Anda di halaman 1dari 1

Pelajar berdisiplin Pelajar berjaya.

Konsep disiplin boleh ditafsirkan sebagai peraturan yang telah ditentukan secara langsung atau
tidak langsung. Biasanya disiplin dilaksanakan dengan tujuan untuk memperoleh kebaikan
kepada diri, keluarga dan masyarakat. Maka, sudah banyak bukti yang mengaitkan kejayaan
seseorang itu dengan konsep disiplin dalam hidup mereka.
Disiplin ketika belajar menyebabkan pelajar tidak akan bermain-main atau memandang
rendah akan masa belajarnya dan turut mematuhi semua peraturan yang sudah ditetapkan di
sekolahnya lalu memudahkan proses pembelajarannya. Pelajar yang berdisiplin ialah pelajar yang
berjaya kerana mereka tidak akan membuangkan masa dengan begitu sahaja. Semua masa mereka
difokuskan untuk belajar terutama membuat rujukan dan mengulang kaji inilah yang memberikan mereka
kejayaan kelak dengan mudah.

Selain itu, pelajar yang berdisiplin akan dihormati dan disayangi oleh guru-guru serta
rakan-rakan. Biasanya, pelajar yang berdisiplin sebegini sering menerima doa kejayaan mereka
daripada guru-guru dan rakan-rakan yang lain juga.
Malah, pelajar yang berdisiplin tidak akan melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti
yang boleh menjejaskan tumpuan pelajaran mereka seperti melepak, merokok, ponteng sekolah
dan sebagainya. Bagi mereka selagi mereka mematuhi peraturan diri mereka akan selamat dan
pelajaran mereka akan terus berkembang dengan baik.
Justeru, sikap berdisiplin merupakan satu sikap baik yang harus wujud dalam diri pelajar.untuk
menjadi pelajar yang berjaya kelak.

Anda mungkin juga menyukai