghalang bagi saya untuk
memahami pengalaman baru.
Saya sudah berusaha untuk belajar
5 0 2 12 6 20 3.20
melakukan sesuatu yang baru.
Saya suka mengaitkan pelajaran
6 0 3 9 8 20 3.25
lalu dengan kehidupan harian.
Saya enggan percaya bahawa saya
7 tidak dapat melakukan sesuatu yang 8 5 4 3 20 2.10
baru.
Saya banyak mendapat dorongan
8 dari guru Bahasa Malaysia dan 0 1 9 10 20 3.45
rakan-rakan.
Saya selalu melepak dan menonton
rancangan TV untuk melupakan
9 kerja rumah yang diberikan oleh 18 1 0 1 20 1.20
guru Bahasa Malaysia.
Saya selalu berdoa dan
bersembahyang untuk memohon
10 supaya saya dapat mencetuskan 0 1 3 16 20 3.75
idea dalam menyelesaikan masalah
yang saya hadapi.

JADUAL 4
Cara-cara murid menangani masalah

36
Petunjuk
1 : Sangat tidak setuju
2 : Tidak setuju
3 : Kurang setuju
4 : Setuju
5 : Sangat setuju
JR : Jumlah Responden

Soal selidik seterusnya bertujuan untuk mengenal pasti apakah cara-cara yang

digunakan oleh murid-murid untuk menangani masalah yang mereka hadapi

dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil soal selidik dipaparkan dalam

Jadual 4 di atas. Secara tersurat penyelidik menyenaraikan 10 kaedah bagi

menangani masalah antaranya ialah:

i. Pengetahuan sedia ada

ii. Menumpuhkan sepenuh perhatian terutama dalam perbincangan

iii. Sokongan rakan-rakan

iv. Mengakui tidak tahu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada,

v. Usaha sendiri untuk belajar

vi. Mengaitkan pelajaran dengan kehidupan harian

vii. Keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru

viii. Dorongan guru Bahasa Melayu

ix. Melepak dan menonton TV untuk melupakan bebanan tugasan Bahasa


Melayu

x. Berdoa dan bersembahyang (kerohanian)

Bagi tujuan analisis, pengkaji membahagikan data-data kepada tiga

penemuan; iaitu Bukan Kaedah bagi kiraan min di bawah 3, Kaedah Popular

37
bagi kiraan min dari 3 hingga 3.5, dan Kaedah Utama bagi kiraan min diatas

3.5 .Hasil penemuan yang diperolehi daripada soal selidik adalah seperti yang

berikut:

4.4 Bukan Kaedah

1. Mengakui tidak tahu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada,

2. Keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru, dan

3. Melepak dan menonton TV untuk melupakan bebanan tugasan


Bahasa Melayu.

4.5 Kaedah Popular

1. Pengetahuan sedia ada

2. Menumpuhkan sepenuh perhatian terutama dalam


perbincangan

3. Sokongan rakan-rakan

4. Usaha sendiri untuk belajar

5. Mengaitkan pelajaran dengan kehidupan harian

6. Dorongan guru Bahasa Melayu

4.6 Kaedah Utama

1. Ritual(bersembahyang)

Secara umumnya sampel kajian menggunakan kaedah-kaedah yang betul dan

sihat bagi menangani masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Kaedah

utama yang digunakan adalah dengan berdoa menunjukkan pengaruh dan

ajaran agama yang kuat keatas mereka. Guru-guru menggunakan pendekatan

38
kerohanian bagi meningkatkan semangat dan minat murid-murid dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

4.7 Analisis Faktor Dalaman

Berdasarkan profail guru-guru Bahasa Melayu dan hasil daripada analisis

borang-borang soal selidik, penulis dapat mengenal pasti beberapa kekuatan

dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di

sekolah kajian. Analisis faktor dalaman bagi kajian ini adalah terhad kepada

faktor-faktor sumber manusia sahaja yang melibatkan guru-guru dan murid-

murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sahaja. Analisis

ini dibuat bagi melihat sejauh mana kekuatan faktor sumber manusia semasa

ini boleh menjayakan misi bagi meningkatkan kecemerlangan dalam

pengajaran dan pembelajaran Penulisan. Maka bagi tujuan ini penulis

menggunakan Matriks Penilaian Faktor Dalaman atau Internal Factor

Evaluation (IFE) Matrix (David, 1999). Faktor-faktor dalaman yang

dimaksudkan adalah kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui

borang-borang soal selidik.

Bagi menyediakan matriks IFE ini, pengkaji memberikan ‘pemberat’

(weight), diantara julat 0.0 (amat tidak penting) hingga 1.0 (paling penting),

kepada setiap faktor (kekuatan dan kelemahan) yang dikenalpasti bagi

menunjukkan tahap kepentingan setiap faktor terhadap kejayaan dalam

‘industri’ Pengajaran & Pembelajaran penulisan . Pengkaji memberikan nilai

pemberat berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang guru dan juga

39
kerana tiada bahan kajian berkaitan sebelum ini sebagai rujukan. Jumlah

semua pemberat pula hendaklah sama dengan nilai 1.0 .

Seterusnya pengkaji memberikan ‘wajaran’ (rating) 1 hingga 4

kepada setiap faktor bagi menunjukkan sama ada faktor itu mempunyai

kelemahan besar (rating = 1), kelemahan kecil (rating = 2), kekuatan kecil

(rating = 3), atau kekuatan besar (rating = 4). Hasil daripada pemberat

(weight) dengan kadaran (rating) setiap faktor akan memberikan ‘perincian

wajaran’ (weighted score), dan akhirnya hasil tambah setiap perincian

wajaran akan memberikan nilai yang menunjukkan kedudukan faktor

dalaman sekolah kajian. Jumlah perincian wajaran (total weighted score)

bernilai dibawah 2.5 menunjukkan faktor dalaman yang lemah, nilai 2.5

menunjukkan kekuatan yang sederhana, manakala nilai diatas 2.5

menunjukkan kedudukan faktor dalaman yang kuat. Dalam menjalankan

analisis ini sesuatu faktor itu boleh jadi kekuatan dan juga kelemahan.

Contohnya faktor ‘motivasi’ boleh diletakkan sebagai kekuatan dan juga

sebagai kelemahan.

Berdasarkan langkah-langkah yang dijelaskan diatas, maka Matriks

IFE yang dimaksudkan adalah seperti di bawah. Terdapat beberapa faktor

yang tidak dicatatkan kerana pada pendapat penulis maksud faktor-faktor

berkenaan telah dirangkumi oleh faktor yang lainnya:

40
Perincian
FAKTOR Pemberat Wajaran
Wajaran

41
KEKUATAN
1 Guru BM yang berpengalaman 0.05 4 0.20
Guru BM bersemangat mengajar
2 pada waktu pagi & petang 0.03 3 0.09
Murid telah menguasai kemahiran
3 3M (membaca, mengira & menulis) 0.05 3 0.15
Murid menyukai pelajaran Bahasa
4 Malaysia 0.05 4 0.20
Murid patuh kepada arahan guru
5 dalam kelas Bahasa Malaysia 0.03 3 0.09
Murid menyukai aktiviti
6 berkumpulan 0.03 2 0.06
Murid selalu mengubahsuai fakta &
7 idea sedia ada 0.02 3 0.06
Murid memerlukan motivasi untuk
8 membina idea baru 0.02 4 0.08
Murid menggunakan pengetahuan
sedia ada, usaha sendiri dan
9 mengaitkan dengan kehidupan 0.04 3 0.12
harian dalam menangani masalah
pembelajaran
Murid mendapatkan sokongan
rakan-rakan dan dorongan guru
10 dalam menangani masalah 0.03 3 0.09
pembelajaran
Murid berdoa/sembahyang dalam
11 menangani masalah pembelajaran 0.03 4 0.12

KELEMAHAN
12 Tahap pendidikan guru BM rendah 0.03 2 0.06
Jumlah masa mengajar diantara
13 guru-guru BM tidak sama rata 0.02 2 0.04
Tahap kerjasama yang rendah
14 diantara guru-guru BM 0.03 2 0.06
Guru BM sukar mengajar pada
waktu tengahari
15 0.02 1 0.02

Murid memerlukan motivasi untuk


16 membina idea baru 0.02 1 0.02
Murid berdoa/sembahyang dalam
17 menangani masalah pembelajaran 0.03 4 0.12

42
Bersikap malas dan kurang memberi
18 perhatian dalam kelas 0.04 1 0.04

19 Tiada kesediaan untuk belajar 0.05 2 0.10


Tidak tahu mengaplikasikan
20 pengetahuan sedia ada 0.04 2 0.08
Tidak memahami tentang konsep
21 pengajaran dan pembelajaran BM 0.03 2 0.06
Tidak tahu kepentingan pengetahuan
22 sedia ada 0.03 2 0.06
Tidak memahami tentang konsep
23 pengajaran dan pembelajaran BM 0.03 2 0.06
Tidak tahu kepentingan pengetahuan
24 sedia ada 0.02 2 0.04
Tidak ada idea terutama sekali dalam
25 aktiviti penulisan 0.02 2 0.04
Kurang keyakinan diri semasa
26 menjalankan aktiviti penulisan 0.04 2 0.08
Tidak tahu mengubahsuai idea yang
27 sedia ada 0.02 2 0.04

28 Kurang motivasi dalam pelajaran 0.02 2 0.04


Sukar mengingat kembali pelajaran
29 yang lalu 0.02 2 0.04
30 Lemah kosa kata bahasa Melayu 0.02 2 0.04
31 Pengaruh bahasa ibunda 0.01 2 0.02
Tidak berminat dengan aktiviti
32 0.01 2 0.02
penulisan
Sukar menyebut dan mengeja
33 perkataan dengan betul 0.01 2 0.02
Tidak suka membuat kerja yang lain
34 daripada yang lain 0.01 2 0.02
Mengakui tidak tahu
mengaplikasikan pengetahuan sedia
35 ada 0.01 3 0.03

Keyakinan diri untuk melakukan


36 sesuatu yang baru 0.03 3 0.09
Melepak dan menonton TV untuk
37 melupakan bebanan tugasan Bahasa 0.01 4 0.04
Malaysia
JUMLAH 1.00 2.54

43
Jadual 5
Matriks IFE Bagi Pengajaran & Pembelajaran BM Penulisan Tahun 5

Matriks IFE di atas menunjukkan nilai perincian wajaran sebanyak 2.54 . Ini

memberikan gambaran bahawa kekuatan faktor dalaman semasa sampel

kajian adalah pada tahap sedikit baik dari tahap sederhana. Oleh yang

demikian, usaha yang lebih diperlukan untuk meningkatkan kekuatan faktor

dalaman ini agar sasaran pengajaran & pembelajaran penulisan boleh dicapai

dengan cemerlang dan berkualiti.

4.8 Kesimpulan Analisis

Analisis terhadap borang-borang soal selidik dibuat dengan mendapatkan min

data-data yang diperolehi. Borang-borang soal selidik bertujuan untuk

meneliti tiga sudut dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu, iaitu, masalah-masalah murid, tahap penglibatan murid, dan cara

murid-murid menanggani masalah. Daripada analisis min data-data,

perhatian dapat difokuskan kepada memperbaiki kelemahan utama dan

mempergunakan kekuatan utama bagi menambahbaik proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia.

Kelemahan utama yang dimaksudkan adalah:

1. Bersikap malas dan kurang memberi perhatian dalam kelas;

2. Murid-murid tidak kreatif, iaitu mereka tidak suka membuat kerja yang
lain daripada yang lain

44
3. Murid-murid tidak bersifat berdikari. Mereka kurang keyakinan diri
dan amat memerlukan motivasi dan dorongan luaran untuk
mengeluarkan dan mengembangan potensi diri mereka.

Kekuatan utama pula adalah:

1. Murid-murid telah menguasai kemahiran 3M, memahami makna


perkataan, dan boleh menulis ayat mudah dalam aktiviti penulisa.

2. Murid-murid mempunyai nilai moral yang tinggi dan berpegang kepada


ajaran agama.

Seterusnya pengkaji mengukur kekuatan dalaman sampel

menggunakan Matriks Penilaian Faktor Dalaman (Internal Factor Evaluation

Matrix). Penilaian yang dibuat hanya merujuk kepada kekuatan faktor

dalaman respondan-respondan sahaja dan bukannya kekuatan faktor dalaman

sekolah yang berkenaan. Ini kerana faktor-faktor dalaman lain seperti

keadaan infrastruktur, alat bantuan mengajar (ABM), kewangan, peraturan,

perancangan, dan sebagainya, berkaitan proses pengajaran & pembelajaran

Penulisan di sekolah kajian tidak diambil kira. Tanpa mengambil kira faktor

lain, kekuatan faktor dalaman semasa sampel kajian adalah pada tahap yang

sederhana sahaja (2.54). Penilaian IFE Matrix ini memberikan lebih

pengertian bahawa kekuatan-kekuatan utama yang dikenal pasti melalui

kaedah analisis min data-data sebenarnya adalah kekuatan-kekuatan pada

tahap yang sederhana dan perlu diperbaik.

45

Anda mungkin juga menyukai