Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,

para hakim yang arif, guru-guru serta rakan-rakan.

Tajuk cerita saya ialah Rusa yang bongkak.

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa


selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.

Rusa berasa bangga dengan tanduknya yang


cantik.“Oh, cantiknya tandukku!”

Namun demikian, rusa tidak suka pada kakinya yang kurus. “Hai,
lihatlah betapa kurusnya kakiku.

Pada suatu hari, rusa terdengar seekor anjing


menyalak. Rusa sedar anjing pemburu sedang menuju ke tempat
itu. Rusa berasa takut lalu berlari ke dalam hutan.

Tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan pokok


yang rendah. “Aduh, tandukku tersangkut!”

Rusa bertambah cemas apabila salakan anjing semakin


dekat. Akhirnya, kakinya yang kuat itu menolongnya melepaskan
diri. Namun, tanduknya telah patah.

Kini, Rusa menyedari kegunaan kakinya. Rusa Tidak lagi


memandang rendah kakinya. Rusa juga tidak bongkak kerana
tanduknya tidak lagi kelihatan cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,
para hakim yang arif, guru-guru serta rakan-rakan.

Tajuk cerita saya ialah Batu Emas

Di sebuah kampung ada seorang peladang tua. Dia tinggal dengan


lima orang anak yang malas bekerja.

Pada suatu hari, peladang tua itu jatuh sakit. Dia tidak dapat
bekerja lagi. Hasil buah kelapanya bertambah kurang. Dia
menyuruh anak-anaknya mencari batu emas di dalam ladang.

Setelah peladang itu meninggal dunia, anak-anaknya


berebut-rebut mencari batu emas itu. Mereka mencangkul siang
dan malam di dalam lading, tetapi batu emas itu tidak ada.

Pada suatu petang, seorang peraih datang ke kebun itu. Dia


hendak membeli buah kelapa. Anak-anak pun menjual buah
kelapa mereka kepada peraih. Mereka mendapat banyak wang.

“O.. Batu emas itu tidak ada, bapa mahu kita rajin bekerja.
Jom, mari kita terus bekerja” Semenjak itu, mereka pun rajin
bekerja.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai