Anda di halaman 1dari 5

SK PEREMPUAN METHODIST

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


69, JALAN CHAMBERLAIN HULU
30250 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA
‘MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN SUKAN’
2019

HARI / TARIKH
RABU/ 6 NOVEMBER 2019

Anjuran :
Unit Kokurikulum
SK (P) Methodist Ipoh
Sekolah Kluster Kecemerlangan

1
MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN SUKAN 2019

1.0 MATLAMAT

Pihak sekolah berhasrat melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum,

mempunyai sahsiah dan daya intelek yang tinggi. Di samping disiplin dan jati diri yang tinggi

serta berkebolehan dalam segala bidang. Justeru, amat wajar bagi setiap murid yang

menunjukkan kesungguhan dan prestasi yang tinggi, penglibatan dan pencapaian yang

membanggakan serta sahsiah yang baik dalam bidang kokurikulum diberikan penghargaan

untuk lebih berdaya saing dan berusaha lebih gigih untuk memajukan diri di alaf yang sangat

mencabar ini.

2.0 RASIONAL

Di sekolah, setiap murid telah cuba berlatih bersungguh-sungguh untuk menguasai bidang

kokurikulum yang diceburi. Mereka juga cuba menonjolkan bakat dengan terlibat dalam

kegiatan kokurikulum yang dipertandingkan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri

mahupun antarabangsa. Di samping itu juga, mereka cuba menyerlahkan ketokohan yang

sedia ada. Oleh kerana ada inisiatif, penyertaan dalam kokurikulum dan penglibatan dalam

pertandingan, murid-murid ini diberikan penghargaan sebagai pendorong kepada para murid

lain untuk meningkatkan dan meneruskan usaha-usaha memajukan diri.

2
3.0 OBJEKTIF

1. Insentif kepada murid yang berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam pertandingan

atau mendapat anugerah dalam unit beruniform dalam tahun ini, agar prestasi ini dapat

diteruskan secara tekal.

2. Penghargaan yang diberikan dapat menyuntik semangat juang kepada murid-murid

yang menyertai pertandingan-pertandingan dalam kokurikulum secara bersunguh-

sungguh dan telah mengharumkan nama sekolah.

3. Menghargai bakat murid-murid dalam usaha melahirkan atlit pelapis pada masa akan

datang.

4. Menghargai kesungguhan murid-murid yang dapat melengkapkan diri secara seimbang

dengan pencapaian akademik yang tinggi, penyertaan kokurikulum yang baik dan gaya

kepimpinan yang menyerlah untuk menjadi contoh dan pendorong kepada murid lain.

4.0 SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Ipoh diberikan peluang sama rata

untuk bersaing meraih setiap anugerah yang disediakan.

5.0 PELAKSANAAN

Sepanjang tempoh enam tahun bagi setiap murid yang berada di sekolah ini

6.0 TEMPAT

Dewan SK Perempuan Methodist, Ipoh

3
7.0 PERBELANJAAN

BUDGET PERBELANJAAN MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN SUKAN 2019


BIL PERINCIAN JUMLAH
KUANTITI RM
1. Hadiah murid 143 X 8 1,144.00
2. BANER 1 X 80 80.00

JUMLAH 1224.00
Jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak Dua Ribu Tiga Ratus Sahaja

7.1 SUMBER KEWANGAN

Bantuan Kokurikulum, SK Perempuan Methodist

8.0 PENUTUP

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________________ ____________________________
(TAN SOOK HAN) (SALMAH BT MAT RASHID)
Penyelaras Penolong Kanan Kokurikulum,
Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Sukan SK Perempuan Methodist,Ipoh
SK Perempuan Methodist,Ipoh

Disahkan oleh,

______________________________________
(PEGGY WONG)
Guru Besar,
SK Perempuan Methodist, Ipoh

4
5

Anda mungkin juga menyukai