Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN
KARNIVAL BAHASA TAMIL
NEGERI SELANGOR
2019

PANDUAN DAN SYARAT

DISEDIAKAN OLEH :

EN.NAARAYANASREE A/L RAMANAIDU,

SETIAUSAHA KEHORMAT MGBT SELANGOR


PERATURAN AM
PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL

1.0 HAKIM
1.1 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
1.2 Keputusan para hakim adalah muktamad.

2.0 PAKAIAN PESERTA


2.1 Peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang tidak
menunjukkan identiti sekolah
2.2 Peserta dikehendaki memakai tali leher.
2.3 Peserta digalakkan memakai blazer.

3.0 PENYERTAAN
3.1 Peserta yang menjadi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam Karnival
Bahasa Tamil 2018 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan
yang sama.

4.0 HADIAH – HADIAH


4.1 Hadiah
Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke 3 : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke 4 hingga ke 10 : TROPY dan Sijil Pencapaian

4.2 Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Sebarang pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor.
PERTANDINGAN BERCERITA SJKT (TAHAP 1)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Bercerita SJKT (Tahap 1)

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran bercerita


2.2 Menggalakkan berfikir secara kreatif
2.3 Mengukuhkan pembacaan dan penghayatan karya kreatif
2.4 Meningkatkan keyakinan diri

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 1 (Tahun 1 – 3) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak


mengambil bahagian
3.2 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran atau nilai murni
3.3 Setiap peserta diberi masa 5 minit
3.4 Peserta tidak dibenarkan membaca teks cerita
3.5 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan
3.6 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi dan
sebagainya

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan

5.0 TAJUK

5.1 Unsur pengajaran atau nilai murni

6.0 HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa bercerita 5 minit


6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya masa
pertandingan
7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:


Persembahan : 30 markah
Kelancaran : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti
dibawah
i. Persembahan
ii. Kelancaran
iii. Sebutan

8.0 PENYERTAAN

8.1 Semua borang penyertaan dan teks cerita hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor.
PERTANDINGAN MELAFAZ THIRUKKURAL SJKT (TAHAP 1)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Melafaz Thirukkural SJKT (Tahap 1)

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memupuk penghayatan nilai-nilai murni dalam Thirukkural


2.2 Menggalakkan murid mengaplikasi nasihat dan pengajaran daripada Thirukkural
2.3 Meningkatkan keyakinan diri murid

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 1 (Tahun 1-3) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak mengambil
bahagian
3.2 Murid-murid dikehendaki menghafal Thirukkural yang terkandung dalam DSKP
Bahasa Tamil (Tahun 1-6) sebanyak 30
3.3 5 Thirukkural akan dipilih secara undian oleh peserta
3.4 Peserta dikehendaki melafazkan 5 Thirukkural yang dipilih berdasarkan kepada
perkataan awal atau akhir yang disebut oleh hakim
3.5 Setiap peserta dikehendaki memberi maksud bagi 3 Thirukkural daripada 5 yang
dilafazkan. Tiga Thirukkural ini akan dipilih oleh hakim

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan
5.0 CARA PENGHAKIMAN

5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:


Penghafalan : 15 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 5 markah
Kelancaran : 5 markah
Maksud Thirukkural : 15 markah

Jumlah : 50 markah

5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti di
bawah
i. Penghafalan
ii. Maksud
iii. Sebutan

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor.
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SJKT (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.0 Pertandingan Mengarang Esei SJKT (Tahap 2)

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan
2.2 Berkeupayaan menghasilkan hasil tulisan yang kreatif dan kritis

3.0 KELAYAKAN / SYARAT


3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4-6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak mengambil
bahagian.
3.2 Peserta diminta memilih 1 tajuk daripada 3 tajuk esei berfakta yang diberikan
pada hari pertandingan
3.3 Kertas tulis akan dibekalkan oleh penganjur. Alat tulis harus dibawa oleh peserta
sendiri
3.4 Jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah perkataan
3.5 Masa yang diperuntukkan 45 minit sahaja
3.6 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi dan
sebagainya

4.0 BILANGAN PESERTA


4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan

5.0 CARA PENGHAKIMAN


5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan pihak penganjur
5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti di
bawah:
i. Ejaan
ii. Persembahan

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor
PERTANDINGAN SYARAHAN SJKT (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan Syarahan SJKT (Tahap 2)

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah dalam kalangan murid
2.2 Menggalakkan pembacaan pelbagai sumber
2.3 Mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri murid

3.0 KELAYAKAN / SYARAT


3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4-6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak mengambil
bahagian
3.2 Syarahan mesti berdasarkan tema yang ditetapkan
3.3 Setiap peserta diberi masa 5 minit
3.4 Tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
seseorang dan sebagainya

4.0 BILANGAN PESERTA


4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan

5.0 TAJUK
5.1 Syarahan mesti berdasarkan tema-tema berikut:
i. Pendeta
ii. Bahasa
iii. Perayaan Kebudayaan India

6.0 HAD MASA


6.1 Setiap peserta diberi masa 5 minit
6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya masa
pertandingan
7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:


Isi : 20 markah
Persembahan : 20 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti
dibawah:
i. Persembahan
ii. Isi
iii. Sebutan

8.0 PENYERTAAN

8.1 Semua borang penyertaan dan teks syarahan hendaklah dihantar kepada
Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri Selangor

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SJKT (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.0 Pertandingan Mendeklamasi Sajak SJKT (Tahap 2)

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak


2.2 Menghayati unsur-unsur sastera Tamil
2.3 Meningkatkan keyakinan serta potensi diri

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4-6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak mengambil
bahagian
3.2 Hanya sajak bentuk tradisional (Marabu Kavithai) sahaja dibenarkan
3.3 Salinan sajak yang dipilih perlu dilampirkan bersama borang pendaftaran
3.4 Peserta dilarang menyanyikan sajak yang dipilih
3.5 Peserta dilarang mendeklamasi sajak melihat teks sahaja
3.6 Tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
seseorang dan sebagainya

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan

5.0 TAJUK

5.1 Peserta boleh memilih tema sajak seperti di bawah:


i. Bahasa
ii. Kebudayaan
iii. Pendidikan
iv. Nilai murni
v. Patriotik
6.0 HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa 3 minit


6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 2
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamtnya masa
pertandingan

7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:


Intonasi : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 10 markah
Kelancaran : 10 markah
Persembahan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti di
bawah
i. Intonasi
ii. Gaya

8.0 PENYERTAAN

8.1 Semua borang penyertaan dan teks sajak hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Negeri Selangor

Anda mungkin juga menyukai