Anda di halaman 1dari 1

Ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk

Rusa yang bongak

Terdapat seekor rusa bongak. Warna kulitnya coklat. Dia tinggal di dalam

Hutan Lipur Johor. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.

Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

  ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. ”Hai, lihatlah betapa

kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari

kepala hingga hujung kaki,”rungutnya. Rusa tidak suka kakinya yang kurus, malahan

kawannya memuji kakinya yang kurus.

            Pada suatu hari, rusa melihat bayangnya di tepi kolam dengan hati yang

tenang, tiba-tiba dia terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar anjing

pemburu sedang menuju ke arahnya.  Rusa berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Semasa rusa berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada

sebatang dahan pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan

tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila

kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus dan kuat itu

dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya yang cantik telah cedera.

            Anjing pemburu semakin hampir, rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh

berlari dengan laju.  Rusa itu dapat menyedari anjing pemburu dengan bantuan

kegunaan kakinya yang menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang

buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana kakinya

yang kurus berguna apabila menghadapi bahaya.  Akhirnya, rusa itu menyedar

bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai