Anda di halaman 1dari 5

Anak Yatim

Kanak-kanak yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya

Amalan Zahir
Amalan yang boleh dilihat, didengar, dirasa dan disentuh oleh pancaindera
Al-Uluhiyat
Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan
Al-Amin
Gelaran yang diberikan kepada nabi Muhammad S.A.W oleh orang Quraish kerana kejujuran
Baginda.
Alam Syahadah
Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhatikan dan dikaji oleh pancaindera
Akidah
Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat kesempurnaan
berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli
Adab
Tingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan.
An-Nubuwat
Perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada umat
manusia
Ansar
Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan banyak membantu Rsulullah dan para sahabat
Arak
Minuman yang beralkohol dan memabukkan
Ar-Rububiyat
Mentauhidkan Allah sebagai pencipta, pemilik dan penguasa
As-Sam’iyat
Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia
As-Siddiq
Gelaran yang diberikan kepada Saidina Abu Bakar kerana yakin dan membenarkan apa yang
dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W semasa peristiwa Isra' Mi'raj.
Aurat
Bahagian anggota badan manusia yang wajib ditutup menurut syara’

Bai’ah
Perjanjian menyokong dan restu
Bala’
Kemurkaan Allah dalam bentuk bencana dan kehancuran.
Baligh
Seseorang yang telah mencapai umur 15 tahun (lelaki) 11 tahun (perempuan) atau telah keluar air
mani atau haid.

Bani Isra’il
Perkataan yang digunakan untuk keturunan Nabi Yaakub yang terkenal dengan bangsa Yahudi
Berakal
Orang yang boleh berfikir secara waras dan sempurna. (tidak gila atau safih)
Bermukim
Orang yang berniat tinggal di suatu tempat untuk suatu tempoh tertentu

Bersuci
Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada hadas dan najis.
Dakwah
Menyampaikan seruan Islam
Dalil Aqli
Keterangan atau bukti tentang sesuatu kebenaran berdasarkan pemikiran yang waras
Dalil Naqli
Keterangan atau bukti tentang sesuatu kebenaran berdasarkan al-Quran atau Hadis
Doa
Memohon kepada Allah sesuatu yang diharuskan oleh syara’
Ehsan
Kesungguhan, ketekunan, keikhlasan dalam melakukan ibadat atau sesuatu
pekerjaan semata-mata kerana Allah
Fardu Ain
Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam
Fardu Kifayah
Perkara yang wajib dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang/sebahagian anggota masyarakat
Fitrah
Sifat semula jadi sama ada bakat, pembawaan, perasaan, keagamaan, dan lain-lain
Hadas Besar
Keadaan yang menyebabkan seseorang diwajibkan mandi wajib
Hadas Kecil
Keadaan seorang yang tidak berwudhu’
Hadis
Setiap ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah
Haid
Darah yang keluar daripada perempuan yang telah baligh
Hasad
Dengki dan iri hati sama ada untuk kebaikan diri atau untuk menjatuhkan orang lain
Hijrah
Perpindahan Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Madinah
Iktikaf
Berada dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah
Iman
Mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan
anggota segala perkara yang diperintahkan oleh Allah
Islam
Menyerah diri kepada Allah, tunduk dan patuh kepada perintahNya dan
membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh Rasul.
Isra’il
Gelaran kepada Nabi Yaakub
Istihadhah
Darah penyakit yang keluar daripada rahim perempuan bukan pada waktu haidh
Istinjak’
Perbuatan membersihkan qubul dan dubur, selepas membuang najis (air kecil dan Besar) dengan
menggunakan alat-alat beristinja’
Istiqamah
Melalukan sesuatu pekerjaan berterusan dan tidak jemu berusaha
Jahiliyah
Masyarakat yang tidak menyembah Allah atau melakukan budaya cara hidup yang bertentangan
dengan syariat Islam sesat daripada agama samawi
Jihad
Perjuangan menegakkan agama Allah
Judi
Permainan mempertaruhkan sesuatu sebagai taruhan seperti wang, harta dan sebagainya.
Kaum Kerabat
Saudara mara terdekat

Keredaan
Restu dan kasih

Khatib
Orang yang menyampaikan ucapan dan syarahan.

Khusyuk
Tunduk atau merendah diri dengan menumpukan sepenuh perhatian dan menenangkan hati dan
anggota semata-mata kerana Allah.

Khutbah Jumaat
Ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib lelaki sebelum solat Jumaat yang mengandungi
nasihat, peringatan dan pengajaran

Laknat
Kemurkaan dan kebencian.

Makanan Halal
Makanan yang baik untuk kesihatan, jasmani, dan rohani menurut Islam.

Makanan Haram
Makanan yang memudaratkan kesihatan, jasmani, dan rohani menurut Islam.
Makmum Masbuq
Makmum yang tidak sempat rukuk bersama-sama imam, rakaatnya tidak dikira.

Makmum Muafiq
Makmum yang sempat sekurang-kurangnya rukuk bersama-sama imam. Rakaatnya dikira sebagai satu
rakaat.

Maksiat
Kemungkaran dan kejahatan.

Maksiat luar tabie’


Kemungkaran yang bertentangan dengan tabiat semula jadi manusia.

Malaikat
Makhluk Allah yang dijadikan dari cahaya, tidak jasad, tidak berjantina dan sentiasa taat perintah
Allah.

Mandi
Perbuatan meratakan air mutlak ke seluruh anggota badan dan disertai dengan niat.

Mastautin
Orang yang tinggal tetap di suatu tempat

Masyarakat badawi
Masyarakat Arab yang tinggal di luar Bandar dan sering berpindah randah.

Masyarakat Hadhari
Masyarakat Arab yang menetap di Bandar.
Muhajirin
Pengikut dan para sahabat Rasulullah S.A.W. yang berpindah dari Mekah ke Madinah semasa
peristiwa hijrah.

Mukalaf
Orang yang telah baligh dan berakal serta bertanggungjawab melakukan perintah Allah.

Mukmin
Orang yang percaya dan yakin kepada kewujudan Allah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Musafir
Orang yang dalam perjalanan jauh lebih dari 2 marhalah.

Muslim
Orang yang percaya dan taat dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Najis
Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat dan ibadat-ibadat lain.

Nifas
Darah yang keluar dari kemaluan perempuan selepas melahirkan anak.

Orang Miskin
Orang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk menyara diri dan
keluarga.

Perkara Ghaib
Perkara yang tidak difikirkan oleh akal manusia seperti alam roh, barzakh, dan lain-lain.

Rasul
Lelaki pilihan Allah yang diutuskan dan dikurniakan wahyu untuk disampaikan kepada umat manusia.

Samak
Menyucikan kulit binatang selain daripada kulit anjing dan babi dengan cara tertentu.

Sayidul Ayyam
Penghulu segala hari atau gelaran kepada hari Jumaat.

Sertu
Menyucikan anggota, pakaian, tempat yang terkena anjing dan babi dengan
menggunakan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak.

Solat
Perbuatan yang terdiri daripada beberapa perbuatan tertentu, dan bacaan yang tertentu, yang dimulai
dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Solat Berjemaah
Solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara berkumpulan terdiri daripada imam dan
makmum.

Solat Jumaat
Solat dua rakaat menggantikan solat fardhu zuhur pada hari Jumaat yang didahului dengan 2 khutbah
dengan syarat-syarat tertentu.
Solat Sunat Rawatib
Solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat takhiyatul masjid


Solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang itu masuk ke dalam masjid

Syahid
Mati kerana menegakkan agama Allah.

Syiar Islam
Lambang, tanda, alamat keagungan Islam.

Taa’ziah
Ucapan simpati atas kesedihan kerana ditimpa musibah.

Taghut
Syaitan, berhala, atau apa-apa sahaja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan.

Tahniah
Ucapan atas kejayaan seseorang.

Takwa
Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah dengan mengerjakan
segala suruhan dan menjauhi larangannya.

Tayamum
Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-
syarat tertentu disertai dengan niat.

Wiladah
Melahirkan anak.

Wudhu’
Perbuatan membasuh atau menyapu air ke anggota badan tertentu dengan syarat-syarat
tertentu dimulai dengan niat kerana Allah.

Anda mungkin juga menyukai