Anda di halaman 1dari 2

Latihan Pengukuhan Pemajmukan

1. Syarikat yang mempunyai ___________ yang tinggi itu mampu bertahan sehingga kini.
a. daya tenaga b. daya saing c. reka cipta d. usaha sama

2. Murid cemerlang itu telah menghadiri ______ untuk mendapatkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran-pelajarannya ke universiti.
a. temu duga b. temu ramah c. uji bakat d. soal siasat

3. ________ itu dilakukan untuk mendapatkan maklum balas penduduk tentang isu kenaikan
harga barang.
a. Bedah siasatb. Soal siasat c. Kaji selidik d. Uji kaji

4. Selain menjual emas kuning, Kedai Emas Rahman ada menjual_______.


a. hati emas b. emas putih c. anak emas d. emas mentah

5. “_________ mereka sudah tahu kita berada di sini,” kata Zamani kepada Safar.
a. Boleh jadi b. Lambat laun c. Sekali sekala d. Acap kali

6. Sudah hampir satu jam saya menunggu Fahim, namun ______nya pun masih belum
nampak.
a. air muka b. tubuh badanc. gila bayang d. batang hidung

7. Masakan ________nya laris pada musim hujan.


a. air batu b. pisang goreng c. tepung tawar d. cili padi

8. Kakak melemparkan ________ sambal memujuk adik yang sedang menangis.


a. senyum sinis b. senyum mesra c. senyum simpul
d.senyum kambing
9. Kami telah mencurahkan _______ yang terpendam kepada pihak pengurusan syarikat.
a. kata hati b. isi hati c. buah hati d. lubuk hati

10. Kejadian pembunuhan di Kawasan Taman Melia itu masih menjadi ______.
a.tanda mata b. tanda soal c. tanda harga d. tanda tanya

11. Peseta kuiz yang tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir turut diberikan
______.
a. mata hati b. patah hati c. sagu hati d. buah hati

12. Malaysia telah dipilih sebagai ______ bagi persidangan OPEC pada hujung tahun depan.
a. tuan rumah b. tuan besar c. tuan muda d. tuan tanah

13. Buruh-buruh di tapak pembinaan itu akan dibayar ________


a. gaji bulan b. orang gaji c. gaji pokok d. makan gaji

14. Pihak-pihak yang bertelgaah itu telah mencapai ________.


a. kata bual b. kata sepakatc. kata dasar d. kata hikmat

15. Lagu-lagu dari seberang kian _________ di hati para peminat muzik.
a. mendapat faedah b. mendapat tempat c. mendapat rahmat
d. mendapat restu

Anda mungkin juga menyukai