Anda di halaman 1dari 2

1.

  Pendahuluan

Program ini dirangka sebagai satu transformasi menambah baik dalam aspek keselamatan
dan penjagaan peralatan sukan. Peralatan sukan yang sentiasa dipantau dan dijaga rapi akan
meningkatkan jangka hayat penggunaannya.

2.  Rasional

Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak
sekolah. Ia tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan memberikan
manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu, stor sukan ini perlu di buat
penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak
keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini peralatan yang
sedia ada dan mengasingkan peralatan sukan dan PJ agar penggunaannya sentiasa terpelihara.
Murid-murid yang akan memasuki stor sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan
dan penggunaan alatan dengan betul.

Aspek keselamatan murid ketika berada di padang perlu juga diberi perhatian.
Menyedari hakikat ini, Unit Kokurikulum SK Sungai Bayor merasakan perlu dibuat
penyelenggaraan tiang gol Futsal yang agak uzur.

3.  Objektif Projek

Objektif projek ini dijalankan ialah:

a) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan PJ dan sukan.


b) Menambahkan maklumat-maklmuat berkaitan penjagaan alatan dan
cara penggunaan alatan di stor sukan.
c) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
d) meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor
sukan.

4.  Tarikh Projek

Tarikh Perlaksanaan : Ogos hingga September

5.  Tempat Projek

Bersebelahan Stor PJ SK Sungai Bayor


Padang SK Sungai Bayor
7.  Sumber Kewangan

Sumber PIBG RM1 000.00

8. Anggaran Perbelanjaan

BI PERKARA JUMLAH
L DIPOHON
1. STOR SUKAN
1.1 Bata 2 pallet
1.2 Simen 4 kampit
1.3 Pasir 2 ela
1.4 Bata Bunga
1.5 Dawai kasaran RM500.00
1.6 Frame Pintu
1.7 Daun pintu
1.8 Selak pintu dan mangga kunci

2. BAIK PULIH TIANG GOL FUTSAL


2.1 Pateri semula yang patah
2.2 Bina semula dan baik pulih palang pengikat
RM500.00
tiang gol.
2.3 Ladam ’U’ untuk dipasak ke dalam tanah
2.4 Cat tiang gol
JUMLAH RM1 000.00

9.  Penutup

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid.
Semoga projek ini dapat meningkatkan keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak dapat
memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan stor
sukan. Selain itu, aspekkeselamatan dapat dititikberatkan oleh guru dan murid sewaktu
berada di stor sukan serta di padang.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

............................................................................ ..............................................
(MOHAMMED YUSRI B HJ ABDUL RAHMAN) (WAHAB BIN DARUS)
PK Kokurikulum, Guru Besar,
SK Sungai Bayor. SK Sungai Bayor.

Anda mungkin juga menyukai