Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MEMBINA ASTAKA BARU DI PADANG SEKOLAH


SK GUNONG SENYUM

CBA 7026
SK GUNONG SENYUM
28050 KUALA KRAU
TEMERLOH, PAHANG

1
1.0 PENDAHULUAN

SK Gunong Senyum sedang dalam proses menaik taraf insfrastruktur sekolah.


Ini termasuklah menaik taraf padang sekolah agar murid-murid dapat bersukan dengan
lebih selamat dan selesa.
Terdahulu pagar padang sekolah telah mendapat peruntukan kewangan dan
telah siap dipasang. Justeru itu, pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sk Gunong Senyum ingin memohon dana dari pelbagai pihak untuk projek membina
sebuah astaka baru di padang sekolah demi keselesaan guru-guru dan murid-murid
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencari dana kewangan bagi projek menaik taraf padang sekolah.

2.2 Menjimatkan kos apabila ada acara padang seperti kos menyewa kanopi.

2.3 Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan yang
berlangsung di padang

2.4 Memudahkan guru dan murid menjalankan program kokurikulum dengan


adanya infrastruktur yang lebih baik.

2.5 Program wakaf ini menjadi medan dakwah bagi warga SK Gunong
Senyum dalam menarik minat penderma untuk memberikan subangan.

3.0 NAMA PROJEK


“MEMBINA SEBUAH ASTAKA DI PADANG SEKOLAH, SK GUNONG SENYUM”

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK


Tahun 2022

5.0 LOKASI
Padang sekolah

6.0 PERINCIAN
Saiz : 20 x 20 kaki
Kapasiti Muatan : 40- 50 orang

Item Pembinaan : Sebuah astaka berbumbung

2
7.0 ANGGARAN KOS

7.1 Astaka ; RM 20, 000

- Anggaran kasar kos kerja membina astaka :

BIL NAMA ALATAN KUANTITI HARGA

1. Tiang 10 batang RM 500.00

2. Bumbung dan 20 kaki x 20 kaki RM 5,000.00


syiling
3. Lantai bermozek 20 kaki x 20 kaki RM 7000.00

4. Cat under coat dan RM 500


cat simen.
5. Upah kerja RM 7,000

JUMLAH RM 20,000.00

8.0 LOKASI DAN CONTOH GAMBAR ASTAKA

Contoh gambar astaka yang dipohon.

3
Lokasi cadangan astaka yang dibina (kotak putih).

4
9.0 PENUTUP

Akhir sekali pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa SK Gunong Senyum
berharap semoga projek ini berupaya mencapai objektifnya. Keselesaan murid dan
guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum di dalam kawasan sekolah sangat
penting namun begitu, kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan tiada
peruntukan sekolah untuk tujuan ini. Justeru, dengan sukacitanya pihak sekolah dan
PIBG memohon sumbangan dana daripada pihak yang berminat untuk memberikan
sumbangan bagi membina sebuah astaka di padang sekolah ini. Selain itu,
diharapkan dengan pembinaan astaka ini, murid-murid dan guru-guru lebih
bersemangat dan aktif dalam kegiatan kokurikulum dan dapat melonjakkan nama
sekolah dalam bidang ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………….. …………………………………
(SITI AISHAH BT HASAN) (HAMDAN B OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG
SK Gunong Senyum SK Gunong Senyum

Disahkan oleh

…………………………………………..
( )
Nur Shida bt Bahari
Guru Besar,
SK Gunong Senyum

Anda mungkin juga menyukai