Anda di halaman 1dari 3

ARNAB DENGAN BUAYA

Assalammualaikum WBT.

Rakan-rakan sekalian, hari ini saya dari kelas 2 _________ Teratai


akan menyampaikan

sebuah cerita yang bertajuk 'Arnab Dengan Buaya'. Di dalam

sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada

arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih

melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri.

Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu

selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan

perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia

mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini.

Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri

daripadanya. Oleh sebab tiada sesiapa lagi yang suka berbual


dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari,

arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang

berjemur di tebing.

Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai

Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah

pasti aku boleh menjadi raja di laut", kata buaya itu kepada arnab.

Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama tidak

mendengar pujian begitu. “Bagaimana engkau menjaga kecantikan

gigi kau tu?”, tanya buaya itu lagi.

Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab

berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur -sayuran dan jangan

makan daging.” Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya.

“Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang

rosak,” kata buaya lagi.


Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu

memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi,

buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka

tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi

pendek akal itu.

Anda mungkin juga menyukai