Anda di halaman 1dari 1

Latihan Pengukuhan Kata Hubung Gabungan 2

1. Dia berbual-bual (sambil, kemudian) minum air kelapa muda.


2. Sampah-sarap dikumpulkan, (lalu, kemudian) dimasukkan ke dalam tong sampah.
3. Gadis itu sangant cantik, (malahan, tetapi) bersopan juga.
4. Dia pandai (serta, tetapi) kedekut memberikan bantuan kepada orang lain.
5. Cikgu menyuruh para murid supaya membawa alat tulis (atau, dan) slip peperiksaan pada
hari ujian.
6. Para murid boleh menyertai salah satu acara (dan, atau) kelab sebagai aktiviti kurikulum.
7. Senaman bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, (bahkan, tetapi) juga dapat
mencergaskan minda (serta, atau) sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan.
8. Semua murid telah menghantar folio mereka kepada Cikgu Lim (tetapi, kecuali) Mahmud.
9. Azman menjadi cikgu (manakala, bahkan) adiknya menjadi jurutera.
10. Dia bangun dari tempat kedudukannya (sambil, lalu) keluar ke bilik air.
11. Dia telah berusaha gigih, (namun, malahan) gagal sekali lagi dalam ujian.
12. Pak Ali (tetapi, dan) Mak minah akan berpindah ke ibu kota pada bulan hadapan.
13. Dia ingin membeli jam tangan itu, (kemudian, tetapi) wangnya tidak cukup.
14. Bayi ketakutan, (kemudian, maka) dia menangis.
15. Azman kehilangan dompetnya, (maka, malahan) dia dimarah oleh ayahnya.
16. Siew Wei menghadiri kelas tuisyen pada setiap hari Isnin (dan, atau) hari Rabu.
17. Leong (tetapi, atau) Hasnul bertugas esok?
18. Kakak menganyam ketupat (sambil, maka) bersembang dengan abang.
19. Kedai itu dibuka setiap hari (kecuali,dan) hari Sabtu.
20. Ibu merendamkan baju ke dalam baldi, (kemudian, maka) mencuci.

Anda mungkin juga menyukai